Wupid Lambang Debat Budaya Kita

13/12/2012 § 2 Comments

Saifuddin Abdullah
Sinar Harian

Pada 4 Disember lalu, saya merasmikan pertandingan akhir debat Bahasa Inggeris (BI) World Universities Peace Invitation Debate – WUPID (Debat Jemputan Keamanan Universiti Dunia) di Universiti Taylors.

Saya hadir sebagai Penaung Wupid. Seorang lagi anggota pentadbiran dalam keluarga Wupid ialah Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Duta Keamanan.

Wupid disertai 30 pasukan debat terbaik dunia. Mereka dipilih berdasarkan ranking ciptaan Colm Flynn, Ahli Emeritus Majlis World Universities Debating Championship – Worlds (Kejohanan Debat Universiti Dunia), iaitu pertandingan debat paling berprestij.

Ia dianjurkan setiap tahun sejak 2007. Tarikhnya beberapa minggu, iaitu pertandingan terakhir, sebelum Worlds. Tarikh yang strategik dan kehandalan peserta menjadikannya pentas persediaan terbaik menjelang Worlds.

« Read the rest of this entry »

KEPUTUSAN PIDATO BAPA KEMERDEKAAN 2012

17/09/2012 § Leave a comment

Berikut dipaparkan keputusan peringkat saringan, separuh akhir dan akhir. Tahniah dan jumpa lagi!

AHMAD MUKHZANI B ZULKIFLI (UPM)

PIDATO KEMERDEKAAN : Rekod Tuan Rumah & Johan

07/09/2012 § Leave a comment

Berikut dipaparkan rekod tuan rumah dan johan Pidato Kemerdekaan :

Sebarang pembetulan dialu-alukan

USUL DEBAT PERPADUAN & INTEGRASI NASIONAL 2012

04/07/2012 § 1 Comment

  1. Satu Bangsa Jawapan Kepada Perpaduan Nasional
  2. Indentiti Kenegerian Penghalang Kepada Integrasi Nasional
  3. Kebebasan Beragama Teras Kepada Perpaduan Kaum
  4. Hukuma Tanpa Penjara Jawapan Kepada Masalah Sosial
  5. Bahasa Melayu Adalah Kunci Kepada Perpaduan Kaum Di Malaysia
  6. Rukun Negara Perlu Dirakyatkan
  7. 1malaysia Mempromosikan Perpaduan Negara
  8. Media Baru Merapuh Perpaduan Kaum
  9. 1malaysia Pemangkin Pembinaan Negara Bangsa Malaysia
  10. Perpaduan Kaum Nadi Kestabilan Negara
  11. Interaksi Pelbagai Kaum Memperkasa Gagasan 1malaysia
  12. Budaya Wahana Integrasi Nasional
  13. Liberisasi Ekonomi Menggugat Keharmonian Kaum
  14. Wawasan 2020 Kini Semakin Jauh
  15. Satu Malaysia Sekadar Slogan
  16. Malaysia Perlukan Model Perpaduan Baru
  17. Akhbar Mengikut Etnik Melebarkan Kesenjangan
  18. Mahasiswa Tunggak Utama 1Malaysia
  19. Politik Perkauman Bukan Ancaman
  20. System Pendidikan Malaysia Dan Perpaduan: Seiring Sejalan
  21. Keharmonian Antara Agama Belum Terbudaya
  22. Jati Diri Generasi Muda Semakin Pudar
  23. Polarisasi Kaum Sekadar Tanggapan
  24. Pendatang Asing Penyumbang Kebejatan Bukan Pendapatan
  25. Dewan Ini Mencadangkan Mata Pelajaran Perpaduan Sebagai Subjek Teras
  26. Dewan Ini Percaya Media Baru Menjejaskan Semangat Kejiranan

KEDUDUKAN PASUKAN IIUM INTERSCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP (IDC) 2012

18/06/2012 § Leave a comment

Berikut dipaparkan kedudukan pasukan selepas pusingan 5 :

Syafiq Salehudin
Ketua Hakim BM IDC 2012

Sesekali yang menulis bukan yang biasa menulis di sini.

14/06/2012 § Leave a comment

Catatan Muhamad Allim : Sekitar debat pengguna siswa 2012
Thelisterine.wordpress.com

Tahniah Dan Terima Kasih

Pertamanya aku berikan tabik hormat juga jutaan apresiasi buat orang-orang kuat disebalik tabir debat pengguna kali atas segala keberanian dan usaha keras dalam mentransformasi arena debat yang dikatakan sedikit mandum dan tepu sejak kebelakangan ini. Sungguh,, ia bukan satu kerja yang mudah tanpa keazaman dan tekad yang jitu. Terima kasih tak terperi untuk jasa yang tidak ternilai ini.

 British Parliamentary Style Atau  Debat Ala Parlimen British

Aku sambut baik kegigihan penganjur memperkenalkan BP style sebagai format perdebatan kali ini. walau apa pun penyebabnya, kita perlu bersetuju bahawa kita memang  perlu sentiasa berani untuk berubah, meneroka dan bereksprimentasi kerana itulah syarat wajib dalam dunia keilmuan hatta itulah jua yang yang selalu kita pesan-pesankan pada anak- anak didik kita. Bahkan dalam bisik-bisik kecil merosotnya mutu –mutu perdebatan dalam pertandingan debat sejak akhir-akhir ini, aku harapkan perubahan ini  mampu menjadi penawarnya, kalaupun bukan, apa salahnya kita mencuba.

« Read the rest of this entry »

Pidato 1Malaysia (Bukan Melayu) Edisi 2012

05/06/2012 § Leave a comment

TAJUK-TAJUK PERTANDINGAN PIDATO 1MALAYSIA (BUKAN MELAYU) TAHUN 2012

1. 1MALAYSIA TERAS PERPADUAN
2. JATI DIRI ASAS KECEMERLANGAN NEGARA
3. 1MALAYSIA KUNCI KESEJAHTERAAN NEGARA
4. PENGHAYATAN 1MALAYSIA PENENTU KECEMERLANGAN NEGARA

sumber : http://www.penerangan.gov.my/sarawak/images/stories/borang/tajuk%20pidato%202012.pdf

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.