Mahasiswa Tentang Benar dan Batil

08/05/2012 § Leave a comment

Kebelakangan ini ada beberapa perkara yang menganggu keamanan fikiran saya. Menjadi seorang pelajar yang dahulunya (juga sekarang) tidak pernah peduli dengan politik mahasiswa, meletakkan saya di luar lingkup ruang politik kampus dan juga luar kampus. Atas beberapa sebab peribadi yang menyebabkan saya, secara umunya, membenci arena politik Malaysia sekaligus meletakkan saya antara golongan ‘atas pagar’. Sesungguhnya, saya tak peduli. Namun, disebabkan keriuhan kegiatan politik mahasiswa sekarang menyebabkan saya terdorong untuk menulis beberapa perkara. Please bear with me, an apolitical writing so-called political stuffs.

Romantisim perjuangan pelajar zaman silam ialah satu kesilapan. Kerana bergerak atas dasar nostalgia umpama anjing.. (menyalak bukit) 

1- Kebenaran itu relatif. Sebabnya, ia dijana oleh kuasa golongan dominan. Maka, sesiapa yang mempunyai norma yang diterima secara kolektif mempunyai kuasa untuk menjana kebenaran. Setiap titik sejarah akan mempunyai kebenaran yang dianggap sebagai statik dan tidak boleh berubah. Misalnya, zaman gelap dulu, manusia menganggap bumi sebagai dataran mendatar, ataupun terletak di atas cengkerang seekor penyu gergasi. Sekarang tidak lagi. Maka, sesiapa pun tidak pernah boleh mengakui bahawa mereka di pihak benar dengan penuh bongkak membuta tuli. Perjuangan mahasiswa sekarang begini sifatnya, kedua belah pihak menganggap mereka mempunyai hak mutlak ke atas kebenaran. Akhirannya, kedua tidak memaparkan kebolehan bertoleransi dengan baik. Mereka bodoh sombong. Sedangkan, apa yang diperjuangkan oleh setiap satu pihak cumalah manipulasi cerminan politik kepartian luar kampus.

« Read the rest of this entry »

V

07/05/2012 § Leave a comment

Saya percaya bahawa format debat British Parliamentary (BP) tak sekadar membawa cabaran kepada pendebat, malah ia secara keras mendidik para hakim untuk lebih bertanggungjawab terhadap diri dan keputusan yang dibuat.

Kerana adanya empat pasukan dalam satu sidang dan keputusan bukan lagi ditandai dengan dua gelaran sahaja; kalah dan menang; sebaliknya bernombor, maka ruang yang hadir selepas sesi itu tamat membawa kepada makna ‘penjelasan’.

Kita bersetuju bahawasanya perspektif adalah sesuatu yang jalang. Ia tidak setia. Dan oleh kerana begitu sifatnya maka keputusan kolektif yang perlu dicapai akan sentiasa mencabar. Tidak seperti amalan dalam debat yang menggunakan format biasa yang mana keputusan menang; adalah berdasarkan pasukan yang mendapat undian majoriti yang ditulis hakim pada kertas markah masing-masing; keputusannya bersifat mandiri.

« Read the rest of this entry »

Ketakutan Melihat Masa Lepas

05/11/2011 § 1 Comment

Saya melihat usaha pendebat masa kini, mencari kekurangan untuk dibaiki dan kekuatan untuk dipelajari. Saya juga melihat usaha alumni dan senior yang sudah bersara; betapa gigihnya mereka datang, melatih dan menegur apa yang patut. Sekurangnya dalam dunia debat yang dekat sekali ini, ada golongan yang masih terus menyumbang bakti. Walau mungkin surat lantikan tidak sampai, atau panggilan telefon yang tidak pernah berdering. Tanpa jemputan rasmi, masih ramai yang datang. Tidak meminta apa-apa, sekadar memeriahkan suasana.Tidak ada apa-apa masalah.

Saya melihat kekurangan pendebat sekarang, daripada segi kajian dan pengetahuan, stratergi dan seni debat, analisis kritikal dan retorik bahasa. Mungkin, bagi saya, inilah generasi terlemah pernah dihasilkan. Maaf, mungkin saya silap. Mungkin, saya meletakkan diri dalam kasut seorang senior dan alumni, bukan dalam diri lama saya, seorang pendebat dan pelajar yang masanya penuh dengan tugasan dan hal akademik. Jadi, biar saya berikan perspektif seorang pendebat dan pelajar (seboleh mungkin).

Mungkin, kalau saya ialah pendebat zaman sekarang. Soal maklumat tidak akan menjadi isu besar, kerana semuanya di hujung jari. Dengan laptop di tangan dan internet yang boleh dicapai hampir di semua tempat. Yang perlu saya lakukan antara sela masa belajar dan bersosial ialah membaca sebanyak mungkin daripada pelbagai sumber dalam pelbagai bahasa yang saya faham (baca: Bahasa Melayu dan Inggeris). Saya mungkin tidak akan membuat apa-apa catatan pun, hanya tekan ‘bookmark’ dan susun dalam folder tertentu. Malah, saya akan gigih membaca isu yang sama daripada pelbagai sumber. Mungkin, bosan membaca saya akan sibuk pula bermain facebook dan twitter, atau menonton You Tube, atau membaca blog ‘Salah Taip’, ‘Jangan Mati Dulu’ dan blog-blog lain. Bila penat, saya akan tidur, esoknya ke kelas, malamnya ke latihan, selebihnya hanya membaca. Atau hanya mungkin saya seorang yang begitu gilakan ilmu maklumat. Takdir Tuhan menjadikan saya begitu membosankan.

« Read the rest of this entry »

merayakan autoriti

03/05/2011 § Leave a comment

Keabsahan sifat cantik telah sama sekali diberikan makna buruk saat moderniti memabukkan manusia dengan ia — sebagai solekan yang mengkhayalkan. Baudelaire mencatatkan perkara (dan kita akan mengesan perasaan mual yang cuba disorok oleh beliau) ini di dalam kumpulan esei Painter of Modern Life, nya. Barangkali autoriti, sudah termodifikasi menjadi solekan; yang bukan lagi diangkat sebagai lambang butir percakapan intelektual, tetapi ejen untuk meyakinkan secara membabi buta orang yang mendengar atau membacanya.

« Read the rest of this entry »

Berkongsi Pengalaman,Mengembangkan Ilmu dan Menyumbang Bakti

28/04/2011 § 2 Comments

Sejak dulu, saya sentiasa percaya bahawa ilmu pengetahuan hanya mampu mandiri sekiranya dikongsi bersama merentas generasi, pangkat, gender, umur dan pelbagai lagi atribute sosial yang membentuk realiti manusia. Perkongsian ini bukan sekadar berkongsi pendapat dalam komuniti debat, malah menulis untuk tatapan generasi sekarang dan akan datang.

kita bisa mengangkat muka berdepan dengan generasi akan datang

Langit pengetahuan yang kita kongsi bersama dibentuk kerana generasi lepas terus-terusan menurunkan hujan ilmu. Kalau dulu, perkongsian ini hanya dapat dinikmati melalui interaksi dua hala face-to-face, sekarang medium komunikasi bercambah hebat untuk berkongsi tanpa halangan dan batasan. Saudara Khairul Nizam Bakeri melalui blognya (salahtaip) dan Dr Ramzah melalui nota-nota FB dan ruangan di sini. Malangnya, hanya beberapa kerat daripada alumni yang sedia untuk menulis; saya pasti bahawa yang enggan menulis itu bukan kerana kedekut ilmu tetapi kekangan kesibukan bekerja dan perasaan rendah diri untuk menulis. Sedihnya jika sentimen rendah diri ini terus melarat, pengalaman alumni hanya dapat dikongsi dalam kalangan alma mater masing-masing. Jika ini berterusan, pengalaman dan pengajaran tidak dapat dikongsi dan dipelajari bersama-sama.

Saya juga percaya bahawa ilmu yang baik walau hanya seperenggan karangan kalau dikongsi dan diamalkan, akan menjadi ilmu yang besar kemudian hari. Apa sahaja pengalaman baik dan buruk akan tercatat sebagai sejarah untuk tatapan generasi seterusnya. Terpulang kepada mereka untuk belajar dan mendapat manfaat.

« Read the rest of this entry »

Sebuah esei tentang toko

03/01/2011 § 1 Comment

MPH dan Kinokuniya adalah nama besar untuk penggemar buku di Malaysia. Mana – mana batang tubuh  yang mengaku dirinya menggemari buku namun tidak pernah menjejakkan kaki ke dua tempat ini, seolah tukang rumah yang tidak pernah menapak ke kedai perkakas. Tidak lengkap bukan sahaja untuk dirinya malah untuk gelaran yang dipakainya.

« Read the rest of this entry »

Keangkuhan dan Kerendahan Diri Dalam Debat

21/12/2010 § 2 Comments

Pertandingan hanyalah soal-soal piala; menang dan kalah. Kepentingan gelaran juara, pendebat terbaik, dan anugerah memang tidak dapat dipersoalkan lagi. Bersama semua ini membawa status dalam kelompok pendebat, kehormatan dan sanjungan ramai. Sebut sahaja nama pendebat tertentu, bisa bawa getar dalam dada dan geletar tangan kalau bertembung. Gelaran seperti ‘diva’, ‘dewa’ dan ‘ratu’ sering sahaja dikaitkan dengan orang tertentu, sekaligus mencerminkan kejayaan dan kehebatannya. Asalnya dari usaha, dan semuanya rezeki yang Tuhan berikan.

Namun, dalam mengejar semua ini ada penyakit yang menular dalam jiwa; kerana alamiah manusia itu sendiri. Sikap angkuh dan buruk ini malangnya bukan sahaja wujud dalam segelintir pendebat yang hebat tetapi dalam diri segilintir pendebat-pendebat yang biasa-biasa juga.

« Read the rest of this entry »

Where Am I?

You are currently browsing the KORPUS TERPINGGIR category at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.