Wupid Lambang Debat Budaya Kita

13/12/2012 § 2 Comments

Saifuddin Abdullah
Sinar Harian

Pada 4 Disember lalu, saya merasmikan pertandingan akhir debat Bahasa Inggeris (BI) World Universities Peace Invitation Debate – WUPID (Debat Jemputan Keamanan Universiti Dunia) di Universiti Taylors.

Saya hadir sebagai Penaung Wupid. Seorang lagi anggota pentadbiran dalam keluarga Wupid ialah Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Duta Keamanan.

Wupid disertai 30 pasukan debat terbaik dunia. Mereka dipilih berdasarkan ranking ciptaan Colm Flynn, Ahli Emeritus Majlis World Universities Debating Championship – Worlds (Kejohanan Debat Universiti Dunia), iaitu pertandingan debat paling berprestij.

Ia dianjurkan setiap tahun sejak 2007. Tarikhnya beberapa minggu, iaitu pertandingan terakhir, sebelum Worlds. Tarikh yang strategik dan kehandalan peserta menjadikannya pentas persediaan terbaik menjelang Worlds.

« Read the rest of this entry »

Menyemarakkan Budaya Debat

29/02/2012 § Leave a comment

Saifuddin Abdullah
Utusan Malaysia

Pada 15 Februari lalu, saya menghadiri pertandingan Debat Diraja antara universiti yang dihoskan oleh Universiti Sains Malaysia (USM).

Sebagai antara pengasas pertandingan ini dan Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), iaitu penganjurnya dan selaku penasihat Alumni Debat Institusi Pengajian Tinggi (ADI) serta bekas pendebat dan jurulatih debat, saya amat teruja serta puas menghadirinya.

Pertandingan ini bermula pada 1995 dengan kategori Bahasa Melayu dan Inggeris. Kini, telah ada kategori bahasa Arab dan ada cadangan untuk ditambah dengan bahasa Mandarin dan Perancis.

Terdapat lebih 10 pertandingan debat antara universiti dalam Bahasa Melayu. Begitu juga dalam bahasa Inggeris. Justeru, universiti mempunyai lebih daripada satu pasukan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan itu. Tetapi, pasukan terbaik dihantar ke Debat Diraja kerana ia pertandingan paling berprestij.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada johan dan naib johan tahun ini, iaitu bagi Bahasa Melayu: Universiti Malaya (UM) dan USM; bahasa Inggeris: Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); dan bahasa Arab: UIAM dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

« Read the rest of this entry »

Masukkan Gerakan Pelajar Dalam Sejarah Malaysia

02/02/2011 § Leave a comment

Saifuddin Abdullah
Utusan Malaysia

PADA 29 Januari lalu, saya diberi penghormatan merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Kolej 12, Universiti Malaya (UM). PKPIM adalah wadah gerakan pelajar Islam negara terulung dan antara badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang paling aktif.

Saya antara ramai aktivis yang mendapat manfaat pendidikan dan latihan gerakan perjuangan dari segi idealisme, aktivisme dan intelektualisme daripada PKPIM. Saya mengikuti tarbiyahnya sejak di The Malay College Kuala Kangsar (MCKK), dari tingkatan tiga, dengan mengikuti program Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP), iaitu badan gabungan PKPIM, sehingga menjadi Penolong Setiausaha Agung KPIP Cawangan Kuala Kangsar ketika di tingkatan enam atas.

Penglibatan dengan PKPIM diteruskan semasa menuntut di UM, dengan menjadi Ahli Jawatankuasa sehingga Timbalan Presidennya. Selepas itu, saya diamanahkan sebagai Presiden/Pengasas badan gabungannya, iaitu Ikatan Pengkajian Islam Pahang (IKATAN). Selanjutnya, saya mewakilinya ke MBM sebagai Ahli Dewan Tertinggi, Setiausaha Agung dan Presiden.

« Read the rest of this entry »

Debat Perkaya Pendidikan, Demokrasi

30/05/2010 § Leave a comment

Saifuddin Abdullah
Utusan Malaysia

PADA 1 hingga 4 Jun ini, Sekolah Menengah Sains Pasir Putih, Kelantan menjadi tuan rumah dua program tradisi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) peringkat kebangsaan iaitu Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri (PPM) bahasa Melayu dan Inggeris serta Pertandingan Bola Keranjang Piala Hamdan Tahir (lelaki) dan Piala Hajah Zainab (perempuan).

Debat PPM yang dimulakan pada 1974 di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) adalah pertandingan debat sekolah menengah yang tertua dan terulung. Tetapi, sayang nasibnya tidaklah sepadan dengan statusnya itu.

Kali ini, Debat PPM peringkat kebangsaan tidak menghimpunkan semua 54 buah SBP seperti biasa. Sebaliknya, ia hanya mengumpulkan johan dan naib johan setiap kategori dalam pertandingan peringkat lima zon yang telah diadakan sebelum ini.

Ini berlaku akibat kekangan bajet yang luar biasa pada tahun ini. Namun, di samping faktor kewangan, jika dibandingkan dengan zaman awal penganjurannya, ia kurang mendapat perhatian yang sewajarnya. Dahulu, pertandingan akhir disiarkan secara langsung oleh RTM. Kini, ia sekadar ditonton peserta sahaja.

Dari segi pembangunan budaya debat pula iaitu yang melibatkan sistem, kehakiman dan perdebatan serta minat di kalangan warga SBP, ia tidak menunjukkan kemajuan yang sepadan dengan sejarahnya.

Kekangan bajet juga hampir menamatkan riwayat Pertandingan Debat Sekolah-Sekolah anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pertandingan yang dimulakan sejak 2002 ini adalah satu-satunya pertandingan debat bahasa Melayu, Inggeris dan Arab yang menemukan semua jenis sekolah menengah iaitu SBP, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah menengah harian, vokasional, teknik, agama dan swasta. Mujurlah terdapat aktivis debat yang bertungkus lumus memastikan kesinambungannya pada tahun ini.

« Read the rest of this entry »

Where Am I?

You are currently browsing the SANG MODERAT category at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.