Sesekali yang menulis bukan yang biasa menulis di sini.

14/06/2012 § Leave a comment

Catatan Muhamad Allim : Sekitar debat pengguna siswa 2012
Thelisterine.wordpress.com

Tahniah Dan Terima Kasih

Pertamanya aku berikan tabik hormat juga jutaan apresiasi buat orang-orang kuat disebalik tabir debat pengguna kali atas segala keberanian dan usaha keras dalam mentransformasi arena debat yang dikatakan sedikit mandum dan tepu sejak kebelakangan ini. Sungguh,, ia bukan satu kerja yang mudah tanpa keazaman dan tekad yang jitu. Terima kasih tak terperi untuk jasa yang tidak ternilai ini.

 British Parliamentary Style Atau  Debat Ala Parlimen British

Aku sambut baik kegigihan penganjur memperkenalkan BP style sebagai format perdebatan kali ini. walau apa pun penyebabnya, kita perlu bersetuju bahawa kita memang  perlu sentiasa berani untuk berubah, meneroka dan bereksprimentasi kerana itulah syarat wajib dalam dunia keilmuan hatta itulah jua yang yang selalu kita pesan-pesankan pada anak- anak didik kita. Bahkan dalam bisik-bisik kecil merosotnya mutu –mutu perdebatan dalam pertandingan debat sejak akhir-akhir ini, aku harapkan perubahan ini  mampu menjadi penawarnya, kalaupun bukan, apa salahnya kita mencuba.

« Read the rest of this entry »

Advertisements

yang arif

17/05/2012 § Leave a comment

ia tidak hadir dengan rasa simpati, ingatan mungkin pernah minum atau merokok bersama

Menghakimi debat sebenarnya adalah menilai penghujahan pasukan itu ketika ia berdebat bukan reputasi semasa pasukan itu. Menghakimi debat perlu menolak persepsi atas dasar seniornya pendebat atau akrabnya pendebat dengan hakim atau pelbagai lagi hubungan kemanusiaan yang lain. Ketika menghakimi ia tidak hadir dengan rasa simpati, ingatan mungkin pernah minum atau merokok bersama tetapi ia bersandarkan kekuatan hujah dengan pembuktian serta penyampaian yang meyakinkan. Status semasa debat IPT sudah banyak pendebat yang hebat dan ia boleh saja berbeza pemenangnya bagi setiap perdebatan. Ada waktunya pendebat yang baik juga akan tergelincir bila usul yang dibahaskan tidak dikuasai dengan baik. Hakikat ini perlu diakui bahawa tidak semua di lingkungan cakrawala ini kita mahir dan petah untuk berbahas mengenainya dan sebab itu juga ada masanya kita menang dan ada masanya kita kalah. Bagi hakim, atas rasional apa dicenderungkan tuan rumah untuk didasarkan kemenangannya sedang kita tahu bahawa tuan rumah hanya menumpangkan debat ini untuk dilangsungkan di atas persadanya. Kemungkinan yang sangat besar kalau diulang semula debat akhir tempoh hari dengan usul yang lain pula atau kedudukan kerajaan dan pembangkang yang lain tetapi dengan pasukan yang sama mungkin juga keputusannya akan berbeza. Akuilah ada waktunya kita hebat dan ada waktu kita lemah, ada masanya kita petah dan ada masanya juga kita kelu. Yang penting debat ini jiwa kita dan kita cintainya dan tidak juga segalanya atas dasar untuk menang semata.

Nazri Noh

Catatan : DAS 2011

05/10/2011 § Leave a comment

Satu sisi pandangan yang sempit dan dangkal dari saya yang tingginya pada minat dan semangat bukan pencapaian mahupun pingat.

Berpeluang menjadi juri untuk dua pusingan debat, menarik sekali. Sudah biasa kita dengar iklim perdebatan yang agak mendung dua tiga menjak ini. Komen tentang betapa konsep tidak berinti, analisis separa bogel dan bermacam lagi komen yang dilontar kan dalam beberapa siri pertandingan debat edisi 2011. Dan saya tidak pun menafikan hakikat tersebut, dan pemerhatian dan pandangan ini berdasarkan dua aspek yang boleh saya nilai; persediaan pasukan dan perdebatan sendiri. Berpeluang melihat perlawanan persahabatan dua university, saya ikhlas berpendapatan apresiasi terhadap maklumat dan ilmu sudah semakin menipis di kalangan pendebat. Seharusnya seorang pendebat menghargai peluang untuk mendalami paling tidak mempelajari ilmu yang mungkin tidak berkaitan langsung dengan bidang pengajian tapi amat penting untuk kita faham. Namun perkara ini sudah semakin sirna, buktinya muncul beberapa fakta yang auta antaranya; “plastic memerlukan sepuluh batang pokok untuk dihasilkan”, “terumbu karang di sungai California” dan “bencana alam seperti tumpahan minyak” dan pelbagai lagi perkara-perkara yang saya kira pelik untuk kita dengar di pertandingan debat tertua dan berprestij ini.

Debat Alam Sekitar adalah antara debat kegemaran saya (ehem ehem), ya mungkin kerana saya terlibat dengan konservasi dan pemuliharaan alam tapi juga kerana ia menuntut kefahaman dan pembacaan tahap tinggi untuk layak menjadi pasukan debat alam sekitar. Bagi saya untuk terpilih ke debat alam sekitar adalah penghormatan kerana ia amat mementingkan fakta dan analisis yang tepat. Sayangnya, pemahaman asas tentang nilai alam sekitar gagal digarap dalam perdebatan dengan baik, hubungkait kesan dan akibat “pemerkosaan” alam sekitar kepada manusia tidak di simpul kemas, nilai-nilai dan mesej kemanusiaan yang sepatutnya diselitkan sebagai pengajaran dan iktibar juga semakin pudar. Setiap usul ada nilainya tersendiri dan ia harus difahami oleh pendebat dengan lebih mendalam.

Debat tidak meninggikan diri sebaliknya merendahkan jiwa, memupuk karakter bukan meniru karakter, ia adalah satu seni bukan senjata

Namun, di dalam mendung iklim debat, saya juga berpeluang menyaksikan beberapa pendebat yang tidak berapa baru tapi sudah semakin dewasa dan matang, yang lebih menarik adalah karakter dan pendekatan menyusun konsep kes dari sisi yang dekat di hati tapi tinggi nilainya. Mungkin iklim perdebatan akan bertukar musim tak lama lagi? Harapnya. Sedikit seruan kepada yang sudi membaca, debat mengajar anda mengenali diri anda dahulu sebelum mengenal dia. Debat tidak meninggikan diri sebaliknya merendahkan jiwa, memupuk karakter bukan meniru karakter, ia adalah satu seni bukan senjata dan tidak sama sekali perhiasan semata. Debat ini merubah hidup ramai di antara kami yang sudah “tua”, amatlah sayang sekali jika kamu tak merasa nikmat debat. Hormati ilmunya, amalkan santunnya. Sekian sahaja dari seorang penjaga tabs J semoga berpeluang lagi bertemu di pertandingan seterusnya.

Kamaliah Kasmaruddin

alitheia

16/08/2011 § 2 Comments

#quote#

15 ogos 2011

We want to make winners. We want to create winners.

Sesuatu yang kita perlu sentiasa ingat ialah pendebat itu sentiasa seorang manusia. Kita ketika berdebat, adalah manusia. Mereka yang mendengar kita berdebat, adalah manusia. Hadirin, rakan dan lawan, sentiasa adalah manusia. Kita menyusup masuk dalam peranan, setting yang ditetapkan, tapi kita semua adalah sentiasa manusia.

wajar sentiasa kekal mengingati hakikat, bahawa dia sentiasa seorang manusia

« Read the rest of this entry »

Serumpun Sebahasa Seiya Sekata

21/11/2010 § Leave a comment

Oleh : ‘Adibah Bte M.Mohmmed Ariffen
Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu, Singapura

Serumpun sebahasa seiya sekata membawa maksud yang mendalam terhadap penekanaan dari aspek bahasa dan budaya. Bahasa dapat menyatukan masyarakat dan bahasa jugalah yang dapat memecah-belahkan mereka yang menghuni sesebuah tempat itu.

Berpandukan pepatah melayu “bahasa melambangkan bangsa” ia ingin memberi gambaran bahawa setiap identiti sesebuah bangsa itu dikenali dengan bahasanya yang tersendiri.

« Read the rest of this entry »

DEBAT DARI KACA MATA ANAK MUDA

18/08/2010 § 1 Comment

Ramai yang berdebat, tetapi mereka tidak mengerti apakah maksud sebenar sesuatu perdebatan.Ada pihak yang berpendapat debat ini adalah sekadar suatu pertandingan yang membariskan tiga orang pendebat berpakaian seragam, baik kerajaan mahupun pembangkang. Malah, apabila ditanya kepada pendebat itu sendiri,macam-macam perspektif yang dikeluarkan.Ada yang menjawab debat itu adalah proses bertikam lidah, ada juga yang berpendapat ianya adalah sejenis sukan minda, malah ada juga yang memandang debat sebagai “ekspresi minda”. Lebih ironik lagi, ada pihak yg cuba membanding bezakan antara debat dan “budi bicara” yang turut diselitkan elemen bertolak ansur.Justeru, apakah maksud sebenar debat???

« Read the rest of this entry »

Debat: Dilema Pendebat Ketiga #3

15/08/2010 § 4 Comments

Satu lagi dilema yang dihadapi oleh pendebat ketiga ialah dalam mendepani situasi ekstrem: pasukan lawan terlalu lemah atau pasukan sendiri terlalu lemah.

Situasi 1: Pasukan Lawan Terlalu Lemah

Pendebat pertama dan kedua tampil dengan satu, atau lebih parah, tanpa sebarang hujah. Hanya kes perdebatan yang diulang pintal hingga tamat waktu berhujah. Ada juga pihak lawan yang tidak sempat pun memanfaatkan masa berhujah sepenuhnya.

« Read the rest of this entry »

Where Am I?

You are currently browsing the SUARA KOMUNITI category at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.