Kepalang Ajar: Yang Tersurat, Yang Tersirat

30/06/2011 § 2 Comments

i

Secara peribadi, saya fikir amanat pada tahun ini, begitu padat dan tepu dengan makna. Ada yang tersurat, ada yang tersirat. Dalam lunak kias kata-kata, terselit unsur ketegasan pada nada. Tanpa sebarang kompromi.

Strong words are selectively used, to address certain long over-due issues. Sebagai misal, kata-kata yang begitu menusuk seperti “kecerewetan”, “profesor kangkung”, etc. Seriously, you wouldn’t use this kind of BIG words under normal circumstances.

Obviously, all these strong words do carry some REAL big messages. Yang sesetengahnya sudah lama tertangguh.

ii

Amanat yang panjang itu, di mana perdu mahu berpegang, dan di mana pula dahan mahu berpayung? Saya fikir persoalan ini berlegar-legar dalam minda kebanyakan orang. Bahkan, dalam sembang kedai kopi saya dengan beberapa rakan kerja, tanda-tanya begitu turut bercempara.

Pada hemat saya, sangat mudah untuk disusuri di mana letaknya perdu dan dahan. Asas kepada keseluruhan amanat itu terungkap dalam lima agenda yang digariskan dengan tersurat: akademik, universiti, penyelidikan, pelajar dan kualiti.

Ini adalah perdu yang perlu dipegang.

« Read the rest of this entry »

Seni Kias

26/03/2011 § 1 Comment

i
Memaku dulang, paku serpih;
Mengata orang, dia yang lebih.

Ini adalah seni kias gaya Melayu. Sindir-menyindir secara tersirat.

Maksudnya, individu yang suka mengata orang lain jahat, lanji, jalang, binawe atau apa-apa saja tingkahlaku buruk. Tapi dia sendiri pun sebenarnya sama dajal, sama sundal.

« Read the rest of this entry »

Pasca Debat Diraja 2010: Bahagian I

02/01/2011 § Leave a comment

I

Isu biasa dalam debat adalah kebanjiran idea. Yang melimpah mencanak-canak. So many ideas lingering around; with so little time available. Sebab itu, tingkat kemahiran tertinggi dalam debat adalah daya selektif. Itu pun setelah memenuhi dua pra-syarat asas: pintar membaca dan mahir mendengar.

II

Kebanjiran idea: dilema yang sama turut membelenggu saya dua-tiga hari dulu. Usai sesi refleksi, saya dihambat macam-macam perkara. Tentang Debat Diraja 2010. Semuanya saya fikir penting. Tapi kerana ia terlalu rencam, maka sangat sukar mahu mengungkap lambakan idea itu. Dalam satu perspektif yang saling bertaut, dan boleh dihayati dengan mudah. Penyelesaian? Saya pulang semula kepada kemahiran teras debat. Proses menyaring dan memilih isu, berdasarkan konteks. Dan, dibuat atas pertimbangan mana satu yang lebih relevan.

« Read the rest of this entry »

Nota Terbuka Kepada Pendebat Final Diraja 2010

22/12/2010 § 2 Comments

i

Isunya sangat kritikal. Tema ‘ketatanegaraan’ diletak untuk pertandingan akhir. Mau menariknya balik, sudah terlalu lewat. Juga tidak adil untuk peserta, yang barangkali sudah bersedia secara mental sejak sebulan dahulu. 

Pertukaran saat akhir juga boleh mencalarkan wibawa dan kredibiliti JK Kehakiman dan Teknikal. Jadi, terpaksalah akur dengan ketetapan.

« Read the rest of this entry »

Hotel Katerina & Citarasa Artistik

22/12/2010 § Leave a comment

« Read the rest of this entry »

A peek to the Royal grand finale…

22/12/2010 § 2 Comments

i

came to the tournament under the radar. But UKM surprised me when it steam-rolled all the other teams during the preliminary rounds. Topping the league is one thing. But going undefeated through six consecutive matches, that is really something. The quality I truly admire about UKM is the effort, and humility. This particular UKM batch is one of the most hardworking teams I’ve ever seen (and has improved so much in such a short span of time). When they crushed UTP in the quarterfinals, I really thought the defending Royal champion was lock for another crown. And quite honestly, I secretly hoped they would make it all the way. Because it is always pleasant to see hardworking teams get rewarded.

« Read the rest of this entry »

Where Am I?

You are currently browsing the CATATAN DR REM category at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.