PIDATO KEMERDEKAAN : Rekod Tuan Rumah & Johan

07/09/2012 § Leave a comment

Berikut dipaparkan rekod tuan rumah dan johan Pidato Kemerdekaan :

Sebarang pembetulan dialu-alukan

Advertisements

Pidato 1Malaysia (Bukan Melayu) Edisi 2012

05/06/2012 § Leave a comment

TAJUK-TAJUK PERTANDINGAN PIDATO 1MALAYSIA (BUKAN MELAYU) TAHUN 2012

1. 1MALAYSIA TERAS PERPADUAN
2. JATI DIRI ASAS KECEMERLANGAN NEGARA
3. 1MALAYSIA KUNCI KESEJAHTERAAN NEGARA
4. PENGHAYATAN 1MALAYSIA PENENTU KECEMERLANGAN NEGARA

sumber : http://www.penerangan.gov.my/sarawak/images/stories/borang/tajuk%20pidato%202012.pdf

PABM : Rekod Johan Antarabangsa & Nusantara

09/03/2012 § Leave a comment

Salam sejahtera rakan – rakan pendebat dan alumni. Berikut dipaparkan rekod johan PABM. Mohon bantuan semua untuk lengkapkan tajuk lengkap pidato Halil Ibrahim (2011), Sebghatullah (2012) dan Fathiah (2012). Terima kasih

UM johan Pidato KPDNKK

20/07/2011 § Leave a comment

Sempena dengan bulan pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menganjurkan pertandingan Pidato Kepenggunaan bertempat di Dewan Serbagunanya di Putrajaya semalam. Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan MenteriPerdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe itu menyaksikan 5 peserta berentap di pusingan akhir merebut hadiah berjumlah RM 3000 beserta trofi dan sijill.

Dengan tajuk  ” Transfomasi Malaysia ke Arah Ekonomi ” Mohammad Azzairy Rosle dari Universiti Malaya telah mucul sebagai johan pertandingan.Tempat kedua adalah saudari Maryam Jamielah Ab. Manaf,Universiti Islam Aantarabangsa Malaysia diikuti dengan Yusri Idrus dari Universiti Kebangsaan Malaysia tempat ketiga.Tahniah diucapkan kepada para pemenang, sekalung penghargaan juga diucapkan kepada pihak KPDNKK kerana sudi menganjurkan pertandingan ini.

program debat dan pidato hingga hujung tahun 2011

10/07/2011 § 4 Comments

Bil Program Tuan Rumah Tarikh
1 Pertandingan Debat Perpaduan & Integrasi National UTP 22 Julai
2 Peramah USIM 13 Ogos
3 Pertandingan Pidato Kemerdekaan UPM 16 Sept
4 Pertandingan Debat Alam Sekitar UTem Melaka 24 Sept
5 Pertandingan Debat Diraja USM Dec  2011

Orator dan Fakta

17/03/2011 § 6 Comments

Minggu sudah PABM berakhir dengan sorakan gembira penyokong-penyokong pemidato negara apabila saudara Amiruddin dinobatkan sebagai johan kategori nusantara sekaligus mempertahankan gelaran tersebut untuk kali yang ke empat berturut-turut. Gelaran johan Antarabangsa pula diraih oleh pemidato dari Turki saudara Halil Ibrahim yang juga merupakan penuntut dari Universiti Istanbul.Tahniah kepada kedua-duanya.

Menariknya tahun ini berbanding tahun-tahun sudah adalah kita dihidangkan dengan teks pidato yang penuh dengan isi dan fakta.Kali ini pemidato-pemidato dari luar negara sudah kurang mengagungkan lenggok dan persembahan tapi lebih kepada isi dan bahan untuk dipertontonkan. Pada hemah saya, ini merupakan suatu perkembangan yang sangat positif dalam perkembangkan seni orator negara. Tahniah buat semua.

Di bawah saya sisipkan bersama salah satu teks ucapan pemidato PABM yang mungkin boleh buat kita sedar tentang keindahan bahasa, tentang orator itu bukan sekadar suara, ia seni yang indah untuk diterokai semua.

« Read the rest of this entry »

PABM 2011: SENARAI PEMIDATO PUSINGAN AKHIR

10/03/2011 § 1 Comment

 

Berikut adalah senarai peserta yang layak ke pusingan akhir PABM 2011

PUSINGAN NUSANTARA:

BIL NAMA PESERTA NEGARA
1. AMIRUDDIN ABD RAHMAN MALAYSIA
2. MUHAMMAD IZWAN OTHMAN SINGAPURA
3. AWANG HJ ABD RASHID AWANG HJ DAMIT BRUNEI

PUSINGAN ANTARABANGSA:

BIL NAMA PESERTA NEGARA
1. GUO ZI TONG CHINA
2. KIM SO YEON KOREA SELATAN
3. GENEVIEVE WOODS AUSTRALIA
4. HALIL IBRAHIM TURKI
5. DARIA KAMYSHNIKOVA RUSIA

Where Am I?

You are currently browsing the PIDATO category at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.