Format Debat : British Parliamentary (BP)

04/05/2012 § Leave a comment

Berikut dipaparkan nota ringkas berkenaan kes lanjutan (extension). Mindamind menggalakkan semua pendebat semasa meluaskan skala bacaan masing – masing dengan mencari artikel/panduan berkenaan BP yang banyak tersedia di internet. Selamat maju jaya.

Kredit : Khairulnizam Bakeri

 Cadangan bacaan:

1. Debating Tutorial Handouts – Colm Flynn

2. The Debating Handbook – Alexander Deane


Debat: Dilema Pendebat Ketiga #3

15/08/2010 § 4 Comments

Satu lagi dilema yang dihadapi oleh pendebat ketiga ialah dalam mendepani situasi ekstrem: pasukan lawan terlalu lemah atau pasukan sendiri terlalu lemah.

Situasi 1: Pasukan Lawan Terlalu Lemah

Pendebat pertama dan kedua tampil dengan satu, atau lebih parah, tanpa sebarang hujah. Hanya kes perdebatan yang diulang pintal hingga tamat waktu berhujah. Ada juga pihak lawan yang tidak sempat pun memanfaatkan masa berhujah sepenuhnya.

« Read the rest of this entry »

Dilema Pendebat Ketiga #2

15/08/2010 § Leave a comment

Ya, ini bahagian kedua. Cerita tentang masalah yang sering dihadapi oleh pendebat ketiga dalam debat ala parlimen.

3. Tidak tahu = tidak bidas.

Malang juga andai keadaan ini menimpa pendebat ketiga, tetapi saya yakin ramai yang pernah berhadapan dengan situasi yang sama. Pen di tangan sudah bersedia mencatat hujah dan fakta. Tiba-tiba terletuslah dari mulut sang pendebat fakta yang tidak pernah didengar.

« Read the rest of this entry »

Debat IPT & Bola Sepak

22/07/2010 § 1 Comment

Musim Piala Dunia sudah tamat. Sepanyol akhirnya berjaya membuang badi sebagai pasukan underachiever. Belanda sugul buat kali ketiga di pentas (baca: padang) akhir. Paul Si Kurita khabarnya bersara selepas mencatat rekod bersih dalam ramalan keputusan Piala Dunia – dan menghabiskan wang ribuan tahi judi di seluruh dunia.

…..Atau dalam beberapa kes, lelucon semata-mata sudah mencukupi.

Oleh kerana rata-rata pembaca Salah Taip terdiri daripada para pengamal ilmu pengucapan awam, terutamanya debat, jadi apa salahnya kita sama-sama memerhati ragam debat dan bola sepak yang pada kebanyakan masa – tidak jauh bezanya.

« Read the rest of this entry »

Where Am I?

You are currently browsing the NOTA DEBAT category at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.