If You’re A Debate Addict And The World Is In A Hideous Shape, Blame Your Friends

09/06/2010 § Leave a comment

I was at Petah 2010, a Malaysian record-breaking event – 111 hours of non-stop debating. It was five days of United Nations-like excess, during which debaters rented two halls at the Putra World Trade Centre, sending an endless stream of people for nasi lemak and fried mee hoon, played cards with politicians and coffee-slammed their bladders until they felt like walnuts.

This entry is about the throngs of people there, their addiction and the culture manifested within their genes

« Read the rest of this entry »

Mengenggam Sejarah

02/06/2010 § 3 Comments

PETAH sudah berakhir , selepas 111 jam masa yang dihabiskan. Sejarah sudah pun kita genggam. Kepuasannya tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Hanya imej menceritakan segalanya.

Terima Kasih SEMUA!

Kredit Gambar: Ammar Redza Ahmad Rizal (Pendebat UPM)

VVIP ALERT @ PETAH 111

30/05/2010 § Leave a comment

Alhamdulillah, up till this moment PETAH has successfully achieved its first 50 hours. Throughout the event, unforgettable moments have been imprinted within three days of PETAH. We were glad to be having Dato’ Sri Ong Kee Teat, the current Transport Minister,Dato Shabery Chik, Minister of Youth and Sport,Dato’ Saifuddin Abdullah, Deputy Minister of Higher Education, Dato’ Mukhriz Tun Mahathir ,Malaysian Deputy Minister of International Trade and Industry and  Dato’ Razali Ibrahim the Deputy Minster of Youth and Sport.

PETAH was proud to be officiated by Dato’ Saifuddin Abdullah by his three-bells-tick. Hence, the 1st hour of the debate started. Showing his termendous support, Dato’ Saifuddin Abdullah himself, led the 2nd hour of the debate proposed that “Pemidato Sudut Pidato Perlu Diberikan Imuniti”. In line with the PETAH debate, “youthsays.com” has been set up at “YOUTH 10” carnival to promote the event itself and at the same time, inculcating the youth to express themselves.

At the booth, anyone was invited to stood-up and share their personal thoughts to the public. And, Dato’ Saifuddin Abdullah was one of the speakers too. VVIP such as Dato’ Sri Ong Tee Kiat, Dato Shabery Chik and Dato’ Razali Ibrahim  also took some of their time to participate in the event.

Mozek-Mozek PETAH 2010

29/05/2010 § Leave a comment

Selagi mana PETAH berjalan, selagi itulah mozek-mozek ini akan terus berlaku. Semuanya merentas kehidupan dan meninggalkan nostalgia.

Mahu bersama menyusun mozek pengalaman?  Atau hanya memerhati daripada jauh?

PETAH- PWTC, Dewan Redang (28hb May- 1hb Jun 2010)

Kredit Gambar: Encik Kamarulnizam Kamal (Kaloi)

PETAH : Perubahan Tarikh & Waktu

24/05/2010 § 2 Comments

Berikut adalah maklumat perubahan tarikh dan waktu Debat Pelbagai Bahasa 111Jam Tanpa Henti

Jam Pertama : 28 Mei 2010

Waktu : 9 AM

Jam Terakhir : 1 Jun 2010

Waktu : 11 PM

PETAH : Makluman

22/05/2010 § Leave a comment

PETAH sepertimana yang diberitakan sebelum ini akan mengambil tempat sebagai salah satu acara yang berlangsung di Youth’10 Festival.  Youth’10 Festival akan berlangsung di Dewan Tun Razak 1 & 2, PWTC.

Acara & Tempat

  1. Debat 111Jam – Dewan Pangkor & Dewan Redang, PWTC
  2. Booth (pameran, sudut pidato, forum & lain – lain pengisian) – Dewan Tun Razak, PWTC

Pas Masuk

Debat Pelbagai Bahasa 111Jam Tanpa Henti akan berlangsung di ruangan khas iaitu Dewan Pangkor dan Dewan Redang, PWTC.   Justeru, khusus untuk  acara Debat 111Jam, para penonton dan peserta boleh menghadiri acara ini (Debat 111Jam) tanpa pas masuk.

Berkaitan dengan pas masuk ke Youth’10 Festival,  sila lawati  laman web rasmi http://www.theyouthfestival.com/.

Idealisme Zaman Muda, Rai-kan!

21/05/2010 § Leave a comment

Zaman muda selalu penuh dengan mimpi dan cita-cita. Degil dengan harapan dan kerja keras (mungkin juga, kemalasan dan putus asa). Walau apa pun yang memberikan makna kepada zaman muda anda, rai-kan. Sebelum anda bertemu dengan dunia realiti dan material, yang korup dan menyakitkan.

Setiap generasi punya gist sendiri, masing-masing hidup dalam dunia sosial yang dicipta dalam rangkuman zaman, masa dan tempat. Setiap satunya berbeza, setiap satunya unik tersendiri dan wajar di rai-kan.

Yang akan dikenang-kenang ialah manis/pahit perjuangan idea yang anda percayai

« Read the rest of this entry »

Ars Longa, vita brevis

04/05/2010 § 2 Comments

Ars longa, vita brevis,

occasio praeceps,

experimentum periculosum,

iudicium difficile.

Hippocrates(ca. 460 BC – ca. 370 BC)

Memulakan entry dengan bahasa latin sudah tentu menimbulkan rasa jelek pada sebahagian yang membaca. Maaflah , sesekali bekas pendebat yang sudah tua mahu juga menunjuk lagak.

Lama mendiamkan diri, sehingga ‘diugut’ oleh pengopitegar supaya menulis entry, saya tunaikan permintaan beliau. Sempena meraikan PETAH dan juga melunaskan tanggungjawab di ruangan ini.

Walau Hippocrates bercakap dalam konteks perubatan, tiada salahnya meletakkan kata-katanya dalam konteks seni debat. Dikotomi ilmu terlalu keliru dan menyusahkan. Kalau-kalau selepas ini, ada di kalangan pendebat yang boleh berdebat dengan memasukkan unsur falsafah/ilmu greek, atau islam atau barat sudah cukup baik.

‘Ars longa, vita brevis’ maksudnya, kalau diterjemah secara ringkas dan literal berbunyi ‘ seni itu panjang, hidup itu singkat’.  PETAH yang digembar-gemburkan untuk ‘memasyarakatkan’ debat barangkali tidak cukup untuk dijelaskan tanpa mengambil kira tulang belakang penggerak aktiviti seni ini.  Hubung kait antara seni dan pelakarnya tidak dapat dipisahkan. Namun, alamiahnya, menjadi manusia bermaksud kita punya kehidupan selepas dibangkitkan. Sampai masanya, setiap satu daripada kita akan putus nyawa (walau apa pun caranya dan bila pun masanya).

« Read the rest of this entry »

Youth’10

30/04/2010 § Leave a comment

Youth’10 adalah festival anak muda terbesar yang akan dianjurkan di Malaysia. Pada tarikh 28 – 30 Mei 2010 nanti bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), festival ini dijangka akan berlangsung dengan meriahnya.

Jangkaan kemeriahan yang diletakkan oleh penganjur bukanlah sebarangan. Berdasarkan kejayaan Youth08 dan Youth09, maka wajar untuk diletakkan lebih daripada 100 000 pengunjung yang bakal hadir.

Justeru, PETAH akan mengambil tempat sebagai salah satu acara yang berlangsung di Youth’10 nanti. Selain daripada Debat 111Jam yang akan berlangsung di ruang khas, PETAH melalui booth yang bakal dibuka kelak berusaha untuk mendekatkan seni pengucapan awam kepada masyarakat umum melalui pengisian seperti permainan minda, tayangan, diskusi dalam bentuk debat dan forum, sudut pidato dan bermacam lagi pengisian.

Aktiviti :

Youth’10 dibahagikan kepada beberapa sub-aktiviti utama yang diberi nama festival. Antaranya adalah festival muzik, festival tarian, festival sukan, festival beli-belah, dan beberapa festival lain. Semuanya berlangsung dalam ruang PWTC. Seolah; pengunjung akan melalui satu penjelajahan panjang yang menarik dan berpeluang mengalami pengalaman berbeza di setiap stesyen (festival).

YouthAsia

YouthAsia adalah penganjur utama kepada festival ini. Ia diasaskan oleh dua orang anak muda dan beroperasi di Petaling Jaya, Selangor. Joel Neoh bukanlah orang asing, jika diimbas kembali, pasti benar kita teringat rancangan realiti The Firm.  Manakala Khailee Ng, yang merupakan pengasas-bersama YouthAsia; adalah seorang penulis dan jurucakap di banyak persidangan belia antarabangsa.

Pun begitu, Youth’10 bukanlah menerima pengunjung dari golongan muda sahaja. Segenap lapisan masyarakat dialu-alukan ke program ini.

Lawati saluran perhubungan berikut :

Teruskan berkunjung ke saluran – saluran yang dinyatakan di atas dan mindamind untuk terus mengikuti perkembangan dan maklumat semasa berkenaan festival ini. Terima kasih


Insektarium Haiwan Sosial

28/04/2010 § 1 Comment

Kitab himpunan kata umum Bahasa Melayu memberi makna ‘memasyarakatkan’ sebagai memperkembangkan dan menyebarkan sehingga meresap ke dalam masyarakat.

« Read the rest of this entry »

Where Am I?

You are currently browsing the PETAH category at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.