Idealisme Zaman Muda, Rai-kan!

21/05/2010 § Leave a comment

Zaman muda selalu penuh dengan mimpi dan cita-cita. Degil dengan harapan dan kerja keras (mungkin juga, kemalasan dan putus asa). Walau apa pun yang memberikan makna kepada zaman muda anda, rai-kan. Sebelum anda bertemu dengan dunia realiti dan material, yang korup dan menyakitkan.

Setiap generasi punya gist sendiri, masing-masing hidup dalam dunia sosial yang dicipta dalam rangkuman zaman, masa dan tempat. Setiap satunya berbeza, setiap satunya unik tersendiri dan wajar di rai-kan.

Yang akan dikenang-kenang ialah manis/pahit perjuangan idea yang anda percayai

Generasi muda dan tua akan sentiasa bertentang, itu norma alamiah kehidupan. Kerana lahir dalam zaman berbeza, akan membentuk identiti yang berlainan. Mungkin generalisasi mudah, tetapi seringkali juga kenyataan pedih.

Inilah masanya untuk bertindak-mengubah masyarakat, meraikan kepelbagaian- dalam ruang yang tercipta khusus untuk membesar secara matang dan penuh kebijaksanaan.

PETAH bukan apa-apa, melainkan dimasukkan idealisme muda remaja, hangat api perjuangan dan keyakinan utuh mencipta nama dan sejarah.

Datanglah untuk menyemai benih perubahan, dengan semangat kental seorang pejuang aktivist kemasyarakatan dan meraih ilmu sebanyak boleh.

Walau apa pun yang akan terjadi lima, sepuluh atau dua puluh tahun daripada sekarang. Yang akan dikenang-kenang ialah manis/pahit perjuangan idea yang anda percayai.

Mungkin, di masa hadapan, kemarakan idea muda akan luput bersama usia, tetapi satu perkara yang tidak akan anda sesali ialah memulakan sesuatu dan melihatnya hidup berkembang/ merempat dalam masyarakat.

Di PWTC nanti, bersama-sama PETAH ialah Youth’10 Festival. Carilah idealisme anda disana, kalau masih belum ketemu dan kabur perjuangan. Kalau sudah jelas apa yang anda perjuangkan, pergilah ke ruang yang bersesuaian, ataupun mencuba benda baru, mencari dan meneroka keghairahan hidup.

Bila lagi mahu mencabar diri? Bila lagi mahu menyumbang sesuatu? ‘Mainstream’ mahupun ‘Indie’, yang bedanya cumalah perspektif tentang idea. Dan golongan muda memang akan sentiasa berbeza dalam pemikiran, cuma yang membezakan ialah kematangan menerima dan meraikan.

Ayuh!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Idealisme Zaman Muda, Rai-kan! at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: