Youth’10

30/04/2010 § Leave a comment

Youth’10 adalah festival anak muda terbesar yang akan dianjurkan di Malaysia. Pada tarikh 28 – 30 Mei 2010 nanti bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), festival ini dijangka akan berlangsung dengan meriahnya.

Jangkaan kemeriahan yang diletakkan oleh penganjur bukanlah sebarangan. Berdasarkan kejayaan Youth08 dan Youth09, maka wajar untuk diletakkan lebih daripada 100 000 pengunjung yang bakal hadir.

Justeru, PETAH akan mengambil tempat sebagai salah satu acara yang berlangsung di Youth’10 nanti. Selain daripada Debat 111Jam yang akan berlangsung di ruang khas, PETAH melalui booth yang bakal dibuka kelak berusaha untuk mendekatkan seni pengucapan awam kepada masyarakat umum melalui pengisian seperti permainan minda, tayangan, diskusi dalam bentuk debat dan forum, sudut pidato dan bermacam lagi pengisian.

Aktiviti :

Youth’10 dibahagikan kepada beberapa sub-aktiviti utama yang diberi nama festival. Antaranya adalah festival muzik, festival tarian, festival sukan, festival beli-belah, dan beberapa festival lain. Semuanya berlangsung dalam ruang PWTC. Seolah; pengunjung akan melalui satu penjelajahan panjang yang menarik dan berpeluang mengalami pengalaman berbeza di setiap stesyen (festival).

YouthAsia

YouthAsia adalah penganjur utama kepada festival ini. Ia diasaskan oleh dua orang anak muda dan beroperasi di Petaling Jaya, Selangor. Joel Neoh bukanlah orang asing, jika diimbas kembali, pasti benar kita teringat rancangan realiti The Firm.  Manakala Khailee Ng, yang merupakan pengasas-bersama YouthAsia; adalah seorang penulis dan jurucakap di banyak persidangan belia antarabangsa.

Pun begitu, Youth’10 bukanlah menerima pengunjung dari golongan muda sahaja. Segenap lapisan masyarakat dialu-alukan ke program ini.

Lawati saluran perhubungan berikut :

Teruskan berkunjung ke saluran – saluran yang dinyatakan di atas dan mindamind untuk terus mengikuti perkembangan dan maklumat semasa berkenaan festival ini. Terima kasih


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Youth’10 at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: