Ars Longa, vita brevis

04/05/2010 § 2 Comments

Ars longa, vita brevis,

occasio praeceps,

experimentum periculosum,

iudicium difficile.

Hippocrates(ca. 460 BC – ca. 370 BC)

Memulakan entry dengan bahasa latin sudah tentu menimbulkan rasa jelek pada sebahagian yang membaca. Maaflah , sesekali bekas pendebat yang sudah tua mahu juga menunjuk lagak.

Lama mendiamkan diri, sehingga ‘diugut’ oleh pengopitegar supaya menulis entry, saya tunaikan permintaan beliau. Sempena meraikan PETAH dan juga melunaskan tanggungjawab di ruangan ini.

Walau Hippocrates bercakap dalam konteks perubatan, tiada salahnya meletakkan kata-katanya dalam konteks seni debat. Dikotomi ilmu terlalu keliru dan menyusahkan. Kalau-kalau selepas ini, ada di kalangan pendebat yang boleh berdebat dengan memasukkan unsur falsafah/ilmu greek, atau islam atau barat sudah cukup baik.

‘Ars longa, vita brevis’ maksudnya, kalau diterjemah secara ringkas dan literal berbunyi ‘ seni itu panjang, hidup itu singkat’.  PETAH yang digembar-gemburkan untuk ‘memasyarakatkan’ debat barangkali tidak cukup untuk dijelaskan tanpa mengambil kira tulang belakang penggerak aktiviti seni ini.  Hubung kait antara seni dan pelakarnya tidak dapat dipisahkan. Namun, alamiahnya, menjadi manusia bermaksud kita punya kehidupan selepas dibangkitkan. Sampai masanya, setiap satu daripada kita akan putus nyawa (walau apa pun caranya dan bila pun masanya).

Maka, saya tertanya-tanya dalam kehidupan yang diberikan tuhan ini, apa yang boleh dilakukan. Selain hubungan kita dengan tuhan yang berkisar kepada soal-soal ibadah dan kepercayaan. Ada ruang hubungan dengan manusia dan masyarakat yang juga perlu diberi perhatian (yang juga satu ibadah).

Menjadi pendebat yang sarat narcissism, yang betah dengan teguran dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi menyebabkan arena ini dipenuhi dengan manusia-manusia ego yang taksub kepada diri sendiri. Bak  Narcissus yang tergamam dengan kekacakan sendiri, begitu juga pendebat yang penuh percaya kepada kemahiran peribadi. Bukan tidak bagus, Freud juga percaya setiap manusia perlu kepada narcissism sihat untuk kelangsungan hidup.

Mungkin di PETAH, kita boleh menggunakan narcissism dengan kaedah yang benar. Memperlihatkan bakat dan kemahiran berdebat-analisa fakta dan gaya serta kaedah perdebatan- untuk memasyarakatkan debat. Untuk meneruskan aktiviti seni debat (atau falsafah debat dan sains perdebatan) supaya terus kekal dalam masyarakat walau selepas pemergian kita. Maka, sumbangkan tenaga dan ilmu anda untuk terus bersama-sama terlibat dalam PETAH. Walau tidak diminta bantuan,  sudah sampai masanya kita sendiri menghulurkan bantuan kepada tenaga kerja PETAH. Dan saya, di ruangan ini cuba  membantu sedaya boleh.

‘occasio praeceps’ bermakna peluang cepat berlalu (sekali lagi terjemahan secara kasar, TK).  Peluang untuk berkumpul tanpa ada semangat pertandingan dan cemburu kemenangan bukan selalu datang. Sebelum PETAH, ada satu aktiviti perdebatan untuk memecahkan rekod selama 100 jam tanpa henti di DBP (tidak silap saya, tahun 2006, maaf kalau tersilap). Tetapi,bezanya, PETAH kali ini berlaku dalam skala yang besar, yang lebih gah, yang punya tujuan lebih jitu dan gerak kerja lebih tersusun. Peluang seperti ini jarang-jarang timbul, apatah lagi dengan stigma awam terhadap debat (debat=cakap kosong dan poyo), umpama kejadian ajaib  yang berlaku sekali dua seumur hidup. Meletakkan diri dalam moment berharga ini merupakan satu pendedahan kepada pendebat baru dan medan imbasan untuk bekas pendebat.  Dan inilah peluangnya untuk mendedahkan debat kepada masyarakat, dan membuktikan kita bukan tin-tin kosong yang sekadar meriuhkan PWTC nanti. Ada maruah yang perlu dijaga, ada tanggungjawab yang terpikul.

experimentum periculosum’ (TK: eksperimen bahaya) tepat menceritakan situasi PETAH. Percubaan menganjurkan pesta yang sifatnya intelek dalam kaedah penghujahan bukan satu gerakan seni popular yang berlaku dalam negara. Lebih mudah menganjurkan pesta dengan menaja pelakon dan penyanyi sebagai duta pesta. Atau mengadakan pesta amal dengan tayangan filem murah dan acara nyanyian sumbang. Tetapi PETAH mahu menjadi lain daripada lain, unik dan indie dalam gaya yang tersendiri. Kebahayaan ini hanya boleh dikurangkan dengan penglibatan semua dengan menyokong dan datang memeriahkan majlis. Sama ada alumni mahupun pendebat baru untuk berkongsi dan menimba ilmu. Sokongan perlu datang dalam bentuk kuantiti, walaupun kualiti juga sama taraf pentingnya.

iudicium difficile’ (TK: penghakiman sukar). PETAH tidak perlukan penghakiman tergesa-gesa. Seni debat itu sendiri, tidak perlukan prejudis mentah tanpa pertimbangan matang. Walaupun begitu, kerana sifatnya seni, ia hanya boleh di adili dengan kelangsungan hayatnya. Dan menjalankan PETAH, penggerak berdepan dengan kritikan dan masalah berterusan. Kritikan bisa sahaja diberikan, dalam masa yang sama sokongan dihulurkan juga.

Dalam usaha PETAH untuk memasyarakatkan debat. Menjadi seni yang terus relevan dengan zaman (walau bila semua yang kita kenali sudah tiada) memerlukan peluang yang tidak di sia-siakan (apatah lagi dengan sifat peluang itu cepat berlalu), dilakukan secara berani berdepan dengan risiko ( eksperimen seni memang satu perkara yang penuh risiko) dan sokongan tanpa belah bahagi tetapi tidak membuta tuli (kerana penghakiman itu sifatnya relative bukannya universal).

Apa kata anda? Sudah mendaftar? Sudah memberikan sokongan? Atau sekadar duduk-duduk melihat sejarah baru memasyarakatkan debat dicipta?

§ 2 Responses to Ars Longa, vita brevis

  • nik uthm says:

    sy mendapat khabar program ini dari kenalan seuniversiti.=)

    huraian dan penceritaan PETAH dari perspektif karya klasik. heh, kita perlukan lebih banyak idea kreatif sebegini! artikel promosi petah di akhbar dan majalah? why not.. *sekadar cadangan.

  • mindamind says:

    terima kasih buat cadangan.. sedang diusahakan untuk media cetak dan hiburan.. jika anda punya kelapangan sudilah sebar-sebarkan kepada semua.. sekali lagi jutaan terima kasih..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Ars Longa, vita brevis at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: