Wupid Lambang Debat Budaya Kita

13/12/2012 § 2 Comments

Saifuddin Abdullah
Sinar Harian

Pada 4 Disember lalu, saya merasmikan pertandingan akhir debat Bahasa Inggeris (BI) World Universities Peace Invitation Debate – WUPID (Debat Jemputan Keamanan Universiti Dunia) di Universiti Taylors.

Saya hadir sebagai Penaung Wupid. Seorang lagi anggota pentadbiran dalam keluarga Wupid ialah Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Duta Keamanan.

Wupid disertai 30 pasukan debat terbaik dunia. Mereka dipilih berdasarkan ranking ciptaan Colm Flynn, Ahli Emeritus Majlis World Universities Debating Championship – Worlds (Kejohanan Debat Universiti Dunia), iaitu pertandingan debat paling berprestij.

Ia dianjurkan setiap tahun sejak 2007. Tarikhnya beberapa minggu, iaitu pertandingan terakhir, sebelum Worlds. Tarikh yang strategik dan kehandalan peserta menjadikannya pentas persediaan terbaik menjelang Worlds.

Tajuk debatnya setaraf dengan Worlds. Contohnya, tajuk peringkat akhir kali ini ialah, “Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu perlu memberi status keanggotaan penuh kepada Palestin”.

Kebanyakan hakim Wupid adalah juga hakim Worlds. Contohnya, Dr Kamalan Jeevaratnam, Ketua Hakim tahun ini; timbalannya, Ivan Ah Sham dan Iqbal Hafiz Ahmad Bazari, Pengasas Institut Debat dan Pengucapan Awam Malaysia (MIDP).

Ditambah dengan pengurusan cemerlang, yang dalam hal tertentu mengatasi Worlds, Wupid mendapat sambutan menggalakkan daripada keluarga debat antarabangsa.

Universiti-universiti yang menjadi johan Wupid tahun-tahun lalu, – Sydney (2007, 2009), Monash (2008), Universiti Kebangsaan Singapura (2010) dan Victoria Wellington (2011); apabila bertanding di Worlds, menjadi johan atau sekurang-kurangnya mara hingga separuh akhir. Johan tahun ini, iaitu Witwatersrand, yang di peringkat akhir mengalahkan johan-johan 2010 dan 2011 serta Cambridge, juga dijangka cemerlang di Worlds yang diadakan di Berlin pada hujung bulan ini.

Semua ini menjadikan Wupid pertandingan debat kedua paling berprestij selepas Worlds.

Penggerak utama Wupid, dari awalnya hingga kini, ialah Muhammad Yunus Zakariah, bekas pendebat Universiti Putra Malaysia. Beliau pernah menyertai Worlds tiga kali sebagai pendebat dan sekali sebagai hakim.

Penganjur rasminya bermula dengan H&G yang dianggotai Muhammad Yunus, Dr Saiful Amin Jalun dan Daniel Hasni Mustafa, dan kemudiannya disertai Shamsul Azhar Ismail.

Mulai tahun ini, penganjurnya ialah Yayasan Orator pimpinan Ahmad Badrulhisam Che Kasim, di mana Muhammad Yunus antara ahli lembaganya.

Wupid disokong Kementerian Pengajian Tinggi, universiti-universiti, sektor perniagaan dan sebagainya. Pada tahun ini, penaja utamanya ialah Prestariang, KS Entourage, Putra Business School dan Universiti Taylors. Universiti Taylors juga bakal menjadi universiti pertama menawarkan biasiswa kepada pendebat.

Di samping BI, mulai tahun lalu, Wupid versi bahasa Melayu (BM) dianjurkan dengan penyertaan universiti-universiti Asean.

Sesungguhnya, budaya debat semakin menebal di kalangan rakyat. Pertandingan-pertandingan utamanya seperti, Debat Diraja dan sedozen pertandingan lain di peringkat universiti; Piala Perdana Menteri, Debat MRSM, Debat Antara Sekolah anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan lebih 10 lagi debat peringkat sekolah; dan pelbagai debat lain anjuran pelbagai pihak.

Kewujudan H&G, Yayasan Orator, MIDP dan Alumni Debat IPT (ADI) yang menghimpunkan bekas-bekas pendebat dan komited membangunkan debat, iaitu dengan melatih pendebat muda, menganjurkan pertandingan dan menghantar pasukan ke pertandingan antarabangsa, adalah manifestasi kekebalan budaya debat dan kecekalan para aktivisnya walaupun dalam kesukaran mendapatkan sokongan, terutama penajaan.

Tetapi, apa lebih penting ialah kebanyakan rakyat melihat debat bukan terhad pada pertandingan sahaja. Sebaliknya menganggap debat sebahagian daripada budaya kita, amalan budaya ilmu; contohnya melalui forum, wacana dan mutakhir ini – debat politik.

Dalam kerancakan ini, Wupid ialah lambang budaya debat kita di pentas antarabangsa.

§ 2 Responses to Wupid Lambang Debat Budaya Kita

  • Hey! I know this is somewhat off topic but I was wondering iff
    you knew where I could get a captcha plugin for my comment
    form? I’m using the same blog platform as yours and I’m having problems findinbg one?
    Thanks a lot!

  • So you can contact them for Dubai apartment rent and make your advanced booking for other services as
    well like rent a car. Here you will get great benefits saving
    your time and money too. The craftsmanship features which are synonymous with the Bentley name
    also include veneered picnic tables to the rear of front seats inset with vanity mirrors, chrome inlay strips
    to the door waistrails and deep-pile carpet mats with hide trimming.

Leave a comment

What’s this?

You are currently reading Wupid Lambang Debat Budaya Kita at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta