Mahasiswa Tentang Benar dan Batil

08/05/2012 § Leave a comment

Kebelakangan ini ada beberapa perkara yang menganggu keamanan fikiran saya. Menjadi seorang pelajar yang dahulunya (juga sekarang) tidak pernah peduli dengan politik mahasiswa, meletakkan saya di luar lingkup ruang politik kampus dan juga luar kampus. Atas beberapa sebab peribadi yang menyebabkan saya, secara umunya, membenci arena politik Malaysia sekaligus meletakkan saya antara golongan ‘atas pagar’. Sesungguhnya, saya tak peduli. Namun, disebabkan keriuhan kegiatan politik mahasiswa sekarang menyebabkan saya terdorong untuk menulis beberapa perkara. Please bear with me, an apolitical writing so-called political stuffs.

Romantisim perjuangan pelajar zaman silam ialah satu kesilapan. Kerana bergerak atas dasar nostalgia umpama anjing.. (menyalak bukit) 

1- Kebenaran itu relatif. Sebabnya, ia dijana oleh kuasa golongan dominan. Maka, sesiapa yang mempunyai norma yang diterima secara kolektif mempunyai kuasa untuk menjana kebenaran. Setiap titik sejarah akan mempunyai kebenaran yang dianggap sebagai statik dan tidak boleh berubah. Misalnya, zaman gelap dulu, manusia menganggap bumi sebagai dataran mendatar, ataupun terletak di atas cengkerang seekor penyu gergasi. Sekarang tidak lagi. Maka, sesiapa pun tidak pernah boleh mengakui bahawa mereka di pihak benar dengan penuh bongkak membuta tuli. Perjuangan mahasiswa sekarang begini sifatnya, kedua belah pihak menganggap mereka mempunyai hak mutlak ke atas kebenaran. Akhirannya, kedua tidak memaparkan kebolehan bertoleransi dengan baik. Mereka bodoh sombong. Sedangkan, apa yang diperjuangkan oleh setiap satu pihak cumalah manipulasi cerminan politik kepartian luar kampus.

2- Perjuangan mahasiswa tidak boleh bersifat kepartian. Ia perlu bersifat humanistik. Maka, setiap ideologi yang ingin ditonjolkan perlu lah berdasarkan kepada refleksi mereka terhadap kehidupan luar. Ini tidak bermaksud mengaitkan perjuangan mereka dengan politik luar kampus. Kerana mengikat diri mereka dengan parti politik (kerajaan mahupun pembangkang) sebenarnya menjadikan mereka alat kepada pergelutan kuasa di luar. Segala macam revolusi yang di idamkan tidak akan boleh berhasil tanpa menjarakkan perjuangan mahasiswa daripada parti politik luar. Benar, perjuangan perlukan sokongan. Tetapi meraih sokongan parti politik luar (sekurangnya dalam konteks Malaysia) sebenarnya tindakan bodoh yang hanya menjarakkan mereka daripada meneroka kemungkinan tindakan politik mereka sendiri. Tidak payah hendak menafikan, semua politik mahasiswa sebenarnya ditunjangi oleh parti politik di luar kampus.Sejauh mana parti politik terlibat, itu yang perlu diteroka.

3- Perjuangan mahasiswa hendaklah menjadi medium kematangan sebelum melangkah ke luar kampus. Ya, memperjuangkan isu luar kampus ialah perkara yang saya anggap bagus dan baik. Tetapi, memilih untuk dikaitkan dengan golongan politik luar kampus ialah kemusnahan yang dicari sendiri. Mahasiswa perlu meneroka isu-isu sosial, ekonomi dan politik. Ia bukan terbatas kepada soal-soal AUKU dan kebebasan berakademik. Mereka boleh sahaja berjuang tentang nasib para graduan dalam zaman globalisasi. Mereka juga boleh mendesak pihak pemerintah melakukan sesuatu tentang penyebaran penyakit AIDS. Mereka juga boleh melancarkan gerakan sosial tentang ketelusan senario parti politik di malaysia. Banyak lagi isu yang jika dimainkan dengan betul oleh mahasiswa boleh mematangkan mereka tanpa perlu terlibat dengan pergelutan kuasa politik kepartian di luar. Ya, siapa yang anda undi ialah pilihan peribadi. Tetapi, yang lebih ‘ya’ ialah bagaimana proses anda mencapai keputusan untuk mengundi siapa. Di kampuslah, proses ini perlu terjadi yang menghasilkan keputusan di luar kampus. Tetapi malangnya, medan politik mahasiswa sekarang menjadi medan menyuburkan ketaksuban kepada pemerintah dan fanaticism kepada pihak pembangkang. Kerana, saya pasti sangat mereka yang menjulang idea kebebasan akademik ini sebenarnya tidak pernah faham apa yang dimaksudkan dengan kebebasan berakademik. Kerana soal-soal kebebasan berakademik ini sebenarnya lebih menjarah kebebasan pensyarah dan penyelidik untuk melakukan kajian tentang isu-isu yang dianggap taboo dalam masyarakat. Mahasiswa tidak pernah dilarang untuk mengambil kursus yang mereka mahukan, mereka tidak pernah dilarang untuk pergi ke kelas (walaupun sebahagian memilih untuk ponteng). Isu kebebasan akademik lebih luas daripada itu, kerana implicitnya percaya atau tidak pensyarah-pensyarah di Malaysia tidak begitu bodoh membiarkan kebebasan berakademik mereka disekat. Kalau ada masa, luangkan masa bercakap isu semasa dengan pensyarah pilihan anda, anda mungkin terkejut dengan keupayaan mereka menjalankan misi peribadi tanpa perlu cari pasal dengan pentadbiran universiti. Kenapa begitu? Pensyarah ialah orang bijak yang hidup dalam dunia khayalan mereka sendiri, selagi tidak rasa tercabar mereka tidak akan bertindak.

4- Romantisim perjuangan pelajar zaman silam ialah satu kesilapan. Kerana bergerak atas dasar nostalgia umpama anjing menyalak bukit. Benar, zaman Anwar ialah zaman emas perjuangan mahasisiwa. Tetapi, zaman banyak berubah. Ideologi dan method untuk berjuang juga perlu berubah. Malaysia, sekurangnya, bukan seperti Indonesia yang memerlukan gerakan Mahasiswa untuk menggulingkan Soeharto. Medan mahasisiwa ini perlu menerima hakikat bahawa mereka perlu bertindak seperti seorang pakar perubatan. Merawat penyakit berdasarkan keseriusan penyakit tersebut. Kalau terkena barah payu dara tahap I, tidak perlu melakukan masctectomy. Rawatan perlu berkadar terus dengan keseriusan penyakit. Merawat isu sosial yang wujud sekarang perlulah berdasarkan kepada keseriusan masalah yang wujud. Malangnya, apa yang dilakukan oleh mahasiswa sekarang ialah melampau (dalam erti kata terlebih dan terkurang). Di satu pihak yang suka merusuh, mereka akan berdemo tentang apa sahaja. Di satu pihak yang suka menjilat, mereka akan menjilat apa sahaja. Hasilnya, dua belah pihak yang sama-sama bodoh bertembung antara satu sama lain. Situasi ini yang menganggu saya, kerana mengaitkan diri dengan parti politik luar, mahasiswa menjadi klon kepada kebobrokan senario politik yang bodoh dan jijik. Ditambah dengan kesukaan mengimbau masa lepas dan mahu mempertahankan masa kini, kedua belah pihak meletakkan diri mereka dalam dua keadaan melihat dunia yang kacau bilau. Mereka tidak objektif dan tidak kritikal, mereka tidak rasional dan tidak kreatif, mereka tidak pandai berdiplomasi dan bertoleransi. Mereka hanya sekelompok klon kepada parti politik luar kampus yang akan digunakan kalau perlu, dan dilupus kalau rosak.

5- Seteguh mana prinsip saya mahu menjarakkan diri saya daripada arena politik, semakin risau saya terhadap masa depan politik. Kalau lah perjuangan mahasiswa terus-terusan begini, arena politik Malaysia tidak akan pernah berubah. Tidak akan menjadi lebih rasional dan bijak. Mungkin, ketika saya bersara nanti, saya boleh menonton ahli-ahli dewan rakyat yang mungkin diduduki oleh pemimpin mahasiswa sekarang bergaduh dan bertumbuk mengunakan tangan dan kaki. Meletakkan otak di kepala lutut, dan memalukan diri sendiri dengan menggelarkan diri sebagai pemimpin.

1 Januari, 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Mahasiswa Tentang Benar dan Batil at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: