V

07/05/2012 § Leave a comment

Saya percaya bahawa format debat British Parliamentary (BP) tak sekadar membawa cabaran kepada pendebat, malah ia secara keras mendidik para hakim untuk lebih bertanggungjawab terhadap diri dan keputusan yang dibuat.

Kerana adanya empat pasukan dalam satu sidang dan keputusan bukan lagi ditandai dengan dua gelaran sahaja; kalah dan menang; sebaliknya bernombor, maka ruang yang hadir selepas sesi itu tamat membawa kepada makna ‘penjelasan’.

Kita bersetuju bahawasanya perspektif adalah sesuatu yang jalang. Ia tidak setia. Dan oleh kerana begitu sifatnya maka keputusan kolektif yang perlu dicapai akan sentiasa mencabar. Tidak seperti amalan dalam debat yang menggunakan format biasa yang mana keputusan menang; adalah berdasarkan pasukan yang mendapat undian majoriti yang ditulis hakim pada kertas markah masing-masing; keputusannya bersifat mandiri.

Para hakim perlu untuk menyatakan keputusan masing – masing dalam perbincangan sesama mereka. Malah lebih daripada itu, mereka perlu menjelaskan sebab. Saya tidak tahu bagaimana harus saya nyatakan dengan tepat bahawasanya ruang yang terbentuk ketika ini –perbincangan mencapai keputusan kolektif- sebenarnya adalah proses alam sedar yang mendidik para hakim supaya menjadi lebih berani. Kerana berbicara, apatah lagi menyatakan pendirian, dalam kalangan mereka yang berbeza latar dan umur, bukan kerja yang mudah. Cabarannya –pada saya- lebih kepada mereka yang lebih muda kerana kita ini kaya dengan amalan – amalan feudal yang memberi tingkat berdasarkan banyaknya umur. Barangkali benar ia menyakitkan emosi, kerana kita antara sedar dan tidak sedang berperang dengan diri, kata Freud.

Lebih ke hadapan daripada soal takut-segan-berani itu tadi, ia adalah ruang untuk para hakim menjadi pemerhati yang lebih peka dan manusia yang lebih kritis.

Kita tidak mahu lawak jenaka ‘kamu perlu jelaskan definisi dewan tu sama ada dewan rakyat ataupun dewan negara sebab sampai sekarang… (!) saya masih tertanya-tanya’ dalam usul yang kebanyakannya punya prefix Dewan Ini Percaya/Menyokong. Ya benar, komen ini diucap oleh salah seorang hakim ketika berlangsungnya kejohanan debat yang lalu. Ketika umur kejohanan debat intervarsiti di Malaysia sudah berdekad, komen dan penjelasan hakim terhadap perdebatan yang telah ditontonnya sudah wajar berada pada tingkat yang lebih bagus.

LoL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading V at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: