alitheia

16/08/2011 § 2 Comments

#quote#

15 ogos 2011

We want to make winners. We want to create winners.

Sesuatu yang kita perlu sentiasa ingat ialah pendebat itu sentiasa seorang manusia. Kita ketika berdebat, adalah manusia. Mereka yang mendengar kita berdebat, adalah manusia. Hadirin, rakan dan lawan, sentiasa adalah manusia. Kita menyusup masuk dalam peranan, setting yang ditetapkan, tapi kita semua adalah sentiasa manusia.

wajar sentiasa kekal mengingati hakikat, bahawa dia sentiasa seorang manusia

Aspek sebagai manusia yang akan dibicarakan lanjut adalah tentang hati dan minda kita.Ada sesuatu yang memacu daya kita.Ada sesuatu yang membentuk reaksi dan rasa. Itulah hati dan minda kita. 

You can’t control your heart and your mind entirely. And others won’t hear it, except you, and you alone. They both whisper to you, and you will have the choice to articulate it – verbally and non verbally. The question is, do you want to? And what would be the kind of choice that you will make?

Saya suka mengingatkan bahawa artikel ini mesti dibacai, dengan kesedaran bahawa ilmu debat dan ilmu am berkenaan pengetahuan umum kekal sebagai perkara wajib yang perlu kita kuasai. Percakapan tentang hati dan minda pendebat yang sentiasa kekal sebagai manusia ini tidak mengetepikan hakikat itu.

Juga penulisan ini, saya anggap sebagai komponen paling kecil untuk dibicarakan. Lazimnya pembicaraan tentang aspek ini hanya berlaku secara sub conscious dengan diri sendiri. Atau sewajarnya tidak dibicarakan. Perbincangan terbuka, akan menjadi absurd. Justeru saya lebih selesa jika penulisan ini dianggap sebagai ocehan tidak wajar seperti sisipan iklan dalam majalah yang biasanya dibuat bungkus goreng pisang.

Dalam konteks yang lebih personal, saya menyedari bahawa kehidupan memberikan kita kecenderungan. Something motivates your mind to think in a certain manner. Something drives your conscience to behave in certain direction, and developed a kind of intuiton.  Karektor dibina menerusi pengalaman hidup yang berbeza. Pendebat mampu bersedia dan dibentuk, menerusi latihan, pembacaan. Sebagai rakan debat dan lebih penting, para jurulatih atau saudara senior, adalah wajar untuk kita memahami bahawa setiap pendebat memiliki hati dan minda yang berbeza.

Saya menggesa anda supaya jangan mengubah apa apa yang telah anda lakukan. Segala yang anda usahakan, metod yang anda amalkan. Baik anda kini adalah seorang pendebat, rakan – rakan debat, jurulatih atau saudara senior. Jika penulisan ini memberikan anda tanggapan bahawa anda perlu membuat perubahan dan mendalami hati dan minda anda, maafi saya dan anggap sahaja kelemahan saya dalam menyampaikan maksud dalam penulisan ini, sehingga menyebabkan anda tiba ke kesimpulan itu.

Penulisan ini sewajarnya hanya memberikan anda sedetik untuk melihat dalam diri. Penulisan ini sewajarnya memberikan anda keinginan untuk melihat dalam diri rakan – rakan debat anda, pendebat muda yang sedang anda asuh. Sekadar keinginan, dan hanya itu sahaja. Jika anda memenuhi keinginan untuk mengubah hati atau minda mereka, ertinya anda akan merencatkan mereka, dan saya amat kesal sekiranya itu terjadi. Jangancuba menghalakan minda dan hati mereka ke suatu arah yang anda tanggap mereka patut tuju.

Saya berpandangan bahawa jurulatih, rakan – rakan debat dan saudara senior, wajar memahami bahawa yang sedang kita lakukan adalah a million endeavours to make a group of persons the kind of persons we thought they should be; they could be. What we don’t know, is the fact that they can be more. They may run much faster than what we thought or calculated. Molek, untuk kita izinkan dan berikan mereka keyakinan dan kepercayaan untuk melakukannya. Yang sentiasa berada bersama para pendebat ialah hati dan minda mereka. Saat 7 minit bermula, kita akan terpisah dari mereka. Dan jika mereka tidak mampu mempercayai hati dan minda mereka – tidak kita ajari untuk percaya pada minda dan hati mereka – mereka akan tewas.

Saya memohon maaf kerana penulisan ini cetek. Dan saya belum mampu untuk menjelaskan apakah atau bagaimanakah hati dan minda itu mampu diajar. Mungkin tidak akan mampu. Saya memegang kepercayaan bahawa asas yang sama untuk bermula dan berkembang dalam debat – melalui proses pembelajaran dan pencarian ilmu. Memerhati dan latihan berterusan.

I believe, you may not be a winner or a good debater even if you are able to conquer your heart and your mind all the way, at all time. But it puts you intact, as a person, and it enables you to make decisions. Whether or not those decisions you would regret, that is entirely up to you. I am confident, that some of those decisions will be those that you regret. But I am also pleased to assure you that you will come to terms with yourself, and you will be able to face those mistakes you have made.

Kita membesar, pergi dari dan kembali ke dunia debat ini. Ilmu apakah yang kita berikan, dan pesanan apakah yang telah kita sampaikan. Apakah kebaikan yang telah kita tinggalkan, dan kesilapan bagaimanakah yang telah kita lakukan. Kita bertanggungjawab ke atas semuanya. Dan bila semuanya telah berlalu, dan tiada lagi kesempatan yang tinggal, akan ada kelompok manusia seterusnya yang akan mengulangi proses yang sama. Kita pergi dengan harapan bahawa kelompok ini akan melakukan yang lebih baik, kualiti perdebatan akan meningkat.

Pendebat wajar sentiasa kekal mengingati hakikat, bahawa dia sentiasa seorang manusia.

Key words – falsafah, jiwa, kematangan, roh, kebenaran, pencarian, endeavours, tanggungjawab

#unquote#

Diyana Sulaiman


§ 2 Responses to alitheia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading alitheia at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: