Bahas Pendidikan Islam Universiti-Universiti ASEAN 2011

10/07/2011 § 1 Comment

Kita sudah selalu dengar tentang Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu(PABM), dan jemputan Bahas Muhibbah yang berlangsung saban tahun. Keduanya melibatkan pengucapan awam dalam Bahasa Melayu. PABM hostnya adalah Malaysia, dan Bahas Muhibbah pula penganjurnya adalah Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu Singapura. Tahun ini Brunie pula tampil sebagai muka baru pengajur debat peringkat nusantara.

Bersempena dengan sambutan tahun ke 25 Universiti Brunie Darussalam, mereka telah memperkenalkan Pertandingan Bahas Pendidikan Islam antara Universiti-Universiti Asean. Program yang dianjurkan bermula 21-22 Jun lepas menyaksikan lapan universiti telah berentap dengan tema “Pendidikan Islam Pemangkin Kekuatan Ummah”.Antara universiti-universiti yang terlibat adalah Universiti Malaysia Sabah, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kolej Universiti Islam Selangor, Universiti Brunei Darussalam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB).

Berikut adalah tajuk-tajuk yang digunakan dalam perbahasan.

  1. Penggunaan  teknologi maklumat telekomunikasi TMK) dalam pendidikan islam tidak member kesan.
  2. Reformasi pendidikan islam perlu selaras dengan tuntutan era globalisasi. (Separuh akhir)
  3. Bahasa Arab diwajibkan di semua peringkat pendidikan(Pusingan 1)
  4. Kegagalan pendidikan islam punca keruntuhan moral (Pusingan 2)
  5. Pendidikan seks perlu dimasukkan ke dalam kurikulum pendidikan Islam. (Tempat ke 3 dan ke 4)
  6. Pendekatan pengajaran tradisional tidak mampu melahirkann muslim yang kreatif dan innovative.
  7. Mahasiswa kini tidak progresif.
  8. Umat Islam terpinggir kerana lemah dalam sains dan teknologi. (Pusingan akhir)

Berikut pula adalah keputusan perlawanan:

Johan : USIM

Naib Johan: UIAM

Tempat ke 3: UMS

Tempat ke 4: UBD

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur untuk pengajuran kali ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua yang terlibat.

p/s: pihak mindamind mengucapkan terima kasih kepada Puan Mazlena Mohamad Hussain untuk laporan ini.🙂

§ One Response to Bahas Pendidikan Islam Universiti-Universiti ASEAN 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Bahas Pendidikan Islam Universiti-Universiti ASEAN 2011 at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: