Gelanggang debat pantai timur

16/06/2011 § Leave a comment

Pertandingan Debat Piala Sultan Zainal Abidin kali ke sebelas yang bermula 9 Jun lepas telah melabuhkan tirainya ahad lepas. Buat mereka yang belum pernah tahu tentang debat ini,sedikit sejarah tentang PDSZA untuk dikongsi bersama.Bermula pada tahun 1999,PDSZA yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara Terengganu telah menjadi satu platform pembangunan debat pantai timur.Dibuka kepada semua universiti pantai timur dan acara ini menjadi acara tahunan debat di sana.Menariknya tahun ini,usul yang didebatkan diberi secara spontan kepada peserta iaitu 30 minit sebelum pertandingan bermula. Usul pada tahun ini seperti berikut:

1. Laman sosial parasit nilai sosial
2. Demonstrasi rakyat di Asia Barat ikut ikutan
3. Dewan ini menyokong penambahan belanjawan sukan
4. Dewan ini membenarkan pengundi lebih muda
5. Penggabungan Fatah dan Hamas adiwira palestin
6. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
7. Diam tanda setuju
8. Wanita lebih berkuasa
9. Maharaja Lawak melalaikan
10. Cubit Ekonomi, Alam Sekitar terasa juga
11. Delinkuen terbudaya dalam kalangan belia
12. Politik Dunia tiada integriti
13. Gaji minimum bukan jawapannya
14. Misi bantuan keamanan perlu imuniti
15. Poddala Jayantha wajar dijadikan idola
16. Ahli Parlimen Mahasiswa bukan ahlinya
17. Remaja kita manja
18. Pilihanraya masjid satu penghinaan
19. Rakyat Malaysia boros
20. Dewan ini percaya rasionalisasi subsidi menyelamatkan kita
21. Tenaga nuklear mangsa sebenar tragedi Fukushima
22. Sistem ekonomi kapitalis adalah ubat luput tarikh
23. Gergasi Ekonomi Dunia semakin kerdil
24. Himpunan Sejuta Belia hanya nombor

Perlawanan akhir yang menemukan UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) menentang UMP (Universiti Malaysia Pahang) menyaksikan UniSZA muncul sebagai johan pertandingan dengan usul “Penarafan Universiti Biasan Kualiti”. Tahniah buat juara dan semua yang menjayakan pertandingan tersebut.

Ucapan sekalung penghargaan juga buat tuan rumah yang sudi untuk turut sama membangunkan mutu debat negara. Secara peribadinya saya kagum dengan keazaman penganjur yang mengajurkan pertandingan debat dengan inisiatif sendiri. Semua maklum tahun ini peluang beraksi semakin kurang,banyak penganjur membatalkan pengajuran, contohnya Astar, Arau Open, Borneo Open dan Debat Kepenggunaan. Kekangan kos, masa, pengurusan atau mungkin seribu sebab lain yang kita boleh cari untuk memungkinkan sesuatu penganjuran dibatalkan. Cipta peluang dan ruang untuk memuaskan nafsu dan memajukan diri. Sebab saya juga percaya debat ini hanya berkembang bila dipraktiskan dan dikongsi dengan yang lain. Lazat atau tidak hasilnya ikut citarasa sendiri. Tahniah buat penganjur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Gelanggang debat pantai timur at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: