merayakan autoriti

03/05/2011 § Leave a comment

Keabsahan sifat cantik telah sama sekali diberikan makna buruk saat moderniti memabukkan manusia dengan ia — sebagai solekan yang mengkhayalkan. Baudelaire mencatatkan perkara (dan kita akan mengesan perasaan mual yang cuba disorok oleh beliau) ini di dalam kumpulan esei Painter of Modern Life, nya. Barangkali autoriti, sudah termodifikasi menjadi solekan; yang bukan lagi diangkat sebagai lambang butir percakapan intelektual, tetapi ejen untuk meyakinkan secara membabi buta orang yang mendengar atau membacanya.

Di paras yang boleh untuk kita sebut sebagai baik (dan inipun masih boleh untuk disanggah), acap kita dengar perdebatan yang kesnya disandar pada autoriti. dan setiap autoriti itu pula dikelaskan di bawah kelompok yang berbeza. akhbar, majalah, sumber internet, jurnal, laporan dan sebagainya. Kita abaikan perbuatan hina pengamal pengucapan awam dan pendebat (anda tahu diri anda) yang menipu autoriti tatkala gelojoh membina hujah kerana diskusi kita, bukan ke situ. Kita cenderung untuk menerima sebarang fakta berautoriti dalam sesuatu sesi perdebatan lalu kemudiannya melawan dengan fakta berautoriti yang lain. Sindrom menerima tanpa soal saat mendengar nama autoriti bukanlah budaya yang elok.

[Anehnya] ada inteligensia (ahem) yang hidup di kalangan kita mengangkat autoriti sebagai kebenaran. Padahal Kierkegaard, telah  menyebut autoriti, bukanlah kebenaran. Namun apa yang berlaku pada hari ini telah membuktikan kepada kita bahawasanya autoriti sudah mencairkan kebenaran dan larut bersama di celah-celah zarah dominan autoriti. Perbuatan memberi mandat kepada autoriti sebagai kebenaran adalah sesuatu yang disebut sebagai pathetic.

saya, kalaupun boleh,mahu heret seketika karangan ini untuk masuk ke lembah teologi. adakah kitab terakhir yang dibawa oleh mesenjer tuhan itu seharusnya diterima -terlebih dahulu- atas sebab autoriti, atau kebenaran. andai kita cabut inti kandungan tertentu dalam kitab tersebut dan renungi ia, keputusan untuk kita beriman (yang membawa kepada tindakan percaya dan laksana) terhadap inti kandungan tersebut disebabkan oleh autoriti tuhan (yang mencipta) atau teks (kebenaran) itu sendiri. tuhan tidak menganjurkan manusia menganuti dogma-isme. kerana itu Dia menyuruh hamba-hambaNya membaca dan mengkaji (kebenaran) kitab yang diperturunkan. Dia secara halus menganjurkan bahawasanya autoriti bukanlah perkara utama yang harus hadir dalam saraf pemikiran manusia. Barangkali ada betulnya fragmen thesis Nietzsche — Kebenaran itu yang seharusnya dicungkil dahulu. 

Autoriti hadir bersama pelengkap-pelengkapnya. Kuasa (dalam falsafah kenegaraan, autoriti kadangkala disebut sebagai kuasa), pengaruh dan pengetahuan adalah antara pelengkap yang memungkinkan kita percaya pada sesuatu autoriti. Seperti mana pro kerajaan menadah berita Utusan dan pro pembangkang menadah berita yang disampaikan suara keadilan dan harakah (saya sedar contoh ini geli). ada waktu-waktu tertentu, kita sedaya upaya, cuba untuk menolak semua pelengkap tersebut, ada waktu-waktunya pula kita akur tanpa angguk. seperti mana kita percaya bahawasanya teks perlu berdiri sendiri  tanpa harus diberat atau diringankan oleh susuk yang mengarangnya. martabat sesuatu teks perlu diberikan kepada ia; berdasarkan analisis terhadap kesahihan yang mampu ditonjolkannya. Bukannya susuk -sumber- yang mengarang / menutur teks tersebut.

Kebenaran adalah relatif dan kita percayakan ini seadanya ia. Pun begitu dalam persekitaran yang meletakkan sujud sembah tidak berbelah bagi pada autoriti, apakah kita masih punya sedikit kecerdikan untuk menekuni kebenaran. Seperti di dalam karangan ini, bahawasanya semua petikan ayat autoriti yang telah disebut dijamin atau tidak akan kewujudannya (?) Atau ia, hanyalah sebuah provokasi murahan melampau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading merayakan autoriti at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: