Berkongsi Pengalaman,Mengembangkan Ilmu dan Menyumbang Bakti

28/04/2011 § 2 Comments

Sejak dulu, saya sentiasa percaya bahawa ilmu pengetahuan hanya mampu mandiri sekiranya dikongsi bersama merentas generasi, pangkat, gender, umur dan pelbagai lagi atribute sosial yang membentuk realiti manusia. Perkongsian ini bukan sekadar berkongsi pendapat dalam komuniti debat, malah menulis untuk tatapan generasi sekarang dan akan datang.

kita bisa mengangkat muka berdepan dengan generasi akan datang

Langit pengetahuan yang kita kongsi bersama dibentuk kerana generasi lepas terus-terusan menurunkan hujan ilmu. Kalau dulu, perkongsian ini hanya dapat dinikmati melalui interaksi dua hala face-to-face, sekarang medium komunikasi bercambah hebat untuk berkongsi tanpa halangan dan batasan. Saudara Khairul Nizam Bakeri melalui blognya (salahtaip) dan Dr Ramzah melalui nota-nota FB dan ruangan di sini. Malangnya, hanya beberapa kerat daripada alumni yang sedia untuk menulis; saya pasti bahawa yang enggan menulis itu bukan kerana kedekut ilmu tetapi kekangan kesibukan bekerja dan perasaan rendah diri untuk menulis. Sedihnya jika sentimen rendah diri ini terus melarat, pengalaman alumni hanya dapat dikongsi dalam kalangan alma mater masing-masing. Jika ini berterusan, pengalaman dan pengajaran tidak dapat dikongsi dan dipelajari bersama-sama.

Saya juga percaya bahawa ilmu yang baik walau hanya seperenggan karangan kalau dikongsi dan diamalkan, akan menjadi ilmu yang besar kemudian hari. Apa sahaja pengalaman baik dan buruk akan tercatat sebagai sejarah untuk tatapan generasi seterusnya. Terpulang kepada mereka untuk belajar dan mendapat manfaat.

Obligasi mungkin kata yang terlalu keras, seolah menentukan hala tuju perjalanan anda sebagai alumni dan pendebat. Saya suka menggunakan perkataan ‘sumbangan’. Sumbangan daripada sekecil-kecil pendapat dan harapan. Yang kemudian bercambah menjadi hujah yang sama-sama kita boleh nilai sumbangannya. Kerana sifat ilmu yang sentiasa berkembang, hari ini satu isu masih relevan, esoknya tidak lagi. Namun, proses ini tidak akan bergerak dan berkembang tanpa sumbangan semua.

Bagi yang sudah tamat berdebat menjadi alumni, bergerak dalam alumni mungkin terlalu sukar lantaran kesibukan hidup. Maka, saya mengusulkan anda semua untuk menulis; tidak kisahlah gaya apa pun, indah atau tidak bahasanya, isu apa pun, semuanya diterima disini. Sumbangan kecil yang kalau diberikan sedikit demi sedikit, akan meninggalkan impak di masa hadapan.

Generasi ‘tua’ yang sudah lama meninggalkan arena debat mungkin sudah berkarat untuk menulis, sudah tiba masanya generasi baru yang akan tamat pengajian atau baru setahun dua tamat pengajian untuk menyumbang sesuatu; dalam bentuk penulisan. Nama-nama besar generasi kini seperti Khairul Anuar, Syafik Mahadi , Khalis dan Amira Suriati (UKM), Syamsul Salleh ,Amirudin Abd Rahman dan Ammaredza (UPM), Hidayah (UTM), Ikhwan (USIM), Habibah (UPSI), Khairi dan Adam (UMP), Kajol dan Husna (UIAM) , Myer dan Nazwan (MMU) , Junny (UTP), Hakim (UTHM) dan beberapa nama lain yang saya tidak ingat nama penuh mereka (maaf, daya ingatan saya mengingat nama berkadar terus dengan peningkatan umur) saya harap dapat menyumbang kepada mindamind entry-entry pengalaman anda. Tidak perlu taktikal debat, kalau anda ‘segan’ menulis tentang itu. Pengalaman debat, kesusahan belajar ilmu debat, dan kenangan-kenangan yang anda rasai sepanjang anda berdebat pun sudah cukup.

Ajakan ini tidak terbatas kepada alumni sahaja, pendebat-pendebat baru juga boleh menghantar tulisan masing-masing. Supaya ruangan ini akan terus bernyawa; pihak yang menguruskan laman ini semakin sibuk dengan kerjaya yang meningkat harunya dengan peningkatan angka umur. Pendebat-pendebat muda seperti Daniel dan Suhaimi (UKM), empat orang stooges Uitm (Sadiq, Safik, Amir dan Hamizi), Badri (UPM), Aisyah (UMP) serta sesiapa sahaja yang mahu menulis. Kalau tidak mahu menggunakan nama sebenar pun tidak mengapa, gunalah nama samaran masing-masing. Jangan bimbang, identiti kerahsian sentiasa menjadi keutamaan di sini. Harapan dan pengalaman anda yang setahun jagung; kerana kematangan tidak datang sendiri, ia perlu dicari (meminjam kata-kata saudara Amirudin UPM). Harapnya dengan menyumbang menulis, kematangan akan bertumbuh dalam diri.

Supaya, sumbangan kita dalam dunia debat tidak terbatas kepada kepuasan diri sendiri menjuarai pertandingan semata dan menyemarakkan pertandingan. Tetapi lebih daripada itu, pengalaman, ilmu dan harapan menjadi pemangkin semangat kepada semua merentas generasi.

Tidak kisah siapa anda, universiti anda belajar, pencapaian anda dan lain-lain ukuran duniawi kehebatan pendebat, hantar sahaja kepada laman ini. Semoga dengan perkongsian ilmu di sini, kita bisa mengangkat muka berdepan dengan generasi akan datang; di dunia dan akhirat.

Salam.

§ 2 Responses to Berkongsi Pengalaman,Mengembangkan Ilmu dan Menyumbang Bakti

  • ima says:

    Salam Kenal, Ilmu pengetahuan sangat memegang peranan yang penting di dalam kehidupan dan jangan kikir menbagi ilmu pengetahuan kita ke orang dan saling bertukar pikirin akan menambah ilmu pengetahuan karena kita tidak bisa hidup sendiri dengan Ilmu pengetahuan bisa mengembangkan Jati diri.

  • ima says:

    Ilmu pengetahuan sangat memegang peranan yang penting di dalam kehidupan dan jangan kikir menbagi ilmu pengetahuan kita ke orang dan saling bertukar pikirin akan menambah ilmu pengetahuan karena kita tidak bisa hidup sendiri dengan Ilmu pengetahuan bisa mengembangkan Jati diri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Berkongsi Pengalaman,Mengembangkan Ilmu dan Menyumbang Bakti at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: