Seni Kias

26/03/2011 § 1 Comment

i
Memaku dulang, paku serpih;
Mengata orang, dia yang lebih.

Ini adalah seni kias gaya Melayu. Sindir-menyindir secara tersirat.

Maksudnya, individu yang suka mengata orang lain jahat, lanji, jalang, binawe atau apa-apa saja tingkahlaku buruk. Tapi dia sendiri pun sebenarnya sama dajal, sama sundal.


ii
Beberapa pepatah versi lain yang membawa sindiran yang sama ialah: tepuk air di dulang, terpercik muka sendiri. Satu lagi: kuali mengata belanga hitam. Atau yang ini: meludah ke langit, terkena muka sendiri.

Kalau rajin menggali rujukan, sebenarnya ada banyak versi lagi. Yang menjurus kepada maksud yang sama, atau seakan-akan sama.

iii
Kenapa agaknya tradisi lisan Melayu mewariskan begitu banyak versi sindiran untuk orang yang hipokrit? Jawapannya mudah. Sebab hipokrit adalah satu budaya popular kalangan komuniti kita.

Sejak dulu, kini dan (mungkin?) selama-lamanya. Ramai sangat yang berlagak seperti sang kuali. Hanya nampak kehitaman belanga, tapi tidak sedar bontotnya sendiri yang legam gulita.

Kerana budaya itu intim dengan masyarakat kita, maka khazanah pemikiran silam turut mengiktirafnya. Jadi ia muncul dengan prolifik dalam pelbagai ungkapan lisan. Sama juga kesnya: kenapa banyak sangat perkataan padi dan ayam dalam pantun-pantun Melayu lama?

Jawabnya pun senang. Kerana kedua-dua item itu sangat intim dengan masyarakat Melayu. Maksudnya, komuniti Melayu dulu-dulu memang hidupnya dikelilingi padi dan ayam. Literally.

Notakaki: Istilah ‘Melayu’ di sini diguna dalam konteks generik, iaitu merujuk kepada semua penghuni natif kepulauan Nusantara. Bukan merujuk hanya kepada satu etnik spesifik seperti definisi sempit dalam perlembagaan.

iv
Cuma satu yang kadang-kadang bikin panas. Kenapa orang selalu silap mengungkap pepatah ini? Ramai yang cakap: ‘Mengata dulang, paku serpih’. Instead of: ‘Memaku dulang, paku serpih’.

Ok, saya pun kurang pasti mana satu versi yang betul. Kalau rujuk internet, 90% pengguna akan pakai versi kedua (kata dulang, paku serpih).

Tapi saya fikir (I could be wrong), the right version is the one written at the very top of this post. Kalau ikut logik, mana boleh kita ‘kata dulang’? Hanya orang yang gila meroyan boleh ‘berkata-kata’ dengan dulang yang bisu.

v
Memaku dulang, paku serpih;
Mengata orang, dia yang lebih.

Pepatah ini diungkap dalam bentuk pantun dua kerat. Baris pertama adalah pembayang. Baris kedua adalah maksud, iaitu rujukan utama kepada pepatah itu sendiri. Namun terdapat pertautan makna secara simbolik antara baris pembayang dan maksud.

Memaku dulang, paku serpih: bila kita memaku dulang (yang biasanya dibuat dari besi, tembaga atau perak dalam konteks tradisional), maka paku akan menyerpih. Sebab dulang itu keras dan licin.

Proses menyerpih (yang mungkin akan kena pada si pemaku sendiri) selaras dengan maksud: mengata orang, dia yang lebih. Sebab setiap perkara yang kita gosipkan pada orang lain, akhirnya akan melantun ke muka kita sendiri.

§ One Response to Seni Kias

  • Mat Sentul says:

    Ei wah sudah lamo tak denga sindei menyindei, nampaknyo sekaghang oghang tak mempan lagi di sindei- sindei maklum ghaso malu sudah pupus…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Seni Kias at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: