PABM 2011 SUDAH MASUK TAHUN KE-5

08/03/2011 § Leave a comment

Bermula dari tahun 2007, Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) mula menjadi acara tahunan yang dianjurkan di negara kita. Matlamatnya satu, mahu memartabatkan Bahasa Melayu diseluruh pelusuk dunia. Acara tahunan yang dianjurkan oleh AG Bestari Events Sdn Bhd yang turut dibantu oleh MADUM dan ALUMNI DEBAT UNIVERSITI MALAYSIA (ADI) ini telah diberi penarafan sebagai salah satu “Projek Nasional” dalam Negara kita.  Tahniah buat kalian semua.

Panel juri untuk pusingan awal terdiri daripada kakitangan MADUM dan sukarelawan ADI manakala untuk pusingan akhir, panel juri terdiri daripada tokoh-tokoh bahasa terkemuka dari dalam dan luar negara, antaranya Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim dan Prof. Dr.  Arndt Graf (Bahagian Kajian Melayu & Asia Tenggara ).

Tahun ini acara PABM masuk tahun yang ke -5, dan kemeriahannya semakin rancak.Buktinya penyertaan bertambah berbanding tahun-tahun sebelumnya. 59 orang peserta dari 26 buah negara yang merangkumi semua benua merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Kagum melihat mereka meraikan bahasa kita, lebih kagum apabila melihat tiap satu darinya bercerita tentang keindahan bahasa dari perspektif mereka. Tak ramai yang mampu meraikan bahasa, tapi bila manusia yang latar budayanya berbeza meraikan sesuatu yang kita panggil milik kita, terdetik dalam fikiran saya, apa jasa yang kita sudah tabur untuk seni yang satu ini.

Dimaklumkan pusingan awal akan bermula hari ini 8 Mac dan berakhir pada 11 Mac 2011 bertempat di PICC. Untuk semua, marilah kita sama-sama memeriahkan keraian bahasa di sana.

Berikut adalah senarai pemenang PABM sejak tahun 2007.

TAHUN JOHAN ANTARABANGSA JOHAN NUSANTARA
2007 OLGA VADIMOVNA VASILEVSKAYA 

-MOSCOW STATE UNIVERSITI, RUSIA

“MAMPUKAH DUNIA MELAYU MENCORAKKAN ARAH DUNIA PADA MASA HADAPAN”

Hanya satu kategori sahaja dipertandingkan
2008 NICHOLAS CHARLES PARSON 

-UNIVERSITI NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA

“HAK ASASI MANUSIA TERAS KEHARMONIAN SEJAGAT”

FARHAN NOR DIYANA SAMSUDIN 

-UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, MALAYSIA

“MALAYSIA MAMPU MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU”

2009 NOVACY SLES 

-ISLAMIC CENTRE OF COMBODIA, KEMBOJA

“MALAYSIA GEMILANG DI PERSADA ANTARABANGSA”

MOHD SYAMSUL SALLEH 

-UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, MALAYSIA

“KEBEJATAN MORAL PETANDA KERUNTUHAN TAMADUN”

2010 ZHANG SONG 

-BEIJING FOREIGN STUDIES UNIVERSITY,CHINA

“KELESTARIAN MASA DEPAN BUMI DI TANGAN KAMI”

MOHD SYAZWAN SHUHAIMI 

-UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, MALAYSIA

“MELESTARIKAN BUMI UNTUK KENIKMATAN HARI ESOK”

2011 ?? ??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading PABM 2011 SUDAH MASUK TAHUN KE-5 at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: