Pasca Debat Diraja 2010: Bahagian I

02/01/2011 § Leave a comment

I

Isu biasa dalam debat adalah kebanjiran idea. Yang melimpah mencanak-canak. So many ideas lingering around; with so little time available. Sebab itu, tingkat kemahiran tertinggi dalam debat adalah daya selektif. Itu pun setelah memenuhi dua pra-syarat asas: pintar membaca dan mahir mendengar.

II

Kebanjiran idea: dilema yang sama turut membelenggu saya dua-tiga hari dulu. Usai sesi refleksi, saya dihambat macam-macam perkara. Tentang Debat Diraja 2010. Semuanya saya fikir penting. Tapi kerana ia terlalu rencam, maka sangat sukar mahu mengungkap lambakan idea itu. Dalam satu perspektif yang saling bertaut, dan boleh dihayati dengan mudah. Penyelesaian? Saya pulang semula kepada kemahiran teras debat. Proses menyaring dan memilih isu, berdasarkan konteks. Dan, dibuat atas pertimbangan mana satu yang lebih relevan.

III

Saya suka bermula dengan pertandingan akhir (kategori utama), yang agak bejat itu. Sebelum pertandingan, saya telah berpesan kepada kedua-dua pasukan. Bahawa advantage memihak pada sesiapa yang boleh menjangkau pendengar terlebih dulu. Yes, the teams that can ‘reach’ the audience quicker, and more effectively. When I said ‘reaching’ your audience: it means capturing their imagination with your pleasant persona. Bukan sekadar menjamu mereka dengan inti dan isu debat. Dalam dewan yang besar, dan jarak fizikal pendebat dengan audien/juri lebih jauh: membina chemistry sangatlah penting. Tanpa chemistry, usaha untuk membujuk akan jadi lebih sukar, berkali ganda. Sebab interaksi personal dengan audien tidak lagi boleh dijalin dengan sekadar pandangan mata, seperti dalam bilik-bilik kecil. The only way you can reach everyone is by ‘your voice’.

IV

Malang sekali. UiTM dan UTHM masing-masing bertarung tunjuk bebal. Atas kapasiti pasukan, kedua-duanya gagal memberi persona yang mesra. Instead of reaching their audience – both teams scared them away. Dengan tempik gempita ala-ala bunyi seladang liar ketika musim mengawan. Masing-masing mahu buktikan suara siapa yang lebih hingar. Alangkah bagus kalau pertandingan akhir itu dibuat di Zoo Negara. Ngauman para pendebat yang menyentak gegendang itu pasti akan lebih disukai oleh ungka, beruang dan mawas. Secara jujur, naluri manusiawi saya kurang suka ditempik-tempik. Orang lain saya tidak tau. Kalau ada yang suka, mungkin orang itu datang dari keluarga yang porak poranda. Membesar dengan bunyi riuh gempita dan periuk belanga melayang-layang. Setiap hari. Saya fikir, hanya Nizam (secara individu) yang berjaya mengolah projeksi suara yang mesra didengari. Sebab itu, bujukan dia lebih tinggi. Terutama sekali sewaktu sesi penggulungan. Which I believe was the key that separated those two teams.

V

Please, people. Use your common sense. This is not a rocket science, to put it in a cliché way. Semua manusia yang munasabah akan tertarik pada nada yang ringan dan terkawal. Disusuli fasahah yang berjeda-jeda. Bukan deras mencirit-cirit, seperti orang yang sedang kelam-kabut minta tolong sambil meluru keluar dari rumah yang separuh terbakar. Seriously. Kenapa perlu tempik gempita? Sedangkan pembesar suara sudah ada? Mungkin mereka baru keluar dari gua. Belum kenal fungsi pembesar suara kerana itulah pertama kali mereka nampak mikrofon. Well, what can I say…

VI

Tajuk debat, ‘2020: Malaysiaku Tak Kan Menangis’. It took me the whole night to come up with the motion. Yang saya fikir, sungguhpun isunya agak biasa-biasa, keluknya masih boleh menawarkan pelbagai ragam perspektif. Amazingly, the debaters took less than one hour to brutally murder the motion – and made it dead boring. Kedua-dua pasukan membahaskan tajuk itu dengan begitu lurus, tahap cipan tua menunggu mati. Langsung tidak ada perbahasan mantik. Hanya empirikal semata-mata. Fakta, statistik, fakta, statistik. Ok, saya boleh menduga pembawaan begitu dari UTHM. Tapi UiTM? Yang selalu terkenal dengan serangan kamikaze? Terlupa minum Milo agaknya. Sebab itu minda kurang cerdas dari biasa. Ya, memang betul. Saya selalu mengingatkan. Debat adalah tentang penguasaan isu dan pengetahuan. Bukan retorik bahasa. Atau lawak Pak Kaduk separuh jadi. Pun begitu, kita juga perlu mengelak debat fakta totok yang membosankan. Yang hanya berkisar tentang substances semata-mata. Paling tidak, haruslah ada perbahasan falsafah tentang frasa perbandingan tajuk. With the right amount. Jangan pula terlebih-lebih. Kerana wacana mantiklah yang akan mengasah pemikiran mencapah. Mencabar daya taakul dan seni itlak supaya lebih tajam. Misalnya, boleh didebatkan kenapa ‘menangis’? Tangisan yang bagaimana? Bolehkah kita menangis ketika suka? Ada juga sedikit soal-balas antara kedua-dua pasukan tentang tangis sedu-sedan. Tapi ia akhirnya tidak dikaitkan dengan penghujahan substantif. Ia mati begitu saja. Bertanya sekadar untuk membuang masa. Atau barangkali sekadar mau menunjuk pandai. Dengan cuba-cuba bertanyakan soalan yang (kononnya) pintar. Tapi kemudian tidak dikembangkan dengan bijak. Memang itu salah satu kegemaran asasi para pendebat sekarang. Suka membazir masa. Kalau bukan menternak puyuh, suka merapik meraban dengan soalan yang bukan-bukan. Yang akhirnya tidak diikat pun kepada teras penghujahan.

VII

Ada pelbagai mazhab debat di Malaysia, yang dianut oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Saya tiada masalah dengan kepelbagaian itu. Sebab orator itu satu seni. Tentu sekali ia boleh didekati dari dimensi dan sudut yang berlainan. Ada yang melihat debat sebagai pertentangan fakta dan pengetahuan sepenuhnya. It’s all about who masters the issue. Ada juga yang suka melihat kepada aspek taktikalnya. Tentang bagaimana pendebat memanipulasi elemen mantik dan semantik – untuk menghasilkan bujukan. Ada juga yang suka pada retorik. Iaitu kepintaran pendebat membuai sentimen, menerusi permainan kata-kata. Jika teknik ini dikuasai dengan baik (dan tidak diguna secara berlebihan dan semberono), ia juga boleh mengolah bujukan yang tinggi. Saya penganut mazhab mana? Mungkin saya patut menulis tentang ini dalam bahagian kedua. Apabila saya berkongsi pandangan tentang keseluruhan perjalanan Debat Diraja 2010, dari aspek debatnya.

VIII

Paling penting, harus diingat… debat adalah proses pembelajaran berterusan. Destinasi bukan piala atau gelaran. In 10 years time, nobody remembers (or even cares) what cups you have won. Seriously. Ada kamurang semua tahu atau peduli piala-piala apa yang telah saya julang berdekad dahulu? Destinasi sebenar adalah penambahbaikan yang terus berkesinambungan. Selepas bertahun-tahun dalam dunia debat (sejak zaman sekolah hingga universiti hingga menjadi jurulatih/hakim): saya masih belajar benda-benda yang baru. Setiap kali menghadiri satu-satu pertandingan. Hatta sesi debat yang mutunya hancur berkecai seperti pinggan murah dihempas berkali-kali ke lantai konkrit pun… masih ada banyak pengajaran yang boleh ditimba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Pasca Debat Diraja 2010: Bahagian I at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: