Nota Terbuka Kepada Pendebat Final Diraja 2010

22/12/2010 § 2 Comments

i

Isunya sangat kritikal. Tema ‘ketatanegaraan’ diletak untuk pertandingan akhir. Mau menariknya balik, sudah terlalu lewat. Juga tidak adil untuk peserta, yang barangkali sudah bersedia secara mental sejak sebulan dahulu. 

Pertukaran saat akhir juga boleh mencalarkan wibawa dan kredibiliti JK Kehakiman dan Teknikal. Jadi, terpaksalah akur dengan ketetapan.

 ii

Bila tema digubal lebih sebulan yang dulu, kita terlepas pandang untuk menimbang secara teliti. Tentang kehadiran DYMM Sultan Johor. Tentang senstiviti dan risiko ketergelincaran perkara-perkara yang boleh mengundang curiga.

 Sedangkan tajuk Kategori Muda yang sangat generik pun (Kita Semakin Buta Sejarah), para pendebat masih gedik mahu mengheret aspek ketatanegaraan yang ada potensi menjadi sensitif. Khususnya aspek yang bersabit dengan perlembagaan.

Mujur juga, perdebatan tersebut masih terkawal. Dan mujur juga, ia bukan pentas akhir. Pada mata dan telinga kita, hal-hal tersebut mungkin tidak sensitif. Tetapi kalangan kerabat diraja, siapa tahu?

 iii

Saya masih tercari-cari tajuk akhir. Saya mahu sesuatu yang mencabar. Biar ada nilai ironi dan provokasi, agar daya mantik pendebat dipertajamkan. Tetapi tajuk tersebut masih spesifik, supaya pendebat yang pintar menguasai isu turut mendapat galakan secara langsung.

 ‘Negarakuku: Hanya Simptom, Bukan Punca’: ini tajuk yang saya fikir sesuai. Tapi bila mengimbau kecenderungan pendebat muda di pentas akhir, saya naik cuak dan sangsi. Sebetulnya tajuk ini tidak sensitif  langsung, jika diletak pada konteks dan perspektif yang betul.

Tapi siapa dapat menduga nafsu rakus para pendebat. Dalam tempoh 30 minit, mereka mungkin tidak boleh menggali fakta kes yang cukup. Jadi mereka akan terdesak untuk kaut saja apa yang ada. Tanpa rincian dan selektiviti: risiko untuk ‘tergelincir’ sangatlah tinggi!

iv

Saya batalkan tajuk tersebut, sungguhpun saya fikir mauduk itu sebetulnya ideal. Spesifik, kontemporari (seperti tuntutan tema) serta ada elemen sentap. Yang mampu mengumpan sentimen penonton.

Kenapa batal? Kerana bimbang para pendebat, secara tidak sengaja, akan mengheret masuk isu perlembagaan dan institusi diraja sebagai fakta kes. Biarpun ia dihujahkan dengan konotasi positif, tetapi unsur bahaya tetap ada.

Dalam pertikaian yang sengit, apa-apa pun boleh terjadi. Boleh tersasul, boleh tersalah cakap. Atau boleh terlebih-lebih.

v

Kemudian saya cuba gubal tajuk yang lebih umum, supaya para pendebat mampu memperdebatkan aspek ketatanegaraan dalam konteks yang lebih meluas. Misalnya, merujuk kepada pembangunan sosio-ekonomi dan pembudayaan teknologi. Bukan terikat totok kepada siasah kenegaraan yang lebih spesifik: serta boleh menjerumuskan soal perlembagaan dan sistem pemerintahan.

Malaysia Perlukan Sayap‘: ringkas dan umum. Saya fikir agak menarik dan provokatif. Tapi ia tiada keluk, dan tiada biasan. Barangkali juga hambar dan terlalu metaforik.

Kebimbangan saya: bila tajuk ini diumumkan esok, saya akan jadi sasaran cemuh seluruh dewan. Kerana mengusulkan tajuk yang langsung tidak sentap.

vi

Masalahnya, tema debat diikat kepada aspek tatanegara Malaysia dalam dekad mutakhir. Bagaimana saya boleh berimaginasi tanpa membuka pintu risiko kepada sensitiviti?

Saya berfikir panjang, saya sedia menerima cemuhan. Tajuk esok adalah umum dan generik. Langsung tidak sentap. Juga tidak mengundang persoalan tentang motif? Biarlah boring, asal selamat.

Tajuk itu nanti tidak mengikat skop kepada isu spesifik tertentu. Pun begitu, ia masih dalam ruang lingkung tema ketatanegaraan. Cuma konteksnya boleh melangkau pelbagai aspek: termasuk sosioekonomi, pendidikan, pembangunan teknologi, etc.

Menerusi tajuk pada esok hari (diumumkan jam 8am di Dewan Pertandingan), saya berjanji akan membuka pintu seluas-luasnya. Justeru, saya akan cerca bertele-tele para pendebat yang masih memilih untuk menyelinap dalam pintu yang sempit.

Yang sempit bagaimana? Saya harap para pendebat tidak memilih isu PERLEMBAGAAN dan INSTITUSI DIRAJA sebagai fakta kes secara EKSPLISIT. Secara tidak langsung, ok. Itupun kalau boleh, elakkan.

 

Selamat berjaya.

 

 

Notakaki:

 

TAJUK DEBAT DIRAJA 2010

 

Pusingan 1: Federalism Malaysia Perlukan Orientasi Baru

Pusingan 2: Washington dan Tehran: Buku Bertemu Ruas

Pusingan 3: Selat Tebrau Semakin Sempit

Pusingan 4: Blok Ekonomi Menyongsang Semangat Globalisasi

Pusingan 5: Makdonalisasi (McDonalization) Memugar Citra Tempatan

Pusingan 6: Keranamu Myanmar, ASEAN Lebih Bermakna

 

Suku-akhir: Koridor Pembangunan: Jawapan Kepada Kegagalan DEB

Separuh-akhir: Demi Alam Yang Kekal Lestari, Dewan Ini Menyanggah Mofifikasi Genetik

 

Akhir (Kategori Muda): Kita Semakin Buta Sejarah

 

§ 2 Responses to Nota Terbuka Kepada Pendebat Final Diraja 2010

  • Dayang Hadiah says:

    saya sukakan coretan DR…saya hanay seorang pendebat yang mula berjinak-jinak di dalam arena perdebatan ini..bila saya membaca coretan ini..saya sedar ilmu saya umpama sebutir pasir di pantai..amat sempit rasanya…terima kasih dia atas coretan ini DR..

  • Anonymous says:

    saya suka teknik penulisan dr.

    tahnaih..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Nota Terbuka Kepada Pendebat Final Diraja 2010 at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: