Keangkuhan dan Kerendahan Diri Dalam Debat

21/12/2010 § 2 Comments

Pertandingan hanyalah soal-soal piala; menang dan kalah. Kepentingan gelaran juara, pendebat terbaik, dan anugerah memang tidak dapat dipersoalkan lagi. Bersama semua ini membawa status dalam kelompok pendebat, kehormatan dan sanjungan ramai. Sebut sahaja nama pendebat tertentu, bisa bawa getar dalam dada dan geletar tangan kalau bertembung. Gelaran seperti ‘diva’, ‘dewa’ dan ‘ratu’ sering sahaja dikaitkan dengan orang tertentu, sekaligus mencerminkan kejayaan dan kehebatannya. Asalnya dari usaha, dan semuanya rezeki yang Tuhan berikan.

Namun, dalam mengejar semua ini ada penyakit yang menular dalam jiwa; kerana alamiah manusia itu sendiri. Sikap angkuh dan buruk ini malangnya bukan sahaja wujud dalam segelintir pendebat yang hebat tetapi dalam diri segilintir pendebat-pendebat yang biasa-biasa juga.

Malang sekali kerana arena debat ini asasnya ialah ilmu; pencarian, percambahan dan perkongsian. Bertembungnya sikap angkuh dan kesucian ilmu hanya membawa kepada kehinaan jiwa dan diri. Mungkin tidak disedari diri berubah, itu gunanya sahabat dalam debat; untuk mengingatkan dan membetulkan.

Kalah akan membawa pelbagai isu; teori konspirasi, pengadilan berat sebelah, lawan main kotor dan sebagainya. Ini ialah emosi tidak terkawal bersifat sementara (jujurnya, saya juga begitu dulu). Situasi ini ialah normal, tetapi cara menghadapinya akan menentukan sama ada benih-benih keangkuhan wujud atau tidak dalam diri sendiri. Tepuk dada tanya iman, pegang dada rasai jiwa dan fikirkan dengan kekuatan akal bukan kelemahan emosi.

Dan saya sentiasa percaya, kalah atau menang yang berbeda cumalah gelaran sementara. Yang akan kekal dalam diri dan di bawa sehingga mati ialah kerendahan diri. Untuk menerima bahawa ilmu itu terlalu luas;dan menyangkal fikiran segala tentang diri sudah sempurna dan lawan sentiasa kurang.

Kemenangan membawa bersamanya gembira dan kepuasan hati, cuma berhati-hati bimbang kalau-kalau benih kebongkakan itu mula bersemi kerana sebuah piala yang akhirnya hanya berdebu di dalam almari.

Yang paling penting dalam debat ialah belajar; dan perkara ini tidak akan tercapai kalau sikap keangkuhan wujud dalam diri. Menjadi manusia kalah piala tetapi baik budi dan rendah hati lebih bermakna daripada manusia yang menang piala tergadai jiwa. Dan yang lebih rugi ialah kelompok manusia yang gagal meraih kedua-duanya; piala dan belajar (seperti kata Ketua Hakim Debat Diraja 2010).

Dan saya selalu mahu meyakini bahawa debat ialah arena terbaik yang mengadunkan sikap-sikap terpuji; kerana asas arena ini ialah ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang. Jangan sekat perkembangan ini hanya semata-semata fikiran ‘nakal’ dalam kepala.

Tahniah kepada semua; yang menang dan yang tidak menang. Semuanya belajar tentang ilmu, dan harap-harapnya disuburkan dengan kerendahan diri.

§ 2 Responses to Keangkuhan dan Kerendahan Diri Dalam Debat

  • Andeh says:

    salam,
    nice entry..
    seharusnye dlm sesi training perlu selalu d serapkan sekali dgn sesi motivasi drp trainer yg perlu menyarankan anak2 buahnye sentiase merendah diri wlu setinggi mane kejayaan yg d kecapi, tak menyombong diri, tak angkuh, tak menunjuk, tak berlagak dsb…
    ini penting krn tak gune bertitle DIVA, RATU, DEWA dsb tetapi tak ade attitude yg baek sbg pendebat tersohor..wallahu a’lam

  • Anonymous says:

    saya setuju dengan komen di atas….bakat yg ada hanya “dipinjamkan” buat kita….ilmu yg kita ada hanya setitis air di lautan…semoga kita tidak riak dan sombong…KEJAYAAN adalah ujian supaya kita tidak riak dan sombong dan KEGAGALAN juga ujian kerana usaha kita masih belum cukup….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Keangkuhan dan Kerendahan Diri Dalam Debat at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: