Apa Yang Kau Cari?

23/11/2010 § 1 Comment

Itu soalan yang perlu ditanya oleh setiap orang dalam arena debat; dan juga sebagai manusia.

 Apa yang perlu ialah pesimis rasional bukannya barbarik mandul

Bagi saya, debat menjadikan saya manusia yang lebih terbuka dan berani menentang; sekurangnya bergaduh dalam diri sendiri tentang idea yang dilemparkan. Hidup dalam zaman maklumat bertimbun akan menjadikan manusia salinan kepada manusia lain. Semuanya diterima hanya kerana nama, status dan autoriti manusia yang bercakap. Jika yang bercakap seorang profesor, ahli politik, media masa, sasterawan dan pelbagai jenis gelaran lagi, kecenderungan untuk menerima semuanya bulat-bulat lebih tinggi; walaupun ia dipenuhi dengan kebongkakkan narcissist, kedangkalan penerimaan dan kebobrokan penolakan idea baru. Hanya semata gelaran dan pangkat yang wujud, meletakkan status kepada ketinggian darjat idea.

Ini yang saya tentang dan tolak sepanjang kehidupan. Kerana menerima situasi ini meletakkan manusia dalam sangkar idea dan kecetekan ilmu pengetahuan. Walaupun begitu tidak bermaksud kita perlu menjadi manusia barbarik yang menolak setiap idea dan pandangan manusia lain. Apa yang perlu ialah pesimis rasional bukannya barbarik mandul.

Debat menyediakan idea tentang diri ini di bina. Ya, saya juga perlu mengambil kira pandangan hakim yang berat sebelah, atau hakim yang memandang nama universiti atau hakim yang penuh dengan preconceive idea tentang usul. Tetapi itulah cabarannya, memenangai hati hakim dengan seni debat tanpa perlu mengorbankan prinsip asas diri sendiri. Bahasa dan adab sopan perlu dijaga, emosi perlu dikawal dan rasional perlulah logik untuk menentang dan membawa pembaharuan.

Saya kira inilah kemuncak kehandalan anda sebagai pendebat, bilamana bukan sahaja anda mampu memikat hakim dan penonton tetapi juga berjuang dengan prinsip. Tetapi, jika kemenangan yang anda cari sebagai matlamat utama, jalan yang saya cadangkan dan lalui ini akan menjadi teramat sukar. Dan ini bukan alasan kepada yang sering kalah kerana kelemahan sendiri.

Kerana saya selalu percaya pembentukan ‘diri pendebat’ akan memberi kesan kepada kehidupan anda sepanjang hayat. Begitu juga kecemerlangan akademik, pengisian spiritual rohani, penerimaan kasih sayang dan kepompong rakan taulan.

Lantas, saya sangat kecewa dengan beberapa siri perdebatan yang berlangsung tahun ini. Melihat idea lama dikitar semula, analisis lapuk diguna pakai dan persembahan yang hanya sedikit baik daripada artis mee segera AF. Seolah tertolak ke masa silam lima belas tahun lepas melihat perdebatan 2010 berjalan. Kerana matlamat untuk menang telah menyekat kebebasan pemikiran dan keutuhan intelek semua.

Bukan bermaksud generasi saya lebih baik, tidak. Setiap generasi ada perjuangan sendiri. Tetapi ramai yang sudah hilang matlamat kerana jasa generasi lepas. Nama universiti tidak lagi membawa tiket percuma kehebatan. Kemunculan universiti baru yang membina nama seperti UTP, MMU, USIM, UTHM dan UPNM (hanya menyebut beberapa nama) membuktikan kejayaan lepas generasi sebelumnya tidak mempunyai apa-apa makna lagi. Seperti dosa yang tidak berketurunan, kehebatan juga tidak merentas generasi.

Generasi sekarang perlu berusaha lebih keras; arena debat bukan arena bersahabat tanpa cemburu. Ini arena perjuangan untuk menonjolkan idea dan prinsip. Dan persahabatan dalam debat bukannya soal-soal melankolik semata, ini perhubungan dalam perjuangan. Bisa sahaja bergaduh dan bertengkar kerana beda prinsip tetapi bersahabat seolah akan mati bersama esok hari.

Maka saya harap sesuai dengan prestij Debat Diraja nanti, semua manusia yang gemar menggelarkan diri mereka pendebat supaya menonjolkan karakter pendebat. Bukan hanya sekadar menghabiskan masa tujuh minit, bercakap megah dan duduk mendiamkan diri tanpa otak.

Oh, dan ini lanjutan kepada segala makian dan pujian yang anda bakal terima sewaktu latihan Royal nanti bersama jurulatih masing-masing.

Selamat Berjaya Untuk Semua dan Selamat Ulangtahun Minda Mind!



§ One Response to Apa Yang Kau Cari?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Apa Yang Kau Cari? at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: