Serumpun Sebahasa Seiya Sekata

21/11/2010 § Leave a comment

Oleh : ‘Adibah Bte M.Mohmmed Ariffen
Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu, Singapura

Serumpun sebahasa seiya sekata membawa maksud yang mendalam terhadap penekanaan dari aspek bahasa dan budaya. Bahasa dapat menyatukan masyarakat dan bahasa jugalah yang dapat memecah-belahkan mereka yang menghuni sesebuah tempat itu.

Berpandukan pepatah melayu “bahasa melambangkan bangsa” ia ingin memberi gambaran bahawa setiap identiti sesebuah bangsa itu dikenali dengan bahasanya yang tersendiri.

Masyarakat Melayu akan berbahasa Melayu, Cina berbahasa Mandarin/Tionghua/Kantonese, India berbahasa Tamil/Urdu/Hindi/Malayalam manakala masyarakat Filipina berbahasa Tagalog dan sebagainya. Ini jelas menunjukkan bahawa setiap bangsa itu mempunyai latar bahasanya yang unik. Oleh itu, masyarakat harus sentiasa menghargai bahasa mereka dan sentiasa menggunakannya supaya ia tidak akan pupus ditelan arus kemodenan.

Merujuk kepada konteks kehidupan masyarakat sekarang, Bahasa Ibunda mendapat kurang penekanan. Ini kerana Bahasa Ibunda dianggap remeh dan ianya jarang digunakan dalam kegiatan seharian. Sebaliknya, bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantaran untuk kehidupan sekarang. Justeru, timbulah isu yang sedang hangat diperbahaskan di kalangan masyakarat Singapura.

Pemerintah merasakan peri pentingnya untuk merombak sistem pemberatan markah bahasa Ibunda.

Pengurangan pemberatan markah bahasa Ibunda dalam peperiksaan adalah wajar.

Ada di antara golongan yang membidas hebat isu tersebut kerana mereka merasakan bahawa ini bukanlah cara untuk menyelesaikan isu Bahasa Ibunda. Manakala ada segelintir penduduk yang sangat mempersetujuinya. Ini kerana golongan ini merasakan pemberatan markah Bahasa Ibunda wajar dikurangkan dek cara kehidupan masyarakat sekarang yang kurang menggunakan Bahasa Ibunda seharian.

Sedang isu diatas membara diperbahaskan, masyarakat mungkin akan tertanya-tanya.

Adakah “Kedwibahasaan mendatangkan kesan buruk kepada salah satu bahasa yang digunakan”?

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Berk (2006), pakar pembangunan kanak-kanak, setiap manusia dikurnakan keupayaan untuk menguasai lebih dari satu bahasa atau dikenali sebagai Kedwibahasaan. Bahasa akan dapat dikuasai sekiranya seseorang itu sering mempraktikkan pengunaan bahasa tersebut.

Lantas, kedwibahasaan boleh mendatangkan kesan buruk kepada satu bahasa kerana mungkin individu itu sendiri yang memilih untuk menitik beratkan satu bahasa. Walhal, dengan kedwibahasaan, seseorang itu mempunyai kelebihan kerana ia berupaya untuk menterjemahkan perkataan-perkaatan jika diperlukan. Dengan itu, ia tidak mendatangkan keburukkan kepada salah satu bahasa malahan sebaliknya.

Untuk memperkukuhkan lagi pengunaan bahasa ibunda, khususnya Bahasa Melayu, pelbagai pendekatan boleh dilakukan terutamanya di Singapura.

Ini berkenaan dengan “Kegiatan bahasa Melayu cukup semarak di Singapura”. Kegiatan bahasa seperti bahas, pertandingan pidato, deklimasi sajak, pementasan dan sebagainya semakin mendapat perhatian di Singapura.

Adakah peningkatan tren tersebut satu langkah yang boleh dianggap semarak? Ataupun sebaliknya, dengan adanya kegiatan-kegiatan tersebut dapatkah ia menarik minat para penggiat Bahasa Melayu. Kadangkala kegiatan-kegiatan bahasa tidak cukup mendapat sokongan terutamanya golongan penuntut-penuntut di Singapura.

Tidak hanya di Nusantara, Bahasa Melayu harus dibawa ke peringkat sejagat supaya ia dapat dikenali oleh masyarakat bukan Melayu seperti di Barat. “Pensejagatan memperkasa perkembangan Bahasa Melayu”.

Dengan pensejagatan, ia membawa Bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi. Ini kerana dengan adanya kaedah teknologi seperti lelaman web, masyarakat yang kurang arif dengan Bahasa Melayu boleh memperlajarinya dengan melungsuri lelaman web yang diiktiraf. Ini sedikit sebanyak telah memperkasa perkembangan Bahasa Melayu.

Tetapi sebaliknya, dewasa ini, banyak bahasa telah dimelayukan seperti “Bajet” yang dimelayukan daripada perkataan “Budget”. Sepatutnya, penggunaan yang wajar digunakan ialah “Belanjawan”. Ini menghambat perkembangan Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu yang aslinya telah dikuasai oleh pengaruh Bahasa Inggeris.

Rumusannya, dengan mengekalkan Bahasa yang telah digunakan berkurun lamanya, ia akan dapat menyatukan masyarakat yang sentiasa berpegang kepada bahasa yang dijulang mereka. Ini mengukuhkan lagi tema perbahasan pada tahun 2010.

Mindamind mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Fadilla Razali (Senior Program Assistant 4PM) dari Singapura atas kesudian berkongsi idea. Lawati 4PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Serumpun Sebahasa Seiya Sekata at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: