PERTANDINGAN PIDATO TERBUKA KUALA LUMPUR 2010

18/11/2010 § Leave a comment

 

 

Selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Negara ini, maka bulan Oktober telah dipilih sebagai bulan untuk  sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. Majlis Pelancaran BBK 2010 Peringkat Nasional akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 5 Oktober 2010 di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak Darul Ridzuan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menyokong kempen ini sebagai usaha memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dengan menganjurkan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Salah satu acara yang telah diadakan untuk memeriahkan Bulan Bahasa Kebangsaan ini ialah Pertandingan Pidato Terbuka Kuala Lumpur.

Pertandingan pidato yang telah diadakan pada 28 oktober yang lepas menyaksikan lebih dari 17 peserta berentap merebut kejuaraan. Lebih dari separuh dari peserta yang terlibat adalah muka-muka baru dalam bidang pengucapan awam.

Berikut adalah tajuk pidato yang telah diberikan oleh pihak penganjur:

1.     Pembudayaan Warga Kuala Lumpur ke Arah Tamadun Kelas Pertama

2.     Bahasa Melayu Wahana Perpaduan 1 Malaysia

3. Merealisasikan Kuala Lumpur ke Arah Bandar Raya Bertaraf Dunia

4.     Kebanjiran Pendatang Asing di Kuala Lumpur: Apakah Kewajarannya?

5.     Natijah Pembangunan yang Pesat: Kebaikan atau Keburukan?

6.     Pembangunan dijunjung, Bahasa Kebangsaan Disanjung

7.     Bahasa Pemangkin Pembinaan Ketamadunan Bangsa

8.     Bandar Raya Terpelihara, Warga Sejahtera

9.     Bandar Raya Kuala Lumpur sebagai Pusat  Seni Warisan dan Sejarah

10.   Infrastruktur Teratur, Kuala Lumpur Masyhur

Berikut adalah keputusan pertandingan:

Johan : Amirrudin Abd Rahman (UPM)

Naib Johan : Hamizi Shaharudin (UITM)

Ketiga : Ismail Adnan (UIA)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading PERTANDINGAN PIDATO TERBUKA KUALA LUMPUR 2010 at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: