MAKLUMAN AWAL DEBAT DIRAJA 2010

10/11/2010 § 3 Comments

Mindamind memanjangkan makluman awal berkaitan Debat Diraja oleh Ketua Hakim. Makluman rasmi akan menyusul…

“Salam Tuan-Puan,

Berikut adalah beberapa perkara yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat JK Penghakiman/Teknikal Pertandingan Debat Diraja 2010. Maklumat terperinci tentang temasya ini (aspek logistik dan konvension lazim pertandingan) telah pun diedarkan oleh urusetia tuanrumah. Sila rujuk kepada edaran tersebut sebagai informasi rasmi. Maklumat yang akan diberikan di bawah hanyalah meliputi beberapa aspek spesifik penghakiman/teknikal bagi Kategori Bahasa Melayu:

PERTANDINGAN

1. Pertandingan peringkat round-robin saringan (pusingan awal) akan dijalankan dalam dua kumpulan berbeza, iaitu Kategori Utama (Kumpulan A) dan Kategori Muda (Kumpulan B). Semua pertandingan dalam Kumpulan A akan diadili secara panel (3 juri); manakala Kumpulan B akan diadili sama ada secara panel atau hakim tunggal (supreme judge) selaras Sistem Swiss Bracket Power Match.

2. Lapan pasukan terbaik daripada kedua-dua kumpulan liga akan layak ke pertandingan kalah mati. Bagi Kategori Utama, penentuan lapan pasukan terbaik akan berdasarkan: Jumlah Menang > Juri > Margin > Markah. Manakala Kategori Muda: Jumlah Menang > Margin > Markah (sekiranya perlawanan diadili oleh satu juri).

3. Pasukan Kerajaan dan Pembangkang akan ditentukan secara ‘padanan automatik’ oleh sistem komputer, bagi setiap pusingan perlawanan awal (ini tidak termasuk perlawanan suku-akhir, separuh-akhir dan akhir, yang akan ditentukan secara undian langsung).

4. Bagi setiap pusingan round-robin awal hingga ke peringkat akhir, tajuk akan diberikan secara SPONTAN 30 minit sebelum pertandingan. Hanya satu tajuk akan diberi dan semua pasukan (dalam pusingan tersebut) akan memperdebatkan tajuk yang sama.

5. Untuk memandu tajuk-tajuk pertandingan, satu garispanduan tema-tema untuk setiap pusingan akan dimaklumkan oleh JK Penghakiman dan Teknikal <span>sebelum 1 Disember 2010. Jika Tuan-Puan tidak mendapat garispanduan ini selepas 1 Disember, sila berhubung secara langsung dengan Ketua Hakim.

KEAHLIAN & PASUKAN

1. Peserta yang layak bertanding hanyalah PELAJAR prasiswazah atau yang setaraf atau lebih rendah (diploma, sijil, matrikulasi) – yang berdaftar secara rasmi di universiti yang diwakili. Definisi PELAJAR ialah pelajar universiti yang berdaftar dan belum ditauliahkan dengan ijazah/diploma/sijil dalam majlis konvokesyen rasmi.

2. Setiap universiti boleh menghantar maksimum DUA pasukan Utama dan DUA pasukan Muda. Sila berhubung dengan urusetia tuanrumah untuk maklumat lebih lanjut tentang perkara ini.

3. Pasukan Muda mestilah HANYA terdiri daripada pelajar sijil atau/dan diploma atau/dan matrikulasi atau/dan prasiswazah Tahun 2 ke bawah.

 

Terima kasih.

Ketua HakimPertandingan Debat Diraja 2010″

§ 3 Responses to MAKLUMAN AWAL DEBAT DIRAJA 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading MAKLUMAN AWAL DEBAT DIRAJA 2010 at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: