tentang kegilaan

03/09/2010 § 1 Comment

soal cinta; ia datang dan pergi. yang benar – benar tinggal adalah kita; manusia dan kesan-kesan sisa rasa yang melekat pada diri. barangkali minggu yang kebelakangan ini setiap daripada kita punya pengalaman tentang cinta; walau dalam konteks apa sekalipun. tentang ramadhan, tentang malam qadar, tentang momen bersama manusia tertentu, malah mungkin juga tentang debat.

saya sempat meluangkan masa ke peramah yang berlangsung pada 27 – 29 Ogos yang lalu. suasananya sungguh jujur. di sana sini kelihatan para pendebat berdiskusi dan berdebat. di sana sini (juga) kelihatan para alumni yang datang membantu dan menjadi pemudah cara untuk memimpin mereka yang lebih muda.

undur sedikit ke belakang, dua bulan yang lalu iaitu pada 28 Mei – 1 Jun; petah juga menawarkan kepada umum — suasana yang bukan sahaja jujur malah refleksi kepada sikap komuniti.

kedua – dua program ini cukup untuk menyedarkan saya bahawasanya mengerjakan sesuatu tidak berpokok pangkal pada soal cinta semata – mata. Ada kerusi yang lebih atas (dan mulia) yang hanya diduduki oleh sub-kelompok iaitu mereka yang hidup dengan kegilaan. dan kegilaan inilah yang menjadi pendiri kepada susuk – susuk penggerak untuk setiap program yang berlangsung. mereka ini membancuh -dalam sedar atau tidak- cinta bersama kegilaan. mereka inilah yang dijelaskan dalam status Nietzsche bahawasanya ada kegilaan dalam cinta — dan untuk lebih lanjut lalu saya memetik penyambungnya; dan selalunya akan ada sebab untuk semua kegilaan (itu).

para peserta yang hadir andai tidak kerana gila terhadap debat mana mungkin sanggup untuk mengorbankan waktu hujung minggu dan membahagi – bahagikan waktu yang sedikit dengan komitmen akademik. andai tidak kerana gila terhadap debat barang pasti tidak sanggup untuk datang dan berdebat pada jam 3 / 4 pagi walau dalam kuyu mata dan dingin embun. semuanya berlaku di persekitaran yang selagi mana mungkin ada ruang untuk berdebat -tepi longkang, bawah bangsal, atas padang, tepi jalan- selagi itulah mereka berdebat.

harus untuk kita akui bahawasanya penganjuran adalah sukar tanpa sokongan. dek kerana gilanya sesetengah daripada kita yang hidup dalam komuniti yang sedang membangun ini, maka dilenjan dan dikerah juga tulang empat kerat yang ada asalkan program; berlangsung. soal kewangan, material, makanan, peralatan dan sebagainya hadir (juga bersama kegilaan) daripada komuniti atas nama peribadi mahupun kumpulan (juga institusi, terima kasih). dan apa yang lebih mengharukan, ada di kalangan kita yang hadir dan membawa bersama mereka tubuh badan (baca : tenaga) untuk ditawarkan kepada program. semata – mata itu.

kerja membangunkan sesuatu tidak mudah. sebuah bangunan tidak mungkin berdiri tanpa melalui proses tertentu.  lalu begitu arkitek dan kontraktornya barang pasti tidak melakar dan menampal simen dalam masa sehari.

[dan] untuk komuniti seni pengucapan awam yang kita sedang hidup di dalamnya sekarang ini, pilihlah. setiap daripada kita adalah arkitek dan kontraktornya. sama ada mahu menjadi sub-kontraktor yang biasa – biasa, sub-kontraktor yang memiliki dan menonjolkan rasa cinta (ya lahirnya berbeza, kita sedang bersetuju pada terma kepelbagaian), atau sub-kontraktor yang menyintai dengan penuh kegilaan. konfesi tentang pandangan; pada saya di bumi ini biarkan yang gila-gila sahaja hidup, kerana makna ‘meraikan’ hanya dikenali dan difahami oleh mereka. selamat menyambut aidilfitri. maaf zahir batin.

§ One Response to tentang kegilaan

  • asyraf kajang says:

    tertarik dengan isu kegilaan..
    dalam sebuah komuniti (sekolah) yang tertutup dengan dunia seni bicara, dengan cara apa dapat kita pecahkan benteng jumud tu??
    bagi yang minat dikatakan skema, suka bertengkar, suka bergaduh..
    kolot betul pemikiran..
    ini kan seni berFIKIR bukan seni bicara je..??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading tentang kegilaan at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: