DEBAT DARI KACA MATA ANAK MUDA

18/08/2010 § 1 Comment

Ramai yang berdebat, tetapi mereka tidak mengerti apakah maksud sebenar sesuatu perdebatan.Ada pihak yang berpendapat debat ini adalah sekadar suatu pertandingan yang membariskan tiga orang pendebat berpakaian seragam, baik kerajaan mahupun pembangkang. Malah, apabila ditanya kepada pendebat itu sendiri,macam-macam perspektif yang dikeluarkan.Ada yang menjawab debat itu adalah proses bertikam lidah, ada juga yang berpendapat ianya adalah sejenis sukan minda, malah ada juga yang memandang debat sebagai “ekspresi minda”. Lebih ironik lagi, ada pihak yg cuba membanding bezakan antara debat dan “budi bicara” yang turut diselitkan elemen bertolak ansur.Justeru, apakah maksud sebenar debat???

Debat adalah suatu perkara yg infiniti.Semua perkara yang anda hadapi dalam menjalankan proses kehidupan adalah perdebatan.Proses untuk mendapatkan makanan, urusan jual beli juga dalam urusan memilih pasangan hidup, semuanya adalah suatu perdebatan.Cuma, beza antara suatu perdebatan dengan suatu perdebatan yang lain, adalah cara perdebatan, sifatnya dan juga nilainya.Nilai bolehlah dirujuk sebagai sesuatu perkara yang relevan,matang,benar dan juga ilmiah.Debat yang bernilai dalah debat yang bermatlamat, yang melalui suatu proses yang normal juga yang menuju ke arah akademik. Kita perlulah menilai sesuatu perdebatan bermula dari akal kemudian dengan hati. Akal perlulah memandu hati agar proses perdebatan itu berlandaskan ke arah kebenaran.Proses perdebatan yang bernilai haruslah hadir bersama-sama kedua-dua elemen akal dan hati.Akal diperlukan agar perdebatan tersebut bernilai dari segi ilmunya, dan hati diperlukan agar perdebatan tersebut dekat di hati pendebat mahupun pendengar.Oleh yang demikian, untuk memastikan debat tersebut bernilai, perlulah gunakan hati dan akal kurniaan Nya.

Tuntas penulisan di atas, adalah bertujuan mengajak anda para pembaca berfikir, apakah maksud sebenar debat, yang mungkin boleh dikatakan, semua perkara adalah suatu perdebatan.Jangan lupa, gunakan akal dan hati dalam memikirkannya.

Tiada jawapan yang betul,juga tiada jawapan yang salah.SELAMAT BERAMAL =)

p/s: buat shafiq musa, kirimkan lagi tulisan-tulisan anda ya

§ One Response to DEBAT DARI KACA MATA ANAK MUDA

  • alieff says:

    wahhh!! sampai ke word press hasil tulisan sak neh ye!! chaiyok2 kelab debat uitm semalaysia!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading DEBAT DARI KACA MATA ANAK MUDA at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: