Delima Pendebat Ketiga # 1

11/08/2010 § 1 Comment

Dalam debat ala parlimen, pendebat ketiga lazimnya ditugaskan untuk membidas segala kesilapan hujah dan fakta yang dikemukakan oleh pihak lawan. Caranya? Terpulang pada kreativiti masing-masing – pun begitu masih ada batas tertentu, pada hemat saya (akan ditulis pada entri lain).

Kali ini, saya cuba fokus pada dilema dan stigma yang Aselalu ada dalam kalangan pendebat ketiga. Halangan minda yang menyebabkan ramai pendebat ketiga menghadapi kesukaran mengenal pasti (apatah lagi membidas) kesilapan atau fallacy dalam hujah dan fakta pihak lawan.

Oh, bukan. Bukan. Apabila saya menyebut fallacy, saya bukan ingin mengajar ilmu logik. Saya amat daif dalam konteks itu. Jauh sekali untuk menelaah teks Aristotle atau mana-mana filsuf Yunani.Yang saya kongsi ini hasil pengalaman semata-mata. Ada benar, ada nanar.

1. Fakta memang betul, bagaimana mahu dibidas?

Ini antara kekeliruan paling klasik dalam kalangan pendebat. Memang benar, kita mudah kagum dengan fakta rinci dan tepat yang dibawa oleh pihak lawan. Apatah lagi andai fakta itu diadun dengan angka dan nama pengarang yang sukar disebut.Atau, fakta yang tersohor di sudut dunia mana sekali pun. Sahih, nyata benar. Misalnya – kematian ribuan rakyat Palestin angkara Israel, ekonomi Amerika tumbang dek krisis sub prima, Sepanyol memenangi Piala Dunia 2010, dan sebagainya.

Komen:

Fakta bersifat benar, memang benar sebagai fakta. Titik. Sebab itu debat bukan soal fakta semata-mata, tetapi juga PENGGUNAAN fakta dalam hujah. Fakta pihak lawan yang dianggap benar dan sahih dari segi sifat, perlu disemak dengan kes perdebatan.

Adakah fakta tersebut tepat dengan pencirian kes? Adakah fakta menerangkan hujah? Wujudkah fakta lain untuk menyanggah mesej atau maksud yang dibawa? Lengkapkah kandungan fakta dengan komponen jalan cerita atau kes yang ingin dibuktikan? Soalan-soalan di atas bukan bidasan tetapi cara untuk menilai fakta yang diketahui benar dalam perdebatan.

Justeru, amat molek jika pendebat ketiga mempunyai sehelai kertas yang disediakan khusus untuk mencatat kes pihak lawan semata-mata. Jika mampu, setiap patah perkataan disalin tanpa gagal. Kes yang gagal diimani dengan menyediakan fakta tangkap muat – seharusnya diserang bertubi-tubi.

2. Tolong! Fakta terlalu banyak!

Ini juga mimpi ngeri bagi kebanyakan pendebat ketiga. Bangun pendebat pertama pihak lawan, lapan fakta. Pendebat kedua, 15 fakta. Usah bicara soal bidas – nak salin pun banyak yang terlepas. Biasalah, strategi pasukan masing-masing.

Komen:

Pendebat yang hadir ke gelanggang dengan seguni fakta biasanya tampil dengan beberapa petanda: mata kerap merujuk kertas, tempo penyampaian pantas, hujah bermula dengan kenyataan umum diikuti fakta-fakta ringkas, dan lain-lain.Sekiranya simptom di atas dikesan – pendebat harus pantas mempersiap minda. Dengar dengan teliti dan buat nota minda. Ulang sebut fakta dalam hati sambil catat sepantas mungkin. Ingat, yang dicatat bukan ayat – tetapi fakta: nama, angka, tempat, istilah, kaitan, bukti.

Tujuan menyalin bukan untuk ulang sebut segala-galanya tetapi untuk mengesan keseragaman dalam semua fakta. Cari tema dan mesej di sebalik semua fakta. Simpulkan (sambil menyebut sebahagian/semua fakta sepintas lalu) dan cuba bidas kaitan fakta tersebut dengan kes.Lambakan fakta turut hadir dengan risiko percanggahan. Teliti semua fakta yang disampaikan – pasti ada satu atau dua fakta yang bercanggah antara satu sama lain.

Ada beberapa dilema lagi yang akan saya senaraikan dalam edisi kedua. Insya Allah. Semoga artikel kecil ini memberi sedikit manfaat buat semua pengamal debat dan seni pengucapan awam.

Bonzai @ Salahtaip

§ One Response to Delima Pendebat Ketiga # 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Delima Pendebat Ketiga # 1 at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: