Debat IPT & Bola Sepak

22/07/2010 § 1 Comment

Musim Piala Dunia sudah tamat. Sepanyol akhirnya berjaya membuang badi sebagai pasukan underachiever. Belanda sugul buat kali ketiga di pentas (baca: padang) akhir. Paul Si Kurita khabarnya bersara selepas mencatat rekod bersih dalam ramalan keputusan Piala Dunia – dan menghabiskan wang ribuan tahi judi di seluruh dunia.

…..Atau dalam beberapa kes, lelucon semata-mata sudah mencukupi.

Oleh kerana rata-rata pembaca Salah Taip terdiri daripada para pengamal ilmu pengucapan awam, terutamanya debat, jadi apa salahnya kita sama-sama memerhati ragam debat dan bola sepak yang pada kebanyakan masa – tidak jauh bezanya.

1 Menyerang atau bertahan?

Dalam bola sepak, ada dua strategi lazim – bertahan atau menyerang. Barisan belakang Itali yang kental dan impenetrable telah berdekad lamanya diiktiraf sebagai punca kemenangan pasukan tersebut di persada antarabangsa. Dalam konteks serangan, jenama possession football atau tiki-taka akhirnya membawa Sepanyol menjulang gelaran juara Eropah dan dunia.

Begitu juga dalam debat institusi pengajian tinggi (IPT). Ada pasukan muncul dengan gandingan pendebat pertama dan kedua yang berkesan – membentangkan kes dan hujah yang sukar ditembusi pihak lawan. Pasukan sebegini biasanya mampu meyakinkan para juri walaupun hadir dengan pendebat ketiga yang tidaklah terlalu berbisa bidasannya.

Ada pula pasukan yang bergantung kepada pendebat ketiga untuk menyapu kembali segala sisa-sisa runtuhan kes yang bercempera melalui adunan bidasan berfakta dan lelucon yang menghiburkan. Atau dalam beberapa kes, lelucon semata-mata sudah mencukupi.

Teknik menyerang juga kadangkala digarap melalui stategi pendebat pertama pembangkang dan/atau pendebat kedua kerajaan merupakan individu yang ampuh dalam membaca pergerakan kes pihak lawan. Serangan awal memastikan pasukan lawan sukar bangkit semula.

2 Pemain bintang

Setiap pasukan dikenali dengan pemain bintang. Pele, Maradona, Zidane, Drogba – contoh klasik individu yang hampir membuatkan sesetengah peminat bola sepak terlupa negara yang diwakili mereka. Pengulas sukan juga tidak berasa janggal untuk memberi label seperti “Maradona & Co” (atau kini Maradona & The Boys) untuk Argentina, misalnya.

….di samping menjalankan pembunuhan karakter terhadap pihak lawan.

Demikian halnya dengan debat. Hampir kesemua pasukan debat IPT mempunyai ‘pemain bintang’. Biasanya, soalan “Kau lawan siapa tadi?” akan disambut dengan “Pendebat X” dan bukannya “Universiti ABC”.

Strategi pasukan akan bertumpu kepada pemain bintang. Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo semestinya akan dikawal rapi malah sesetengah pasukan akan menugaskan seorang pemain khusus sebagai marker – yang mengekori mereka di segenap inci padang.

Pendebat bintang juga kerap menjadi perhatian. Pasukan lawan biasanya menyusun strategi untuk tidak mengambil celahan yang diberikan oleh pendebat ini – barangkali kesan celahan ampuh yang dibimbangkan. Tidak ketinggalan, serangan psikologi untuk memindahkan kelemahan dan kesilapan pihak lawan kepada pendebat bintang untuk ‘ditanggung’ seorang diri.

3 Padang dan pentas

Teknik dive amat masyhur dalam kalangan pemain bola sepak untuk mendapatkan sepakan percuma atau penalti bagi pasukan. Malah, pemain bintang seperti Robert Pires dan Cristiano Ronaldo turut dilabel sebagai ‘tukang terjun’ yang berkesan dalam karier bola sepak mereka.

Teknik ini boleh menyebabkan pemain berkenaan akan dikenakan kad kuning, tetapi hanya sekiranya dikesan oleh pengadil. Jika tidak, pengadil akan mentafsirkan pemain tersebut ‘jatuh’ akibat tackle yang dilakukan oleh pasukan lawan. Wisel ditiup. Sepakan percuma atau penalti.

Pendebat juga ada banyak strategi dive. Antara yang paling kerap digunakan ialah meyakinkan pihak hakim bahawa ada hujah yang tidak dibidas oleh pihak lawan – walaupun hal yang sebaliknya berlaku. Bagi hakim yang kurang tajam memorinya atau lupa membuat nota perdebatan, tuduhan ini diterima.

Ada pendebat yang mengambil langkah lebih ekstrem dengan mencipta drama dalam debat. Kononnya pihak lawan telah melempar tohmah dan maki hamun kepadanya – demi menagih simpati pihak hakim di samping menjalankan pembunuhan karakter terhadap pihak lawan.

4 Strategi saat akhir

30 saat berbaki sebelum pengadil meniup wisel. Pasukan ketinggalan 0-1. Apakah arahan pengurus? Sudah pasti untuk mengerah semua pemain (termasuk penjaga gol) agar menyerbu gawang pihak lawan bagi mendapatkan gol dengan apa jua cara sekali pun. Apa jua cara.

Pasukan yang mendahului juga perlu membalas dengan strategi berkesan. Gantikan penyerang dengan bek. Susun pemain di hadapan gawang dengan rapi saat sepakan sudut atau sepakan percuma diambil oleh seteru. Jangan biarkan gol dibolosi dengan apa jua cara sekali pun. Apa jua cara.

Sesi penggulungan dalam debat kerap menyaksikan pendebat tampil dengan strategi saat akhir yang rencam. Ada yang berpantun seloka, berdrama, keluar dari ruang meja dan berdiri tegak di tengah-tengah gelanggang debat, melabelkan sesi sebagai ’empat minit terakhir’ (atau 240 saat, atau 1/15 jam – yang mana-manalah) bagai wasiat bunyinya, timbang tara, timbang kati hujah, dan macam-macam lagi.

Raih perhatian juri dengan apa jua cara sekali pun. Apa jua cara.

Setakat ini sahajalah tentang kaitan intim antara debat dan bola sepak. Kalau ada lagi, akan dipaparkan dalam entri Salah Taip yang akan datang. Come to think again, musim bola sepak tidak pernah tamat. Liga Perdana Inggeris bakal bermula, begitu juga dengan La Liga, Serie A, dan liga di Jerman itu. Oh ya, Bundesliga.

2012 ada Euro. 2014 Piala Dunia. 2016 Euro. You got the point, right?


Bonzai @ Salahtaip

Mindamind menjemput rakan – rakan untuk menghantar sebarang makalah / berita semasa / aktiviti / foto dan sebagainya,  emelkan kepada raikanminda [at] gmail [dot] com. Tulisan yang dihantar dan tersiar di mindamind tidak semestinya menggambarkan pendirian laman ini terhadap sesuatu isu/subjek. Terima kasih.

§ One Response to Debat IPT & Bola Sepak

  • depressionmode says:

    kudos! satu teknik “banding sama” yg menarik. lazimnya bagi setiap permainan, sukan dan pertandingan berkumpulan pastinya mempunyai keadaan yg saling tak tumpah. yg penting adalah kefahaman, saling melengkapi dan sentiasa berada di “padang” yg sama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Debat IPT & Bola Sepak at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: