Terbanglah tinggi ke angkasa, Selamlah dalam ke dasar lautan

15/07/2010 § 1 Comment

Berdebat ialah satu proses pembelajaran. tidak ada sesiapa pun yang boleh mengatakan dirinya mahir dan arif dalam segenap sudut aspek pengucapan umum tertua dunia ini. Bagi yang punya tok guru bolehlah dikira bertuah, kerana setiap detik perjalanan menuntut ilmu sudah diberikan, cuma terpulang kepada diri sendiri untuk terus mengikut dan meneroka potensi diri sendiri dan menggapai kejayaan. Bagi yang tidak mempunyai jurulatih sendiri, yang banyak bergantung kepada keupayaan diri masing-masing, teruskan usaha kerana hasilnya sangat manis.

Hujung minggu ini Debat Alam Sekitar akan bermula. Di Universiti Malaysia Terengganu, debat antara yang tertua dan punya nilai sejarah kepada arena perdebatan universiti tanah air akan mengambil tempat. Saya percaya, banyak universiti menghantar pasukan baru (kalaupun tidak seluruhnya, ahli pasukan dicampur antara junior dan senior). Ini pastinya pengalaman baru untuk yang muda, dan perjuangan tidak berkesudahan pendebat lama.

Setiap satunya pasti punya matlamat dan impian sendiri. Semua mahu bergelar juara, cuma satu yang bakal dinobatkan. Semua berkata mahu mencari ilmu dan menimba pengalaman, hanya segelintir yang akan benar-benar belajar. Semua mahu mencuba nasib, cuma satu yang dikenali sebagai juara.

Pilih lah golongan mana yang anda mahu jadi. Jadi juara cukup manis, malah menjejak kan kaki ke pentas akhir ialah satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan. Ramai pendebat mengambil masa bertahun untuk layak ke pentas akhir, sebahagian besarnya tidak pernah menempah tiket ke akhir, tersekat di suku atau separuh atau pusingan awal. Rezeki masing-masing.

Ini kenyataan untuk mana-mana pertandingan. Tiada siapa dapat meramal apa yang akan berlaku. Kalau Piala Dunia, sotong kurita si Paul bisa membuat ramalan tepat (kebetulan sahaja, bukan ketepatan keupayaan meramal binatang), dunia debat tidak ada yang berjaya membuat ramalan. Selalu pasukan kegemaran tersungkur sebelum pentas akhir dan pasukan bukan pilihan berjaya mencipta sejarah.

Apa pun, bagi saya, setiap kali pergi bertanding dahulu, ada dua perkara yang mahu dikejar. pengalaman berharga dan impian bergelar juara. Bohonglah kalau nafsu kejuaraan tidak pernah mendominasi pemikiran, cuma sering saya selitkan dalam fikiran dan jiwa supaya pembelajaran lebih penting. Teroka dan kenal pasti kekuatan anda dan baiki kelemahan anda.

Kerana bila tamatnya setiap pertandingan, kita boleh merenung diri sendiri untuk setiap kejayaan atau kegagalan. Manfaatkan sepenuhnya bekas pendebat yang datang berkunjung, cari mereka dan tanyakan pendapat. Dengar sahaja komen hakim dan insafi diri. Kalaupun amarah berkunjung datang, lepaskannya dalam cara yang paling tidak disedari orang.

Pertandingan, sekurangnya bagi saya, bukan sekadar medan tempur merebut piala. Ia medan jihad perjuangan diri sendiri. Untuk membaiki diri dan memaksimumkan potensi diri. Kalau anda teliti sejarah pendebat terbilang ( Abang Bad, Dr Ramzah, Kaloi, Daud, Diyana Sulaiman, Pak Dat, Zarul, Abang Hanif UM, Mont, Bob UKM, Nuar UKM, Syam UPM hanya memberikan beberapa nama sebagai contoh) mereka tidak bermula dengan kesombongan dan nafsu bergelar juara semborono. Mereka mengangkat nilai perdebatan jauh lebih daripada piala yang akhirnya akan berkurung sawang dalam almari. Mereka belajar menjadi lebih baik dan lebih stratergik. Mereka berusaha keras berkhalwat dengan ilmu setiap kali habis pertandingan. Pujian ini bukan sebarangan, kerana menyebut sahaja nama mereka, orang sudah kenal potensi, kegigihan dan kejayaan mereka.

Sekurangnya bagi saya mereka ialah golongan pendebat yang sudah terbang tinggi melepasi angkasa potensi diri dan menyelam jauh ke dasar ilmu lautan luas.

Sempena debat alam sekitar, pilih sahaja untuk anda menjadi siapa. Pendebat yang menang yang kemudiannya dilupakan atau pendebat yang menang/tidak pernah menang tetapi dikenang berzaman kerana ghairah pada ilmu pengetahuan dan seni perdebatan.

Selamat Berjaya pada semua. Tua dan muda. Baru dan lama. Arena perdebatan tidak pernah mengenal semua itu kecuali usaha keras dan mungkin sedikit tuah. Semuanya tentu ketentuan Tuhan.

§ One Response to Terbanglah tinggi ke angkasa, Selamlah dalam ke dasar lautan

  • arerfifth says:

    wow!sungguh terkesan!terima kasih petah minda,teruskan menulis perkongsian anda kepada kmi yg masih mentah dan muda,sekali lgi terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Terbanglah tinggi ke angkasa, Selamlah dalam ke dasar lautan at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: