Jelajahi Sejarah, Jelajahi Masa Kini. Selamat Menjelajah.

12/05/2010 § Leave a comment

Oh please believe me, I’d hate to miss the train

Mei adalah bulan yang penuh dengan signifikan. Hari Buruh yang bertujuan untuk meraikan golongan pekerja bukanlah suatu kejutan (berita baru) buat golongan tersebut (walau hakikatnya kita semua adalah pekerja). Meraikan ketekunan golongan buruh mustahil memadai dengan sekadar diberikan pelepasan sehari cuti untuk diisi sesi percutian mahupun perkelahan bersama keluarga, paling tidak ‘berehat – rehat’ sambil membawa bakul / menolak troli sambil si isteri memilih sayur di pasar raya Giant.

Gerakan bekerja lapan jam yang wujud hasil arus deras kesatuan buruh (dan penganut sosialisme) beratus kurun lalu, yang mengalir dicelah – celah kegilaan dunia industri yang sedang  gelojoh dengan penindasan dan manipulasi tenaga manusia atas nama pembangunan; tujuannya adalah untuk menyedarkan kaum majikan akan nilai kemanusiaan. Bandaraya New York seandainya tepat seperti yang tercatit pada hasil kajian adalah bandar pertama yang meraikan sambutan hari buruh (Rabu, 5 September 1882).

Kedua – dua peristiwa tersebut (walau peristiwa kedua bukanlah berlangsung pada bulan Mei kerana sambutan hari pekerja disambut secara berbeza sama ada Mei ataupun September) adalah rentetan yang membawa kepada sambutan yang kekal sehingga hari ini.

Mei juga adalah bulan untuk masyarakat meraikan golongan pendidik. Juga adalah mustahil untuk dijadikan ukuran tepat ‘penghargaan’ jasa bakti guru kepada muridnya. Pun begitu oleh kerana perasaan adalah sesuatu yang memerlukan bentuk jelmaan sebagai bukti eksistensinya, maka sambutan hari guru adalah satu cara melahirkan perasaan (abstrak) tanda kasih.

Mei bukanlah bulan sempurna yang hanya merekodkan sambutan keriaan, ia juga bulan yang mengembalikan memori (ngeri?) terhadap krisis kaum yang sehingga kini menjadi modal ugutan (kata lain : peringatan) oleh ahli politik untuk menakut – nakutkan sebuah masyarakat majmuk yang bernama rakyat Malaysia. Percaya atau tidak, rasisme yang kuat terbina dalam diri setiap daripada kita adalah kerja – kerja pembajaan dan penyuburan yang dilakukan oleh kumpulan ini. Teknik mencipta ‘tempat bergantung’ ini dilihat sebagai berjaya apabila masyarakat terus sahaja merasakan ancaman semacam wujud dan menganggap merekalah sebagai penyelamat. Hakikatya kita ini, hidup biasa – biasa (aman) sahaja; mampu berjual beli dan minum di kopitiam serta bergaduh ‘mesra’ tentang ayam jiran yang berak di halaman rumah.

Dan Mei;  adalah bulan di mana album Let It Be dirilis 40 tahun yang lalu. Nota muzik gubahan John Lennon dan rakan-rakan kekal; sebagai koleksi malar hijau yang sama sekali melawan hukum hayat-sementara perkara ciptaan manusia. Abadi!

Mei adalah bulan yang menarik untuk dijelajahi; sama ada dari perspektif sejarah mahupun  masa kini. Bicara soal jelajah, komuniti debat sekarang ini dalam tempoh penjelajahan yang boleh dikira pendek dan menarik.

Bermula dengan penjelajahan ke Kepulauan Borneo, Kejohanan Debat Terbuka Kenyalang anjuran UiTM Sarawak yang berlangsung pada 11 – 16 Mei 2010 bakal menemukan pendebat intervarsiti dan sekolah menengah seluruh Malaysia.

Belum pun sempat acara di Kepulauan Borneo melabuhkan tirai dengan sempurna, penjelajahan diteruskan ke Pantai Timur yang bertempat di Terengganu. Pada 15 – 18 Mei 2010, Pertandingan Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin akan berlangsung di UiTM Terengganu. Pertandingan khusus yang gah dengan kata-kata ‘arena debat pantai timur’ ini akan menemui komuniti debat Terengganu, Kelantan dan Pahang buat kali kesepuluh, setelah lebih kurang sekurun umur penganjurannya.

Selesai sahaja urusan di Pantai Timur, penjelajahan diteruskan ke Utara. UiTM Arau yang semakin matang dalam bidang penganjuran memberi nafas baru kepada Terbuka Arau dengan menjadikan pidato yang sememangnya kembar-satu-darah debat; juga sebagai acara yang dipertandingkan pada edisi yang bakal berlangsung pada 20 – 25 Mei 2010 kelak.

Kemudian, daripada Utara terus sahaja ke Pantai Barat. Tarikh 27Mei – 1Jun 2010 tidak perlu lagi diwar – warkan lantaran Pesta Intelek & Hujah (PETAH) yang bakal menyajikan percubaan mencipta  rekod Malaysia debat 111jam tanpa henti, sudah pun diketahui umum.

Mungkin ini, agak keterlaluan untuk dipadankan dengan jelajah komuniti debat; Friedrich Nietzsche; pendita German yang meninggal akibat kegagalan fungsi saraf otak yang ketika hayatnya menimbulkan kecoh lantaran idea-‘tuhan telah mati’-nya, pernah menyebut (menulis) bahawasanya pemikiran agung lahir daripada aktiviti berjalan (penjelajahan). Maka begitu, usah khuatir pada masa dan kalah pada keletihan, teruskan.

Midamind

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Jelajahi Sejarah, Jelajahi Masa Kini. Selamat Menjelajah. at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: