Keruntuhan Media dan Cabaran Pendebat

19/04/2010 § 3 Comments

Harian Metro (HM) melaporkan beberapa hari lepas berkenaan kisah seorang blogger yang agak berjaya dalam dunia blogging. HM juga menggunakan perkataan ‘pelopor‘ sebagai kata ganti diri kepada blogger tersebut. Dan blogger berkenaan kemudiannya telah didatangi dan diperli oleh  komuniti blogger seantero negara.

..keruntuhan nilai media ini akan turut meruntuhkan nilai pendebat.

Kes ini adalah kes kecil sekadar ‘ribut dalam cawan’; yang heboh seputar dunia blogging. Kes ini adalah kes kecil yang tidak memberi kesan langsung kepada ekonomi negara. Pun begitu, kes ini adalah kes besar yang menyentuh soal nilai.

Berita yang disampaikan oleh media pada hari ini boleh mendatangi pembaca dalam pelbagai rupa. Sumber primer dan autoriti tidak menjadikan  sesuatu berita sebagai ‘suci’. Seperkara yang perlu difahami oleh masyarakat pembaca, berita ditulis dalam bahasa olahan seseorang wartawan yang difikirkan olehnya sebagai sesuai. Wartawan yang kurang arif tentang bahasa mampu menimbulkan perspektif berbeza di kalangan masyarakat pembaca dan lebih buruk; menimbulkan salah faham.

Media pada hari ini tidak diajar tentang nilai. Media pada hari ini bertuhankan ajaran bagaimaana mahu menjual. Ini adalah sikap yang lahir dari konsumerisme. Makna muluk konsumerisme membutakan masyarakat pengguna. Kemungkinan juga kata ganti diri ‘pelopor’ yang digunakan oleh HM adalah disengajakan dengan tujuan menimbulkan sensitiviti komuniti blogger dan rasa mahu membeli serta membaca sendiri berita panas ini.

Pandangan ekstrim saya : kemungkinan juga berita buang bayi yang kecoh sekarang ini prioritinya bukanlah mahu menimbulkan kesedaran masyarakat, sebaliknya melariskan jualan. Di saat isu ini hangat diperkatakan, kita sedar yang semua media elektronik juga cetak menyampaikan berita dalam kelompok isu  yang sama. Seolahnya komuniti media punya sinergi dan persefahaman. Dalam situasi ini, saya lebih nampak sisi persaingan dalam bidang perniagaan yang menjadikan kertas – kertas bercop kepala agung sebagai objektif.

Selalu kita dengar cakap – cakap berkenaan media yang berat sebelah. Laporan yang diberitakan kepada pembaca adakalanya terlalu ke arah sesuatu pihak. Kita perlu menerima hakikat bahawasanya tiada media yang benar – benar neutral pada hari ini. Ph7 hanya wujud dalam ilmu sains!

Keruntuhan media pada hari ini bukan sahaja mengajar manusia supaya menjadi lebih kritis bahkan mengajar  manusia tentang integriti. Manusia yang menjadi ‘pembaca’ bahan media diajar tentang analisa dan setiap baris ayat yang ditulis dan tercetak perlu diikuti dengan tanda soal dan bukaannya kesahihan yang terjamin.

Apa yang saya takuti adalah; keruntuhan nilai media ini akan turut meruntuhkan nilai pendebat. Komuniti ini (pendebat) adalah pesakit yang menjadi penagih tegar kepada bahan media. Kita faham dan maklum bahawasanya komuniti pendebat perlu sentiasa berdampingan dengan bahan media demi mengisi diri;  ilmu dan fakta. Perbuatan ini adalah perbuatan mulia kerana ia dapat menjamin kelangsungan perkembangan pengetahuan semasa.

Saya belum pernah mendengar ‘das kapital’ diangkat tatkala perdebatan berkisar soal ekonomi.

Berita yang dikutip oleh para pendebat hasil daripada pembacaan pada medium penyampian berita sama sekali akan ‘membentuk’ seseorang pendebat. Jika asalnya sesuatu berita ditulis sepertimana kes HM tadi, maka begitulah juga penyampaian para pendebat ketika sesi perdebatan; juga menggunakan perkataan ‘pelopor’. Ilmu media masa menyebutnya dengan jelas dalam teori pengharapan nilai. Kepercayaan kita terhadap sesuatu akan menentukan sikap kita. Kita percaya bahawasanya berita yang disampaikan oleh media adalah benar. Kita percaya bahawasanya sumber yang kita baca adalah sahih. Maka dari situ kita akan merasa puas dan berasa nikmat terhadap apa yang kita baca; kerana sedari awal kita percaya nilai yang dibawa oleh media adalah benar dan sahih.

Saya belum pernah berpengalaman dalam mana – mana kejohanan debat mendengar para pendebat mengangkat bahan bacaan selain daripada akhbar dan bahan bacaan klise sebagai autoriti dan rujukan. Saya belum pernah mendengar ‘das kapital’ diangkat tatkala perdebatan berkisar soal ekonomi.; mungkin ada seorang dua yang menyentuh Adam Smith. Saya belum pernah mendengar  ayat cernaan ‘the republic’ disebut dalam dewan perdebatan yang berdiskusi tentang kenegaraan. Saya belum pernah  mendengar kitab ‘music and singing’ oleh Al-Ghazali disentuh ketika persidangan usul berbentuk hiburan. Tiada susuk dari kalangan pendebat yang menekuni atau sekurangnya menjadikan bahan – bahan sebegini sebagai autoriti; setidaknya pun sebagai penyedap ayat. Tidak ada. Sedangkan komuniti pendebat terbentuk oleh komuniti mahasiswa/i yang punya latar kukuh dalam pelbagai bidang ilmu; undang-undang, ekonomi, komunikasi media, teknologi maklumat dan sebagainya sehingga melayakkan mereka meneruskan pembelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah!

Nalar yang ada pada kita, saya kira perlu digunakan sebaiknya dalam memberi nilai terhadap sesuatu. Jangan sampai runtuhnya nilai tatkala menilai sesuatu. Iqra’ adalah perkataan magis yang dianugerahkan kepada umat manusia.

Z.J, Johor

Mindamind menjemput rakan – rakan untuk menghantar sebarang makalah / berita semasa / aktiviti / foto dan sebagainya,  emelkan kepada raikanminda [at] gmail [dot] com. Tulisan yang dihantar dan tersiar di mindamind tidak semestinya menggambarkan pendirian laman ini terhadap sesuatu isu/subjek. Terima kasih.

§ 3 Responses to Keruntuhan Media dan Cabaran Pendebat

  • afif says:

    ..jadi maksudnya kesilapan media (sama ada sengaja / tidak) blh menyebbkn krisis kemanusiaan kan? cam kes HM tu, blogger tak puas hati smp serang2 org tu.

  • Mont says:

    Sikap blogger yang menyerang si “pelopor” perlu juga dijadikan sempadan. Dalam keadaan yang lain mungkin pujian terhadap individu itu adalah benar namun masyarakat sekeliling acab cemburu.

    Saya bersetuju tidak ramai pendebat yang mengankat “ilmu dan falsafah” (kalaupun boleh dipisahkan) di dalam perdebatan.

    Namun kita tidak boleh melakukan generalisasi yang semua pendebat tidak melakukan perkara tersebut.Generalisasi merugikan dan tidak menggalakkan.

    Saya sentiasa percaya pada proses pendidikan dan perkongsian yang perlu dilakukan oleh semua yang mencintai komuniti ini. Pendebat sememangnya perlu menelaah bahan bacaan yang lebih berat untuk perdebatan.

    Saya bersetuju dengan anda bahawa rujukan kepada surat khabar semata-mata menggambarkan miskinnya pengetahuan dan bacaan.

  • nouirs says:

    Peri penting nilai keintelektualan… Pasti cernaan hujah x dipandang sepi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Keruntuhan Media dan Cabaran Pendebat at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: