PANGGILAN DARI GOMBAK

08/04/2010 § 1 Comment

Bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,kejohanan Debat Antara Sekolah-sekolah ke-10 akan diadakan bermula 16 hingga 21 April.Pertandingan yang menyaksikan Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS) sebagai johan sulung pada awal ia diperkenalkan iaitu pada tahun 2002 telah membuka lembaran baru dalam dunia debat antara sekolah-sekolah Malaysia,apabila pertandingan ini menjadi pertandingan pertama yang membuka penyertaan kepada semua jenis sekolah melibatkan Sekolah Berasrama Penuh,Maktab Rendah Sains Mara,Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Swasta.Ia menjadi medan untuk pelajar-pelajar bersaing melalui  kematangan pemikiran,ketajaman penghujahan dan persembahan yang meyakinkan dalam merebut gelaran juara dan menjulang Piala Tun Sri Lanang.

Pertandingan ini telah menyimpan pelbagai kisah suka dan duka setiap pasukan yang bertanding,MCKK misalnya merupakan satu-satunya sekolah yang layak ke pentas akhir empat kali berturut-turut namun hanya selepas tiga kali beraksi di pentas akhir baru dapat menggodol gelaran juara.SM Islam Hidayah telah memecah tradisi monopoli juara oleh SBP apabila berjaya menewaskan STAR di pentas akhir dalam kejohanan tahun lepas.Pertandingan ini juga menjadi lapangan untuk perkongsian ilmu antara pendebat-pendebat universiti dan sekolah untuk menjadikan dunia perdebatan di Malaysia bertambah kualitinya tahun demi tahun.

Kejohanan Debat ini mempunyai kelas tersendiri dari aspek penganjuran dan pelaksanaan,membuktikan ia merupakan antara pertandingan yg berprestij dalam pertandingan perdebatan sekolah-sekolah Malaysia,siapakah akan menjadi juara dalam edisi kali ini?adakah SM Islam Hidayah akan mempertahankan piala yang telah mereka miliki edisi lepas?adakah MCKK akan kembali ke pentas final?adakah bekas-bekas juara dahulu seperti KISAS dan SEMESTI akan menyinarkan kembali kemilau yang kian hilang?adakah akan muncul juara baru dari kalangan sekolah menengah kebangsaan dan MRSM?semuanya akan terjawab tidak lama lagi.

Sekalung penghargaan buat penganjur -Universiti Islam Antarabangsa Malaysia- untuk kesungguhan mereka memartabatkan seni debat Malaysia.Ya. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kita semua punya matlamat dan minat yang sama. Ayuh sama-sama kita memeriahkannya.

§ One Response to PANGGILAN DARI GOMBAK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading PANGGILAN DARI GOMBAK at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: