Martabat Usul & Semangat Pertandingan : Indah Yang Hilang

03/04/2010 § 1 Comment

..yang menghalalkan aktiviti memijak dan menghina usul

Dalam konteks debat yang skopnya adalah pertandingan, kita biasa meletakkan taraf sesuatu usul kepada ringan, sederhana dan berat.

Pada saya semua kejadian yang ada di alam ini punya zat; dan kemudian daripada zat ini, lahirnya martabat. Begitu juga usul. Andai kita belek senarai usul dalam rekod simpanan masing – masing, kita akan sedar bahawasanya kesemua usul memiliki elemen ilmu, hatta usul ‘Doraemon lebih hebat daripada Transformers’ sekalipun.

Yang menjadi kesedihan adalah, martabat usul ini tidak diangkat dan diletakkan pada tempat yang seharusnya ia berada. Malah dalam sesetengah keadaan, ia dipijak dan dihina; bukan secara literal, tetapi melalui penyampaian dan bagaimana usul itu dibincang dan dikupas.

Dan kerana itu, pada saya penarafan usul adalah tidak perlu sama sekali. Kerana ia akan membentuk kepercayaan dalam diri yang seterusnya menjadi kiblat kepada pembawaan usul. Andai taraf ‘ringan’, maka kupasan akan menjadi tidak berilmiah, dan barang pasti semasa berlangsungnya sesi perdebatan, jauh sekali untuk mencapai tahap debat intelek. Kerana sedari awal kita sudah tanam kepercayaan bahawasanya ia ‘ringan’.

Segalanya adalah perspektif; iaitu bagaimana kita melihat sesuatu usul. Dan perspektif datangnya daripada kapasiti ilmu yang ada pada kita. Segmen hiburan adalah kategori usul yang selalu dibawa secara ringan – yang menghalalkan aktiviti memijak dan menghina usul. Barangkali komuniti debat intervarsiti perlu untuk lebih terbuka dengan membaca berita dunia hiburan selain daripada URTV, Mangga, Pancaindera dan Hip/B*POP. Helaian ulasan filem dalam majalah Dewan Budaya (perdana) dan Binfilem.blogspot (bukan perdana) adalah dua contoh baik untuk memahami bagaimana membina sudut pandangan terhadap sesuatu subjek (filem).  Kesediaan dan tahap pemahaman masyarakat umum di Malaysia untuk menerima dan membaca tulisan berat bukanlah alasan untuk media hiburan terus menghidangkan berita dalam rupa yang penuh solekan pop kultur dan gosip semata-mata. Masyarakat perlu dididik; bukannya terus diperbodohkan melalui program pembekuan minda yang disuntik melalui tulisan.

*****

Sebolehnya komuniti debat intervarsiti yang terdiri daripada mahasiswa mahasiswi perlu keluar seketika daripada kelompok yang sedia ada. Melihat, mendengar dan membaca debat ilmu yang rancak berlangsung dalam kelompok-kelompok yang lain. Debat yang berlangsung dalam kelompok-kelompok lain tidak terikat dengan format pertandingan yang ironinya akan menjadi modal serangan untuk memperlekehkan lawan seperti ‘pihak pembangkang secara teknikalnya terpesong bla bla bla…‘.  Seharusnya debat ini berlangsung secara fitrah; berdebat dalam erti kata perbandingan ilmu yang terdiri daripada hujah. Kita berlawan tentang sesuatu subjek dengan bersenjatakan hujah yang didasari fakta. Bukan menyentuh soal – soal teknikal sehingga kadangkala membawa terus sesi perdebatan kepada perbincangan teknikal.

Ya mungkin ada benarnya, pertandingan itu membunuh.   ‘Semangat pertandingan’ tidak diambil kira sehingga membunuh jiwa yang ada pada debat. Yang penting adalah menjatuhkan lawan dan menang. Pertandingan debat telah dilihat dari perspektif yang salah;  perdebatan cuma menjadi arena untuk menang tanpa berusaha memberikan pencerahan kepada penonton(pencacaikata,2010). Saya gemarkan ayat daripada kolumnis mindamind ini kerana ia begitu mengabsahkan bukti kontemporari.

Pertandingan yang tidak difahami semangatnya telah sama sekali membunuh keindahan yang ada pada debat; pada seninya.

Apa ada padamu??
Dan aku hanya terdiam
Aku tak punya apa-apa!

Berguling-guling di atas kantuk
Sedang waktu ini terasa makin kelam
Dan aku yang tergamam lagi..diam,

Tertimbus dengan ilmu yang tak pernah puas aku selam
Kau tinggalkan aku
Tiada jawapan
Kau gembira,
Diburu dek sang pencinta
Aku sepi

Ia seni yang indah
dan indah bukan sesuatu yang mudah
ia tidak mudah
sumpah ia tidak mudah!!

Disondor perlahan
“Untukmu dik ….”
Perlahan lahan berjalan
Bukan gelaran
Ia tentang perjalanan….
indah~

Jangan berkata lagi, aku sudah kalah
Sepasang kaki yang telanjang,
Kulit hitam kusam
Aku kalah!

-puisi agung si pelopor kaum-

Kadangkala timbul imaginasi dalam kepala saya; suatu hari andai kita hapuskan pertandingan debat intervarsiti, akan masih adakah lagi orang yang sanggup berdebat semata-mata kerana minat dan ilmu; bukannya kerana menang, piala, nama, merit kokurikulum dan wang ringgit (?)’

Saya lebih rela kehilangan komuniti debat yang berdebat kerana pertandingan sebagai galang ganti untuk kembalikan debat kepada fitrahnya.

Alumni, Kuala Lumpur.

Mindamind menjemput rakan – rakan untuk menghantar sebarang makalah / berita semasa / aktiviti / foto dan sebagainya,  emelkan kepada raikanminda [at] gmail [dot] com.  Terima kasih.

§ One Response to Martabat Usul & Semangat Pertandingan : Indah Yang Hilang

  • arefifth says:

    amat menyokong tulisan ini,sangat bersetuju,debat di universiti sekarang sudah hilang nilai jiwanya yang dibunuh dek teknikal dan keghairahan mencapai kemenangan sehingga pendebat sedniri tidak tercerah malah menjadi lebih jumud(ini pandangan ekstrem saya)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Martabat Usul & Semangat Pertandingan : Indah Yang Hilang at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: