LAGI CERITA MENARIK DARI UPM

28/03/2010 § Leave a comment

Selesai sahaja PENITI V 2010, nampaknya Universiti Putra Malaysia terus menjadi tumpuan komuniti seni pengucapan awam. Kali ini mereka bakal menganjurkan Pertandingan Pidato Piala Naib Canselor. Ya, pertandingan pidato terbaru peringkat intervasiti!

Konsepnya sama dengan Piala Debat Diraja.

Terbahagi kepada 2 kategori, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Setiap kategori bahasa dibahagikan pula kepada kategori muda dan kategori utama. Lebih terperinci, untuk setiap kategori bahasa, semua institusi dihadkan kepada 4 penyertaan, iaitu 2 orang pemidato kategori utama dan 2 orang pemidato kategori muda. Dalam erti kata lain, semua institusi dijemput untuk  menghantar seramai 8 orang pemidato (4 orang pemidato BM dan 4 orang pemidato BI).

Program ini akan berlangsung dari 9 hingga 11 April 2010. Pihak mindamind dimaklumkan bahawasanya surat jemputan akan dihantar mulai selasa ini (30 Mac 2010). Maklumat lanjut berkenaan penyertaan dan syarat – syarat pertandingan akan dimaklumkan oleh penganjur.

Dan kepada mereka yang bakal menjadi peserta, tempoh lebih kurang 12 hari ini amatlah berharga untuk bersiap siaga sama ada dari segi mental mahupun fizikal.

~terima kasih buat saudari Fara Syazwani untuk makluman ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading LAGI CERITA MENARIK DARI UPM at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: