Pidato PENITI (V) 2010

19/03/2010 § 1 Comment

Angka roman ‘V’ pada nama (dan logo) program di atas bukan simbol  ulang tahun kepada sambutan penganjuran  Pidato Kepimpinan Harmoni  V Intervarsiti dengan akronimnya : PENITI V. Umurnya lebih tua; setahun. Pada tahun ini (2010), adalah tahun keenam ia dianjurkan. Kredit perlu diberikan kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mempamerkan komitmen tinggi sebagai penganjur saban tahun.

Edisi kali ini bertemakan Kewibawaan Pemimpin Pemacu Kegemilangan Negara.  Skopnya kelihatan agak lama, namun perspektif dan mesej yang menjadi inti kepada tema ini, segar! Barangkali mengangkat situasi semasa. Kredit tambahan kepada UPM, kerana memberi ruang dan peluang kepada komuniti pelajar institusi pengajian tinggi menyuarakan pendapat dan pandangan berlandaskan tatacara manusia bertamadun; pada tempat dan lapangan yang sungguh ideal! =)

PENITI V berlangsung pada 18 – 21 Mac 2009. Program ini secara spesiknya dianjurkan oleh Kolej Kelima (UPM) dan Jabatan Penerangan Malaysia (Selangor) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM bertempat di Dewan Sri Harmoni, Kolej Kelima, UPM.

Pertandingan pidato ini dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu; peringkat saringan (40 peserta), peringkat separuh akhir (16 peserta) dan peringkat akhir (6 peserta).

Rekod :

Sedikit  perkongsian daripada pihak mindamind, PENITI V mula dianjurkan pada tahun 2005. Khairul Afsan Abu Bakar (UTM) melakar sejarah sebagai johan untuk edisi sulung. Dan apa yang lebih menarik, beliau juga melakar sejarah sebagai satu – satunya pemidato yang menang sebagai johan untuk dua kali berturut- turut kerana (rekod masih bertahan sehingga 2010) pada tahun 2006 juga beliau dinobatkan sebagai johan!  Manakala tahun 2007, Mohd Daud Mat Din menjulang nama UIAM sebagai johan. Tahun 2008; Muhammad Izzat bin Md Jonid (UIAM) dinobatkan sebagai johan, tempat kedua Muhammad Firdaus Abdul Rahim (UKM) dan ketiga Mohd. Zaini bin Othman (USIM). Edisi 2009 pula menobatkan pemidato UPM iaitu Amirrudin Abd. Rahman sebagai johan.  Tempat kedua pula ialah Azri Zahier Azm (UM) dan ketiga ialah Siti Nurhidayah Omar Aziz (UTM).

**Wujud corak terhadap rekod PENITI V. Walau apapun, pihak mindamind merasakan masih terlalu awal untuk membentangkan analisis. Hipotesis  awal memang perkara yang mengasyikkan. Kita tunggu.

Berikut adalah tajuk peringkat saringan 2010:

  1. Pemimpin Unggul, Masyarakat Terbilang
  2. 1 Malaysia – Cabaran Mahasiswa
  3. Pemimpin Berjiwa Rakyat Kunci Keharmonian Etnik
  4. Pemimpin Berintelek Pemacu Pendidikan Bertaraf Global
  5. Keluhuran Keperibadian Asas Kepemimpinan Sejagat
  6. Kepemimpinan Transformasi Pemacu Masyarakat Global
  7. Kepincangan Nilai Masyarakat Global : Peranan Mahasiswa
  8. Ketelusan Pemimpin Teras Pembangunan Negara
  9. Pemimpin Berintelek Pembangun Generasi Muda
  10. Kepesatan Pembangunan Teknologi Memanjakan Diri
  11. Pemimpin Malaysia : Bukan Sekadar Di Pinggiran
  12. Tewasnya Perlembangaan Di Tangan Mereka Yang Lupa
  13. Merdekanya Malaysia : Tidak Hanya Sekadar Laungan
  14. Keamanan Dunia Bukan Impian
  15. Bencana Haiti : Cabaran Dan Harapan

Kepada semua pencinta seni pengucapan awam, jumpa di sana!

PENITI V 2010 bukan setakat untuk pemidato membahaskan pandangan mereka terhadap sesuatu isu tetapi PENITI V 2010 memberi pendekatan terhadap merakyatkan pemimpin

Lim Wei Chiet (Pengarah PENITI V)

p/s : ‘..merakyatkan pemimpin..’ hmmm..lazat bunyinya. Kunjungi mindamind lagi untuk ulasan PENITI 2010.

§ One Response to Pidato PENITI (V) 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Pidato PENITI (V) 2010 at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: