Kebenaran Penghakiman

17/03/2010 § Leave a comment

Ketika saya menceburkan diri dalam dunia perdebatan, saya tidak pernah di ajar bahawa kerana subjektiviti perdebatan menjadikan penghakiman seringkali jadi tanda tanya. Ada ketikanya, kita rasa kita layak menang, dan hakim memutuskan kita kalah, vice-versa. Malah, saya percaya, setiap daripada kita punya hakim-hakim yang kita gemari, dan ada juga hakim yang kita tidak gemar. Sebagai junior ketika itu, amarah saya kepada ‘ketidakadilan’ ini semakin memuncak setiap kali masuk bertanding. Saya tidak faham, malah kabur dengan sistem penghakiman. Dengan konsep juri dan margin, menambahkan lagi ketidak puasan hati saya. Ditambah lagi dengan reaksi hakim yang menutup mata, menunduk tanpa memandang, malah ada yang tertidur waktu menjadi hakim, saya merasakan penghakiman debat ada kekurangan yang perlu diatasi. Malah, ditambah dengan sentimen nama universiti, keputusan bagi saya seringkali tidak tepat. Tetapi, mungkin kerana sifat semulajadi saya, yang lebih suka memendam daripada mempersoalkan secara terbuka, menyebabkan pasukan saya terselamat daripada menerima musibah. Bayangkan sekiranya saya mempersoalkan keputusan secara terbuka, kepada hakim-hakim yang punya kuasa untuk menentukan kalah menang saya dalam pertandingan seterusnya. Akibatnya mungkin lebih teruk. Permainan politik wujud dimana-mana.

Cuma, saya bersyukur dibimbing oleh senior-senior yang sentiasa berfikiran terbuka, yang selalu menerima keputusan dengan lapang dada dan kerendahan jiwa. Pesan tok guru saya, kalau kalah bermakna masih ada kelemahan, maka baiki kelemahan itu. Kita tidak boleh mengubah sistem dan kehakiman, tetapi kita boleh mengubah diri sendiri. Berpegangkan itu, saya sentiasa cuba memadam amarah bila keputusan tidak berpihak walaupun saya merasakan layak untuk menang. Saya sentiasa cuba membaiki diri, walau selalu juga tepu kerana sudah tidak tahu bagaimana lagi mahu membaiki diri.

Maka, kerana itu bila saya menjadi hakim, saya sedaya upaya cuba untuk menghakimi dengan baik dan adil, cuba membuang setiap persepsi saya terhadap pasukan, malah seringkali juga saya menunduk dan menutup mata, cuba menenangkan diri memikirkan bahawa keputusan saya itu adalah yang terbaik, yang lebih penting saya bisa memberikan justifikasi terbaik yang boleh di cari kepada pasukan yang kalah dan teguran kepada mereka yang menang. Dan setiap kali itu jugalah, saya merasakan menjadi hakim bukan lah senang, malah sukar untuk ‘mematahkan hati dan semangat’ pendebat-pendebat yang gagal menyakinkan saya. Menjadi hakim lebih sukar daripada berdebat. Anda bukan sahaja perlu menilai pendebat, anda juga perlu menilai diri sendiri sepanjang perdebatan berjalan.

Mungkin, kita belum punya sistem seperti debat luar negara yang bukan setakat menghakimi pendebat, tetapi juga menghakimi hakim. meletakkan ranking dan mata kepada setiap hakim. Cuma dengan ‘kekurangan’ ini, saya percaya yang boleh dilakukan ialah tanpa jemu mengubah diri menjadi lebih baik. Bila anda adalah terbaik, subjektiviti penghakiman bukan lagi alasan untuk mengalahkan anda.

Pasukan UPM yang menjuarai Debat Integriti baru-baru ini adalah contoh terbaik. Menelusuri kareer debat mereka, mereka tidak bermula sebagai johan. Tetapi mereka berakhir sebagai johan, dan yang terbaik. Bila rata-rata hakim menilai mereka sebagai terbaik, itulah kepuasan daripada perjuangan membaiki diri dan menilai kelemahan serta kekuatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Kebenaran Penghakiman at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: