Pencerahan dalam makna kata-kata

09/03/2010 § 4 Comments

Saya tidak pernah menjadi  johan. Itu fakta. Kalangan pendebat, saya kira yang pernah menjadi johan, dan beraksi di pentas akhir hanya sebilangan kecil daripada kita. Jadi, saya (dan mungkin anda yang sedang membaca) tergolong dalam kumpulan majoriti yang tidak pernah punya rezeki dalam pertandingan debat.

Saya selalu berpesan, kemenangan penting, tetapi yang lebih penting dalam arena debat ialah pembentukan diri dan intelek. Biarpun tidak pernah terpahat nama sebagai pemenang, sekurang-kurangnya kita mencatat nama sebagai individu yang cerah dan tangkas fikirannya.

Atas sebab itu, arena perdebatan jarang sekali menjemukan saya. Kerana, disini saya bertemu dan bergaul dengan manusia-manusia yang sering punya idea luar daripada kebiasaan, yang tidak takut untuk menyuarakan pandangan bertentangan dengan norma biasa, yang selalu juga punya personaliti menarik untuk dikenali dan dijadikan sahabat sepanjang hayat. Mungkin, orang luar kepompong perdebatan berkata ini bias, tetapi saya suka melihatnya begitu, dan saya mahu terus percaya kepada pandangan sendiri.

Maka, saya gemar sekali berbual dan bergaul dengan manusia-manusia dengan label pendebat ini. Kerana ilmu dan pemikiran mereka selalu memberikan pencerahan kepada intelektual saya. Daripada pendebat senior  yang selalu saya hormati dan pendebat junior yang penuh ghairah mencari ilmu. Orang kata, pendebat perlu punya kemahiran melihat perkara daripada perspektif yang berlainan, dan ini fakta. Kita sentiasa melihat perkara daripada perspektif yang berlainan.

Cuma, sejak bersara daripada berdebat dan melihat golongan pendebat masa kini berdebat, ada kebimbangan dalam jiwa saya. Kebimbangan melihat kecenderungan golongan kini untuk mengambil jalan selamat. Analogi, pendekatan, konseptualisasi dan fakta seringkali merupakan legasi daripada golongan pendebat silam. Menyebabkan, perdebatan menjadi sangat membosankan dan menjemukan. Jarang sekali saya melihat kumpulan atau pendebat yang mengambil risiko dalam berdebat. Semuanya mahu menjadi mudah, ringkas dan menang. Dalam keadaan ini, saya keliru dengan identiti mereka. Pendebat sewajarnya punya keinginan untuk mencabar norma, menganalisa perkara dan mempersembahkan dengan gaya menarik. Cuma, jarang-jarang ia berlaku sekarang ini. Apa ini salah sistem atau perdebatan cuma menjadi arena untuk menang tanpa berusaha memberikan pencerahan kepada penonton?

Atau mungkin juga saya (dan beberapa orang lama) ketika kami berdebat meninggalkan contoh yang tidak elok, sehinggakan legasi ‘penjajahan debat’  terpendam dalam pemikiran generasi sekarang ?

Saya tidak tahu apa yang silap, mungkin kata-kata Abg Kaloi; Perdebatan untuk mencari kebenaran, bukan medan untuk bertukar-tukar kejahilan, perlu difikirkan oleh pendebat-pendebat kini. Bahawasanya, debat itu adalah satu kaedah mencerahkan minda dan pemikiran, bukan tempat melempiaskan penipuan dan stratergi licik.

Integriti perdebatan perlu dijaga, fakta dan konseptualisasi malah falsafah (dan juga sains perdebatan) perlu dilakukan dengan tujuan utama menyemarakkan pencerahan minda. Perjuangan untuk mengangkat debat sebagai arena pemikiran intelek perlu di beri perhatian serius, supaya arena ini tidak dipandang hanya sebagai arena orang ‘syok-sendiri’ bercakap kosong.

Maka, saya sangat berharap supaya Debat Integriti di UMS hujung minggu ini berupaya mencerminkan integriti pendebat dan perdebatan. Supaya, arena ini akan terus mencambahkan intelek, bukan medan penularan kejahilan.

§ 4 Responses to Pencerahan dalam makna kata-kata

  • fairuz says:

    salam.

    Immanual Kent semasa Zaman Pencerahan menyebut ‘saya terpaksa mengalihkan pengetahuan, dalam pada untuk memberi ruang kepada kepercayaan’.

    begitu juga yang berlaku kepada generasi (debat) sekarang, saya rasa mereka tidak cukup kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri sendiri. dan saya percaya, mereka boleh dan mampu sebenarnya.

    dan perkara ‘kepercayaan’ ini bukan sahaja dialami oleh komunti debat, kami juga (komuniti akademik).

  • pendebat_baru says:

    salam abang/kakak

    sy xbape fhm sgt knsep pencerahan (enlightenment). hehe. tp suker ayat abang/kakak yg ini “…Apa ini salah sistem, atau perdebatan cuma menjadi arena untuk menang tanpa berusaha memberikan pencerahan kepada penonton?…”

    time kasih sbb sudi share.

  • nouirs says:

    Ye, konsep pencerahan semakin kurang digunakan. Jarang terjumpa dengan pendebat yang menggunakan konsep ini pada masa kini. Mungkin ini antara faktor perdebatan menjadi kurang menarik.. Sekadar pandangan insan biasa …🙂

  • arefifth says:

    berpendapat bahawa mereka telah diasuh sebegitu oleh org sebelumnya dan juga persekitaran yg dibentuk dalam latihan oleh mereka yg mengawalnya yg mungkin telah terbiasa n ghairah menumpu kemenangan,itulah hakikatnya sehingga pendebat tidak lagi mempunyai kapasiti untuk menggerakkan massa,hanya untuk pertandingan,dan itulah kekecewaan plg terbesar,matlamat dan semangat hakiki telah hilang dan diganti dgn pertandingan..sbb itu mahasiswa kini kekal lesu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Pencerahan dalam makna kata-kata at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: