Borjuis, Kemiskinan & Selamat Tinggal

01/03/2010 § 2 Comments

‘Budaya ruang duduk’ barangkali janggal bunyinya. Barangkali juga lebih enak disebut dalam Bahasa Inggeris. Ia wujud untuk memberi gambaran kepada golongan yang hidup dengan unsur – unsur feudalistik.  Lama dahulu. Ketika masyarakat di barat sana sedang mengenal zaman pertengahan dan awal moden. Dan budaya ini dimiliki oleh sejenis mentaliti yang dinamakan mentaliti borjuis.

Dalam diam budaya ini meresap masuk ke dalam masyarakat lokal; Malaysia. Dan diraikan oleh manusia setempat. Mendapat gelaran borjuis itupun dikira satu kemenangan (dan memadai) untuk golongan manusia seperti ini, tanpa memahami erti gelaran.

Tidak perlu pergi jauh, saya setuju untuk katakan gelaran pendebat adalah gelaran yang borjuis.  Refleksi kepada status, kelompok dan kelebihan (?).  Gelaran pendebat hakikatnya tidak datang bertelanjang. Melekat bersamanya adalah tanggungjawab yang menuntut kepada perbuatan pikul.

Hakikat :

Golongan pendebat di mana – mana institusi pengajian menggambarkan (ulang : menggambarkan) kelompok intelektual yang punya minda matang dan kemampuan analisa dari sudut pandangan kritikal. Sekurang – kurangnya rakan – rakan akan secara tidak langsung menjadikan mereka ini sebagai kaunter pertanyaan tentang berita dalam akhbar. Puas bukan? Baiklah, kita gunakan istilah berkongsi ilmu dan pengetahuan. Saya cuba untuk positifkan pemikiran.

Hakikat :

Pihak pentadbiran institusi paling tidak, semestinya mempunyai persepsi baik terhadap golongan ini. Dan, persepsi ini membawa kepada tindakan – layanan baik (yang mungkin istimewa).  Baiklah, kita gunakan sumbangan dan menang piala sebagai alasan untuk menyokong sikap institusi terhadap golongan ini. Sekali lagi, saya cuba untuk positifkan pemikiran.

(Perenggan baru yang bukan bersoal tentang hakikat) ….

Ini bukan hakikat :

Wujud di kalangan kita  (anda) yang menyertai komuniti debat; dan seterusnya digelar pendebat, adalah kerana tertarik dengan semangat kekeluargaan. Mahu jadi sebahagian daripadanya. Barangkali kerana rakan – rakan. Barangkali juga kerana keseronokan bersama; berkumpul, dan merasa apa itu makna sense of belongingPun begitu, pada masa yang sama mengabaikan tanggungjawab kekeluargaan (berselisih faham? baiklah, saya positifkan pemikiran – lumrah kehidupan, Melayu menyebutnya sebagai lidah lagikan tergigit, inikan pula kita).

Ini bukan hakikat :

Wujud di kalangan kita (anda) yang menyertai komuniti debat; dan seterusnya digelar pendebat, adalah kerana tarikan semangat ilmu. Berada di kalangan ruang lingkup yang sentiasa berdiskusi soal ilmu memberi harapan bahawasanya diri sendiri akan turut mendapat ilmu (tempias?). Pun begitu, mengabaikan tanggungjawab untuk menjadi pemberi. Selalu sahaja menjadi penerima. Dan di kalangan pemberi itu pula, barangkali benar – ada perasaan puas terhadap ilmu yang sedikit dalam dada. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima adalah ungkapan yang selalunya ditafsir dan digunapakai dari konteks dangkal yang tidak lengkap; mengkhayalkan manusia dengan sikap puas.  Maka begitu, golongan yang memberi itupun duduknya masih di kelas dangkal, di mana pula duduknya anda – si penerima?

Bukan. Yang di atas ini semuanya bukan hakikat. Perit untuk dikatakan ia adalah hakikat. Namun masih, ia menghalalkan pemahaman saya, terhadap situasi semasa. 

Dan kenapa ‘budaya ruang duduk’?

Perspektif sempit saya – menyesuaikan istilah tersebut dengan budaya golongan manusia yang merasa puas dan cukup sekadar berada di kalangan komuniti debat; memakai gelaran pendebat, menikmati status , layanan dan kelebihan sosial. Tanggungjawab? – adalah sesuatu yang lain.

Gelaran pendebat; datang bersamanya adalah tanggungjawab. Ilmu adalah sesuatu yang pasti. Sikap pula kemestian yang perlu dibentuk / diperbaiki. Semuanya tanggungjawab.

Jadi barangkali kita (anda) perlu untuk memilih, sama ada mahu menjadi manusia yang sekadar memakai secara lahiriah gelaran borjuis namun batiniah miskin, atau menjadi proletariat.

Saya mahu jadi proletariat – busuk, kotor, bekerja dan memikul tanggungjawab.

Mari. Tinggalkan tulisan ini, tinggalkan laman ini, dan tinggalkan mentaliti borjuis. Berani? Atau anda sebenarnya pengecut.

§ 2 Responses to Borjuis, Kemiskinan & Selamat Tinggal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Borjuis, Kemiskinan & Selamat Tinggal at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: