TAHNIAH UKM!

19/01/2010 § Leave a comment

UKM mendahului dalam siri Sudut Pidato di IPT.

Dipetik daripada Utusan Malaysia (19.01.2010)

Sudut Pidato UKM bermula Februari

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Sudut Pidato Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dihidupkan semula selepas 34 tahun diharamkan, dijadual memulakan aktivitinya bulan depan.

Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar UKM, Dr. Kadderi Md. Desa berkata, konsep Sudut Pidato itu lebih santai dengan para pelajar dibenarkan mengadakan persembahan selain berpidato.

“Sudut Pidato ini terletak di bangunan Teres Eko Niaga yang menempatkan sembilan kios inkubator untuk mahasiswa mendapatkan pengalaman dan kemahiran sebagai usahawan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas langkah UKM menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pertama di negara ini mewujudkan Sudut Pidato selepas 34 tahun diharamkan berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1975.

Menurut Kadderi, cabaran utama untuk mewujudkan kembali Sudut Pidato tersebut adalah menggalakkan budaya perbahasan intelektual yang boleh menghormati pandangan orang lain.

“Kita mahu terapkan kemahiran berpidato melalui idea-idea yang bernas, berhujah dengan fakta yang jelas dan boleh dipercayai serta tidak bersifat serangan peribadi,” katanya.

Beliau berkata, pihak universiti akan menyediakan satu garis panduan di Sudut Pidato berkenaan supaya mahasiswa tidak membangkitkan isu-isu yang boleh mencetuskan ketegangan dan kontroversi.

Tambahnya, melalui usaha tersebut, mahasiswa UKM diharap dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi yang menjadi aset penting untuk merebut peluang pekerjaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading TAHNIAH UKM! at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

%d bloggers like this: