Kepalang Ajar: Yang Tersurat, Yang Tersirat

30/06/2011 § 2 Comments

i

Secara peribadi, saya fikir amanat pada tahun ini, begitu padat dan tepu dengan makna. Ada yang tersurat, ada yang tersirat. Dalam lunak kias kata-kata, terselit unsur ketegasan pada nada. Tanpa sebarang kompromi.

Strong words are selectively used, to address certain long over-due issues. Sebagai misal, kata-kata yang begitu menusuk seperti “kecerewetan”, “profesor kangkung”, etc. Seriously, you wouldn’t use this kind of BIG words under normal circumstances.

Obviously, all these strong words do carry some REAL big messages. Yang sesetengahnya sudah lama tertangguh.

ii

Amanat yang panjang itu, di mana perdu mahu berpegang, dan di mana pula dahan mahu berpayung? Saya fikir persoalan ini berlegar-legar dalam minda kebanyakan orang. Bahkan, dalam sembang kedai kopi saya dengan beberapa rakan kerja, tanda-tanya begitu turut bercempara.

Pada hemat saya, sangat mudah untuk disusuri di mana letaknya perdu dan dahan. Asas kepada keseluruhan amanat itu terungkap dalam lima agenda yang digariskan dengan tersurat: akademik, universiti, penyelidikan, pelajar dan kualiti.

Ini adalah perdu yang perlu dipegang.

iii

Di mana pula dahan tempat berpayung? Yang ini, dilahirkan dengan lebih tersirat. Payung tempat berteduh dimaktubkan dalam pantun penutup:

Berburu ke padang datar,

Dapat rusa belang kaki;

Berguru kepalang ajar,

Bagai bunga kembang tak jadi.

Serangkap pantun ini, dengan begitu pintar telah mengitlakkan segenap inti amanat. Daripada permulaan kata-kata, sehingga ke titik kesudahannya.

iv

Ini adalah pantun tradisional, dipetik dari warisan pemikiran Nusantara lama. Fahaman kebanyakan orang, pengajaran dalam pantun hanya diungkap pada baris maksud. Manakala pembayang hanyalah sekadar pelengkap.

Sebenarnya tidak. Andaian simplistik itu barangkali benar bagi konteks pantun kontemporari. Untuk pantun klasik, keseluruhan rangkap (pembayang dan maksud) masing-masing membawa inti pengajaran. Baris pembayang lazimnya menggalas pengajaran dalam bentuk metafora (perlambangan); manakala baris maksud menzahirkan sesuatu yang lebih eksplisit.

Ini sesuai dengan budaya masyarakat Nusantara, yang gemar menyampaikan idea yang tajam dengan cara sindiran. Tetapi menerusi bahasa yang berlapis-lapis. Tujuannya? Untuk menyaring sensitiviti.

v

Berburu ke padang datar,

Dapat rusa belang kaki;

Katakunci yang perlu difahami ialah ‘padang datar’ dan ‘rusa belang kaki’. Padang datar merujuk kepada satu tempat yang bukan saja topografinya landai, tetapi litupan vegetasi juga terhad. Apa yang lazim ada di padang datar? Hanya renek bangkut dan rumput-rumpai.

Rusa belang kaki ialah sejenis belalang, yang lazim terdapat di padang. Ia bukan merujuk kepada rusa yang kakinya berbelang. Belum ada bukti zoologi yang mengesahkan bahawa ada spesies rusa berbelang kaki di Nusantara!

Maksud tersirat keseluruhan baris pembayang ini? Jika kita sekadar berburu di padang yang datar dan penuh tumbuhan bangkut, kita hanya akan dapat belalang. What you can do with belalang? You can only feed your chickens. You can’t even feed your cats, let alone your family.

Untuk mendapat rusa yang sebenar, kita mestilah datang berburu ke belantara yang tebal dengan hutan rimba.

vi

Bagaimana mahu terjemahkan falsafah ini ke dalam konteks organisasi di mana kita bekerja? Maksudnya begini, persekitaran kerja yang sesuai (dari segi kemudahan dan sokongan pentadbiran) haruslah disediakan kalau kita benar-benar mahu ‘memburu’ lima agenda yang digariskan.

Kalau persekitaran tempat kita berburu hanya ‘padang datar’, maka yang bakal kita dapat hanyalah ‘belalang-belalang’ dalam lima agenda tersebut. Untuk mendapat daging rusa yang benar-benar lazat dan berkhasiat (daripada lima agenda tersebut), ‘padang datar’ itu mesti ditukar menjadi rimba belantara.

Dalam kata lain, kita tidak boleh mengharap untuk melahirkan penyelidik bertaraf dunia kalau kemudahan akses kepada informasi/ilmu (misalnya, sistem IT) masih lagi bertaraf kampung atau mukim. Ini hanya satu contoh, untuk memudahkan pemahaman. Ada banyak lagi contoh-contoh yang sewaktu dengan ini.

vii

Berguru kepalang ajar,

Bagai bunga kembang tak jadi.

Berguru kepalang ajar maksudnya ‘belajar sekadar alang-alang atau main-main’. Bunga kembang tak jadi adalah kiasan kepada sesuatu yang ‘cantik dan berharga’, tetapi kecantikan dan nilainya merudum kerana potensinya gagal berkembang secara optima.

Maksudnya, dalam konteks tugasan hakiki kita di menara gading kebanggaan rakyat Sabah ini, kita semua haruslah berguru dan belajar bukan secara alang kepalang. Misalnya, kalau mahu belajar bagaimana mendapat geran penyelidikan – jangan hanya sekadar mengangkang dalam bilik masing-masing. Kemudian baca garispanduan yang dikirim menerusi talian. Kemudian lagi, terus gasak isi borang permohonan penyelidikan.

Itu namanya belajar kangkang-kangkang, separuh hati. Sekadar alang-alang. Bukan belajar dengan ketekunan yang tinggi. If you really want to learn, push yourself beyond the books and papers. Give yourself the opportunity to experience things for real. Jadi, rajin-rajinlah datang taklimat, bengkel dan diskusi tentang penyelidikan. Rajin-rajin juga berbincang dengan rakan-rakan sepenyelidik.

viii

Ya, itu hanya contoh kosmetik. But I just want to illustrate my point. The problem with most of us, we are lazy to learn things ‘for real’. Hanya main baca-baca saja. Tidak ada pertimbangan budi-bicara, dan tidak mahu berfikir di luar kotak. Iaitu pada konteks sebenar di mana realiti itu beroperasi.

Jika kita berguru kepalang ajar, maka lima agenda yang digariskan itu juga hanya akan jadi bunga-bunga yang kembang tak jadi. Bayangkan rupa bunga-bunga yang kembang tak jadi: kecut kelopak, lisut tangkai dan harum pun terkemut-kemut tidak ke mana.

Angin yang limpas pun, tidak sudi mahu sebarkan semerbaknya ke seluruh desa.

Ya begitu juga, kaum intelek harta negara tidak akan menjadi ‘harta negara yang berharga’ – kalaulah ia tidak menjadi bunga yang cukup kembang.

Nota: Ini adalah catatan refleksi diri, sebagai peringatan kepada diri yang selalu alpa. Ini bukan ceramah sivik untuk orang lain.

§ 2 Responses to Kepalang Ajar: Yang Tersurat, Yang Tersirat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Kepalang Ajar: Yang Tersurat, Yang Tersirat at Debat dan Orator: Terkini dan Alumni.

meta

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: